Monday 7 December 2015

ICE Watch Light Up The Night Run (IWLUTNR)

5 Disember 2015
Plaza Shah Alam
8 Malam
10km | 5km


1. Dengan bilangan peserta yang melebihi 2 ribu, perkarangan Plaza Shah Alam agak kurang selesa untuk larian malam sebegini. Sesak dan sempit. 


2. Walau bagaimanapun, laluan larian menarik, ada rata, mendaki juga. Kawalan trafik di beberapa tempat agak longgar. Berlari di sisi kenderaan yang bergerak. Melintas di bulatan juga agak bahaya di beberapa tempat.

3. Pelari boleh memilih belon pacer yang selesa untuk diikuti. Malam di Shah Alam sungguh Oren malam tadi (baju event yang sangat nice). 

4. Water station disediakan air dalam botol. Hmmm, kelihatan juga beberapa botol tidak diminum sepenuhnya tp dibuang ditepi jalan. 

5. Menghampiri ke garisan penamat, juga agak kritikal, berlari dengan kenderaan yang bergerak. Waspada dan berhati-hati itu penting.

6. Tamat diberikan pisang, medal, air, redbull (Q sangat panjang). Jam ICE juga diberikan kepada yang terpilih (Q agak panjang juga, namun, ianya bergerak).

7. Oh ya, Q untuk pengambilan race kit pada sebelah petangnya agak panjang. meriah jadinya plaza masalam.

8. Keseluruhannya, penganjuran yg tidaklah mengecewakan sangat, dan boleh ditingkatkan di masa akan datang. Tahniah dan terima kasih kepada semua, penganjur, sukarelawan, pasukan keselamatan, pelari dan semua yang terlibat. Larian malam di shah alam yg pertama buat saya. Tamat dalam 1:16, tetap gembira, riang ria sepanjang jalan.





No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...