Wednesday 14 March 2012

Spring in the air


Kalau negara 4 musim, sekarang sudah masuk musim bunga. Apakah bunga kegemaran korang?.

Aku suka tgk bunga tulips. Dulu masa pertama kali ke Amsterdam pun, memang niat nak tengok tulips. Tapi masa tu silap, kerana datang pada musim panas. Namun, aku berpeluang untuk tengok bunga tulip di Korea Selatan untuk pertama kalinya. Seterusnya pada tahun 2007 dulu, aku berjaya sampai ke Keukenhof di Holland tu, untuk tengok tulip yang berjuta tu.
Oh rindu nak ke Keukenhof lagi.

Baru-baru ini aku dapat perkhabaran gembira daripada Keukenhof. Aku telah menang tiket percuma untuk masuk ke Keukenhof. Adakah aku akan ke sana lagi. Hmmmm.

Selain Keukenhof di Holland, aku pernah ber-tulip-mania di The Buchart Gardens di Victoria, Kanada, Teeselaar Tulips Festival di Melbourne, Floariade 2011, Canberra, Australia dan di Everland, Korea Selatan.

Selain tulip, setiap kali musim bunga aku teringin nk melepak bawah bunga sakura di Jepun. Ntah bila agaknya akan sampai di sana kan. Setakat ini, aku berpeluang menikmati bunga sakura di Canberra pada tahun lepas, 2011.

Selamat musim bunga semua.


No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...