Sunday, 18 March 2012

MATTA Fair 2012

Bagi pengembara tegar, tidak tegar, pelancong, atau mana-mana kaki jalan, traveler dan sebagainya, Matta Fair sentiasa ditunggu-tunggu.

Semalam aku sempat singgah ke Matta Fair di PWTC KL tu. Seperti edisi-edisi sebelum ini, pengunjung sentiasa ramai dan keadaan mula sesak sejak awal pagi.

Untuk Matta Fair kali ini, aku tidak beli apa-apa pakej mahupun tiket ke mana-mana pun, walaupun beberapa destinasi mengujakan aku. Aku sempat beli Annual Pass untuk Legoland Malaysia je. Hanya RM195 selepas potongan daripada harga sebenar RM275. Kira ok lah kan. Jimat. Lepas ini bolehlah sentiasa ke Legoland tu sehingga Disember 2013. Oh ya Legoland tu hanya akan mula berpperasi hujung tahun ini.

Selain daripada tu, aku lebih banyak habiskan masa di Hall yang menempatkan pakej-pakej ke luar negara dan booth yang menjual tiket-tiket ke destinasi Eropah. Agak mengujakan juga tawaran untuk Matta kali ini, di mana harga tiket ke New York lebih murah daripada harga MAS ke London. Hehe.

Destinasi-destinasi lain di Asia juga mengujakan dengan tawaran pakej Muslim ke Indonesia, China, Hong Kong, Korea. Destinasi Australia dan New Zealand juga mendapat tumpuan.

Aku seperti biasa, suka kumpul risalah dan katalog harga pakej dan tempat-tempat menarik serta goodies yang percuma di setiap booth. :)
Pertunjukan Tarian dari Indonesia
Promo Firefly
Booth MAS 

No comments:

Post a Comment

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...