Sunday, 28 December 2014

Standard Chartered Marathon Singapore 2014

7 December 2014
Orchard Road (Start)/ Padang (Finish)
5:00 am

1. Bertolak dari hostel jam 4:00 am, menaiki MRT. Meriah MRT awal-awal pagi dengan pelari-pelari.

2. Sampai di Orchard Road, bergambar dengan rakan-rakan dan saling ucap selamat kepada semua.

3. Dilepaskan mengikut wave, saya melepasi timing mat selepas 10minit dari gun time. Berlari dengan pace santai sehingga km6. Berhenti toilet break dan subuh di bangunan F1 Pit.

4. Cuaca pada awal pagi adalah baik. Saya berlari seadanya sehinggalah buat walk break pertama di sekitar km19. Bertemu dengan Azim dan Mizan di sini. Strategi berikutnya adalah berlari/berjalan sehingga bertemu dengan Coke. Ya, kami bercadang untuk berhenti mencari coke selepas u-turn di km21.5.

5. Selepas u-turn, bertemu dan menyapa rakan-rakan Khidir, Suhirman, Edward, Hisyam, Bha dan lain-lain. Bergambar-gambar seketika. km25, berhenti beli Coke di gerai yg ada di East Coast Park (ECP). Selepas itu, masing-masing kembali berlari/berjalan hingga ke km30, luar ECP. Cuaca makin panas, saya mengalami cramp di km31.5, meneruskan perjuangan dengan berjalan sahaja. Strategi diubah kepada tamat dengan senyuman, timing ditolak ke tepi.

6. KM34, saya berhenti agak lama, panas dan rasa tidak sedap. Saya bergambar dan menginsafi diri yang mungkin saya belum fully recover daripada Fujisan seminggu yg lalu. Keadaan kembali ceria apabila kelibat Khidir, Baha, Suhirman, Edward dan Hisyam muncul. Maka, kami membuat keputusan untuk terus enjoy, bergambar-gambar, lari, jalan dan beramah mesra dengan pelari lain sehingga garisan penamat. Membuat keputusan untuk tamat secara bersama-sama, kerana larian harus dinikmati bersama. Seronok dapat berlambai-lambai dan saling memberi sokongan antara pelari sepanjang jalan.

7. Dari KM34 hingga ke penamat, kami berlari-lari anak, senyum kepada kamera, berjalan santai bila perlu. Melintasi garisan penamat bersama-sama rakan-rakan adalah momen yang terindah. Saat tiba di garisan penamat, emcee mengumumkan dari Malaysia, laungan Malaysia Boleh, dan lagu rasa sayang dimainkan. Terharu. Terus saling mengucapkan ucapan tahniah pada rakan-rakan. We had joy and fun. We had ups and down along the way. Sekalung tahniah buat semua, termasuk rakan-rakan yang lebih awal menamatkan larian. Catatan masa saya adalah 7:27, PW, namun tetap marathon paling menggembirakan kerana pertama kali dapat tamat dengan rakan-rakan dan turut sama mengibarkan Jalur Gemilang di garisan penamat. 

8. Tamat, terus ambil baju penamat, medal dan hospitaliti. Segera bergambar-gambar kenangan dan seterusnya bersurai kerana cuaca makin panas dan semua berkejaran penerbangan, bas check out hostel/hotel dan sebagainya.

9. Keseluruhannya, SMCS adalah ok, cuma tidak seperti tahun lepas ada pisang. Tahun ini, tiada pisang. Gel pun di km35. Saya suka support station yang menyediakan coke dan buah oren etc. Tiada air di KM37, menyebabkan late runners terpaksa bertahan hingga ke km40 untuk air berikutnya. Saya suka barricades di jalan-jalan utama dan runners rasa selamat. 500 meter ke garisan penamat tahun ini tidak sesesak tahun lepas.

10. Maka, selesai sudah Gme Marathon Challenge - Episod ke-25. 3 FM dalam tempoh 4 minggu, banyak kenangan sepanjang jalan. Moga bertemu di episod akan datang. Masa untuk rehat, refleksi diri dan bersedia membuat kemunculan apabila tiba masanya.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...