Wednesday 14 March 2012

Berlin, Germany

1. Sampai di Berlin, WOW, perkataan pertama aku cakap. Kerana Hbf dia menarik gila, besar, bertingkat-tingkat, moden, difahamkan ini adalah Hbf yang tercanggih di Germany, dibina untuk World Cup dulu. Ok, dari situ aku terus berjalan kaki ke Hotel Meininger, sebuah hotel bajet yang betul-betul bersebelahan dengan Hbf. Aku ambil dorm. Murah. Dalam 16Euro je.

2. Malam tu, salji dah mula turun. Suhu rasanya sekitar -16C. Memang sejuk yang teramat sangat. Esoknya, awal-awal pagi dah checkout, dan terus ambil one-day pass, untuk meneroka kota Berlin. Salji turun mencurah-curah pagi tu. Rasanya suasana memang suram, sunyi je, nampak yang berjalan adalah pelancong, kurang nampak rakyat tempatan. Hu hu. Semua berehat di rumah kot. Sejuk.

3. Destinasi pertama adalah ke Brandurburg Gate, pastu ke Reishtag - Parlimen Germany, pastu ke Olimpik Stadium, ke Postdamer Plazt, dan semestinya ke tinggalan Berlin Wall, dan checkpoint charlie - kawasan kawal-masuk east and west Berlin semasa zaman blok Soviet dan Perikatan dulu. lepas tu terus ke kawasan Holocaust Muzium tu, ke kawasan city hall, cari HRC dan tu dia, tamat pengembaraan singkat di Kota Berlin, memandangkan limitasi masa.

4. Oh ya, Berlin ini tidak sukar mendapatkan makanan halal, dan siap ada masjid besar lagi di sini. Lepas tu, shopping complex tutup hari ahad, maka, selamat lah saki baki Euro yang adakan. Malam nya, berlepas ke Frankfurt, risau juga takut train lewat atau cancel kan, kerana salji tebal. Esok awal-awal pagi dah nk ke Frankfurt Airport untuk terbang pulang ke Kuala Lumpur menerusi Malaysia Airlines.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...