Monday, 14 December 2015

Malaysian Unity Run 2015

Taman Wetland Putrajaya
8 pagi

12 Disember 2015



1. Larian yg sederhana besar dengan hadiah lucky draw yg menarik. Vespa dan saga.


2. Dilepaskan selepas jam 8. Laluan adalah di Taman Wetland, hinggalah di persimpangan pertama menghala ke Taman Botani. Kekeliruan mula berlaku di sini. Ada yg berpatah balik dan ada yg terus ke Taman Botani. 


3. Tiada kawalan marshal pada masa ini, maka ramai berlari hingga separuh Taman Botani dan kemudian berpatah balik. Kebanyakan ikut majority.


4. Dengan cuaca panas, pelari terutamanya yg off track terpaksalah berhempas pulas masuk semula ke route. Tatkala masuk lepas jambatan, barulah kelihatan ada yg kawal, masa tu kebanyakan pelari sudah lebih 8km, tatapi marker tunjuk 3km.


5. Memasuki semula Taman Wetland, laluan tepi tasik memberi ketenangan kepada pelari. WS pertama ditemui sekitar km10/9, dengan marker tunjuk km5. Bagi yg pertama kali berlari agak tekanan di situ. Ya, saya bersama beberapa pelari yg tersesat dan mereka agak kecewa. Seperti biasa, motivasi adalah penting utk mereka terus bergerak.


6. Laluan dalam taman ini menarik dengan gabungan tarmac, berbatu dan jalan. Kehijauan taman sedikit sebanyak menceriakan pelari.


7. Saya tamat dengan 15.3km. Difahamkan ramai yg lebih 10km. Tiada yang wow selepas digarisan penamat melainkan 100plus, air, Milo kotak. Sesi lucky draw diadakan selepas itu.


8. Kehadiran atlet kebangsaan seperti Malek Noor serta Azlan Iskandar dll memeriahkan suasana.


9. Keseluruhannya penganjuran yg tidaklah buruk sangat dan tidak baik sangat. Terdapat beberapa perkara seperti direction serta marshalling memerlukan perhatian. WS yg kurang juga mendatangkan masalah. Route dalam taman wetland mmg cantik dan menarik. Saya sempat singgah makan buah jambu dipetik terus dari pokok.


10. Tahniah diucapkan kepada semua walau apa jua pengalaman anda.


Xoxo


#mur2015













No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...