30 November 2014
Lake Kawaguchi
9:00 am
1. Datang awal pagi ke tapak larian. Bertemu dengan Team Malaysia, seterusnya bergambar-gambar dan saling motivasi diri. Cuaca agak sejuk. Dilepaskan dari corral A. Sebelum berlepas bekas olimpian jepun memberikan kata-kata semangat. Begitu juga pengarah larian dan datuk Bandar (kot). Atmosfera mengujakan sebelum berlepas.
2. Laluan adalah sekitar Lake Kawaguchi, dan Lake Saiko, yang merupakan antara 5 tasik di persekitaran Gunung Fuji.
3. Terdapat beberapa u-turn, memberi peluang untuk pelari memotivasikan antara satu sama lain. Seawal km4, Gunung Fuji di depan mata.
4. Seterusnya, laluan membawa pelari mengelilingi Lake Kawaguchi. KM0-hingga KM21 adalah rata, laluan mendaki di KM22 hingga KM23.
5. Beberapa terowong perlu ditempuhi pelari. Dari Lake Kawaguchi, pelari mengelilingi Lake Saiko, sebelum kembali ke KM34 dan masuk laluan kampung, Dan seterusnya kembali ke Bandar dan tamat di Lake Kawaguchi.
6. Permandangan musim luruh sepanjang laluan adalah amat sukar untuk dielakkan daripada berhenti bergambar (bagi pelari riang ria seperti saya). Cuma, Gunung Fuji hilang DI balik awan untuk 3/4 tempoh larian.
7. Terdapat beberapa cutoff di checkpoint, di mana pelari perlu sampai sebelum jalan ditutup. Ye, harini saya lihat hampir 2 bas sweet dipenuhi runners. Tidak sanggup menatap wajah mereka. Harap mereka positif.
8. Beberapa tempat sepanjang laluan, dihiburkan dengan orkestra, gendang jepun. Selain itu, orang ramai keluar dari rumah masing-masing Dan hadir ke Jalan memberi sokongan pada pelari. Keadaan ini sungguh mengujakan terutama di kawasan kampung dan tengah bandar.
9. Anda tidak bosan sepanjang laluan kerana 15,000 pelari bersama anda. Meriah, ramai pelari berkostum dan semestinya amat pantas. Terharu dapat lihat Doraemon berlari dan semestinya berdesup potong saya. Watak-watak lain juga ada. Tidak dilupa pelari berkimono.
10. Setiap stesen air dan stesen sokongan yg meriah dengan air sejuk, cokelat mount Fuji, garam, pil gula. Keropok, sake, kerepek pisang, udon juga ada.
11. Yang paling menarik perhatian saya adalah miso sup, serta nasi pulut di KM22, 28 dan 35. Tatkala cuaca sejuk, miso sup panas sungguh menyegarkan. Dan saya berhenti di ketiga-tiga perhentian menikmati juadah disediakan.
12. Medik juga menyediakan selimut, jika sejuk boleh singgah ber selimut. Bagi memudahkan urusan tandas, Fujisan menggunakan tandas di resort-resort tepi tasik sebagai toilet stop. Selesa.
13. Kawalan trafik memang cemerlang. Sukarelawan juga ceria dalam melaksanakan tugas. Urusan lepas larian juga mudah dan ringkas. Siap ada gerai khas untuk pelari luar negara.
14. Keseluruhannya, dari segi penganjuran Fujisan M ini adalah cemerlang dari semua segi. Adalah disyorkan marathon untuk rakan-rakan yang berminat. Tarikh tentatif edisi 2015 adalah pada Ahad Terakhir bulan November.
15. Oh ya, saya gembira dengan prestasi saya. PB atau tidak, itu belakang kira, kerana ini marathon pertama saya di Jepun, dan had masa bagi setiap CP adalah kritikal. Berlari dengan baik hingga km21 (split:2:15), dan lepas mendaki km22, rasa tidak sedap lutut, maka, strategi kejar had masa bagi setiap CP dilaksanakan. Semestinya saya berhenti di beberapa tempat utk bergambar. Tidak dilupakan purata 8-10minit makan miso sup di 3 tempat. hehe.
16. Lantaran cuaca makin sejuk dan kaki mulai malas, saya jalan-lari-jalan untuk separuh ke-2 dan jadilah masa jam besar tatkala Saya melintasi garisan penamat 5:27. Terharu menamatkan marathon ke-24 dengan pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan dari Malaysia. Ya, pengacara tu memang petah, semua pelari diberi penghargaan sewajarnya.
17. Maka, setiap garisan penamat adalah permulaan cabaran baharu. GME24 berjaya dilaksanakan. Terima kasih atas sokongan daripada semua. GME25 menanti, kerana setiap larian harus lah dinikmati bersama.
xoxo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...
No comments:
Post a Comment