Monday, 14 December 2015

Ice Skating @ ICESCAPE, IOI City Mall

ICESCAPE Ice Rink, IOI City Mall
8 Disember 2015

1. Pelawaan  menikmati aktiviti luncur ais di  "Biggest Ice Rink in Malaysia" tidak dilepaskan. Sejak ice rink ini dibuka, saya belum berpeluang untuk merasa pengalaman meluncur ais di sini.  Peluang yang diberikan oleh IOI City Mall dengan menjemput bloggers untuk merasai pengalaman meluncur ais serta mempelajari teknik luncur ais tidak dilepaskan.

2. Sesi dimulakan dengan taklimat pengenalan oleh Mr. Phua Hong Yee, Ice Rink Manager, Icescape Ice Rink.  Beliau berpengalaman lebih 16 tahun dalam luncur ais, dan merupakan rakyat Malaysia pertama (dan hanya 1) yang telah berpeluang muncul dalam persembahan "Disney on Ice". Beliau juga telah mengadakan persembahan di lebih 40 buah kota di seluruh dunia. 


Bersama Mr. Phua 

3. Teruja dengan taklimat pengenalan mengenai Icescape Ice Rink, seterusnya kami dibawa melihat kemudahan yang terdapat di sini. Selepas itu, masa yang dinantikan, sesi pembelajaran luncur ais. Ada di antara kami memang tidak pernah meluncur ais sebelum ini. Saya pula kali terakhir adalah pada zaman belajar kira-kira 15 tahun lalu.

4. Teknik luncur serta aturan keselamatan juga diterangkan. Pada mulanya agak kekok untuk berdiri di atas ais, dengan kasut luncur yang jarang dipakai. Seronok  dan mudah untuk diikuti latihan yang diajar oleh jurulatih berpengalaman. Selepas sesi pembelajaran, kami meluangkan masa untuk terus meluncur dan menikmati Icescape seadanya. Merasa hampir 2 jam di atas ais.

Kami belajar skating dalam ruangan ber kon


5. Sambil meluncur, seronok juga melihat gelagat pengunjung lain yang meluncur, ada yang jatuh, ada yang pro, ada yang amatur. Meriah.


Saya menikmati keriangan luncur ais 


6. Sesi diakhiri dengan bergambar berkumpulan. Seterusnya kami menikmati juadah tengah hari di Tino's Piza Cafe, Dal.komm Coffee, dan Eggette Lab. Terima kasih diucapkan kepada IOI City Mall, dan Icescape atas jemputan dan layanan hospitaliti.


Bersama rakan-rakan bloggers 


7. Maklumat utama Icescape Ice Rink :
   - Satu-satunya Ice Skating Rink yang bersaiz Olimpik  di Malaysia, telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Record sebagai "Biggest Ice Rink in Malaysia"
    - 30m x 60m permukaan ais
    - menawarkan pembelajaran pengenalan luncur ais untuk beginners hinggalah ke pro
   - sesuai untuk  leisure skating, speed skating, Ice hockey, pertandingan dan pertunjukan utama


Suasana di Icescape Ice Rink 


8.  Bagi makluman pembaca juga, berikut adalah info yang penting untuk panduan jika ingin menikmati luncur ais di sini:

    Lokasi : Icescape Ice Rink 
                   AT-07, Level 1, IOI City Mall
                   Lebuh IRC, IOI Resort City
                   62502 Putrajaya
    
   Telefon : +603-8323 8880

    Yuran Masuk : RM25 (weekdays)
                               RM30 (weekends, school holidays, public holidays)
                              (per entry)

   Waktu operasi : 10 am - 10 pm , Isnin ke Ahad
   Tambahan : Gloves (RM10) , Socks (RM6), Lockers (RM2)
         * Untuk penjimatan, pengunjung digalakkan membawa gloves dan socks sendiri. Peluncur diwajibkan memakai socks dan gloves semasa meluncur ais.

   Kemudahan lain : Surau, Tandas, Bilik Merokok, Vending Machines, Kedai Peralatan Skating, Kedai Cenderamata, Kedai Gambar, Khidmat Akademi/Jurulatih, Penguin Skating Aid. 

  Kapasiti : 800 pax





9. Selamat mencuba meluncur ais di sini, dan anda semua akan menikmati pengalaman menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai IOI City Mall  dan Icescape Ice Rink, anda boleh click di sini : 





No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...