Wednesday, 14 March 2012

Perth, Australia

Semalam, bila baca berita mengenai AirAsia X (AAX) akan meningkatkan frekuensi ke Perth, Australia, terus teringat kenangan aku masa ke sana pada tahun 2010 dulu. Yup, dulu pergi sana pun dalam keadaan tergesa-gesa. Maka, tak sempat nak buat perancangan rapi, namun, sempat pergi tempat-tempat utama pada first-time traveler di Perth.


Kalau boleh, memang aku ingin ke Perth lagi. Kali ini nak pergi melawat dan mencari pengalaman di luar kota Perth pula.


Dulu aku sempat ke Whiteman Park, Caversham Wildlife Park untuk tengok dan beramah mesra dengan kanggaroo. Lepas tu melepak di Kings Park, memang cantik taman ini, dah lah besar, pastu ditanamnya tumbuhan liar dari serata Australia. Kalau musim bunga, mesti lagi menarik dan memukau.


Sekitar Perth City Center aku sempat ke Swan Bells, Lake Monger (sanggup menapak 3 km ke taman ini semata-mata mencari Black Swans, hahaha, mujur jumpa), pastu menyusuri Swan River yang macam laut tu. Perth ini tidak besar kota nya, bahagian city center tu boleh jalan kaki je.


Selain daripada Perth, aku sempat ke Freemantle dan Mandurah dan ke Houghton di pinggir Swan Valley untuk ke vineyards.

No comments:

Post a Comment

1/2 Tahun 2018

Selesai selektif separuh tahun 2018 (KPI mengurangkan penyertaan dalam acara rasmi berbanding tahun 2017, berjaya). 11 acara, beribu2 kenang...