Wednesday 14 March 2012

Loyalty Cards


Aku pasti korang semua mesti ada loyalty cards kan. Tak kisah lah untuk membeli-belah, isi minyak kereta, atau pun untuk melancong sekalipun.


Aku pun ada beberapa kad bagi beberapa jenama yang aku guna. Seperti contoh, ESPRIT, The Loaf (untuk makan roti sahaja kan), Hard Rock (untuk diskaun bila membeli-belah di RockShop kan),  Enrich (MAS) dan BIG (untuk segala macam yang berkaitan dengan AirAsia-TuneHotel dan seangkatan dengannya.


Sebenarnya aku nak cerita pasal kad ini, kerana pada bulan Februari hari tu, aku berjaya gunakan mata ganjaran untuk Enrich Card aku (yg sekarang dh downgraded kepada Enrich Blue sahaja. Dulu aku pernah jadi Enrich Silver, tapi lama tak berjalan naik MAS, maka, kembali kepada Blue sahaja. Hahah.


Berbalik kepada trip yang menggunakan Enrich hari tu, aku berjaya dapatkan tiket MAS ke Frankfurt, Germany dengan top-up $$$ untuk beberapa mata yang tidak mencukupi serta segala cukai dan charges yang ada kan. 


**Rasa teruja sebenarnya untuk trip itu kerana sudah agak lama tidak naik MH.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...