Thursday 15 March 2012

Amsterdam, The Netherlands

Bila musim bunga sahaja, aku teringat kan Amsterdam di The Netherlands a.k.a. Belanda.
Kali terakhir ke sana adalah pada tahun 2009.


Selain daripada tulip, sekiranya berkunjung ke Belanda, ikon yang menjadi tarikan adalah Windmills.


Manakala, di Amsterdam sendiri terdapatnya banyak tarikan seperti canals bersimpang siur, basikal, Red Lights District, dan muzium-muzium yang gah seperti Van Gogh Museum.


Untuk tengok kincir angin, bolehlah ambil pakej yang banyak di sekitar Damrak, tengah-tengah pusat bandar Amsterdam tu. Boleh ambil pakej ke Marken - Volendam  half day tour yang tidak mahal harganya.


Dalam tour ini, tourist dibawa ke tempat buat keju, clog (kasut kayu tu), dan semestinya windmills. Seterusnya, tour akan membawa peserta ke kampung nelayan di pinggir laut iaitu di sekitar Marken dan Volendam. Siap ada ferry cruising lagi.



No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...