21 December 2014
Cyberjaya
Persiaran Flora
Cyberjaya
4:00 pagi
1. Hadir ke Cyberjaya untuk melengkapkan marathon ke-12 tahun 2014 dengan perasaan mengantuk tidak tidur selepas layan bola malam sebelumnya. Namun, itu bukan alasan untuk tidak berlari memandangkan ini yg dipilih untuk menikmati hujung minggu.
2. Selesai bersiap di tapak larian, seperti biasa aktiviti beramah mesra dan bergambar-gambar bersama rakan-rakan. Teruja saya apabila beberapa rakan akan buat marathon untuk kali pertama.
3. Sesi dimulakan dengan aktiviti warm up beramai-ramai. Marathon dilepaskan lewat dari jadual asal 4:00 pagi. Sekitar 4:08 pagi baru dilepaskan.
4. Laluan marathon secara ringkasnya adalah berlari dalam Cyberjaya (nama jalan saya kurang pasti, boleh rujuk data Garmin), menuju ke Putrajaya melalui Jalan depan PICC ke u-turn sebelum kawasan perkuburan Presint 20, kemudian patah balik ke Cyberjaya melalui jalan yg sama. Masuk semula ke Cyberjaya, pusing beberapa kawasan dalam cyber sebelum kembali ke garisan penamat di Persiaran flora.
5. Laluan keseluruhannya ada rata, ada beralun berbukit, ada tiada lampu langsung (km4 kot), ada lalu tepi kawasan pembinaan, ada lalu atas jalan utama belakang PICC, ada bahagian bosan dan kurang bosan (hehe).
6. Prestasi saya: seawal km10.5, saya berhenti mencari kedai, beli nescafe ais, kemudian sambung berlari ke WS di km12. Di sini saya berhenti lama, hilang kan mengantuk solat subuh dan rehat
7. Dari km12 ke km21.1, kembali bersemangat berlari-lari, sambil menyanyi-nyanyi hilang kan bosan. Terima kasih buat rakan2 yg terpaksa dengan vokal x mantap saya. Haha. Oh kelakar bila dapat tau lagu Warisan dapat didengari di seberang Jalan. Haha. Lintasi km21.1 dalam 3.02.
8. Dengan cuaca yang masih kurang panas, sasaran tamat larian adalah tanpa kecederaan dan dengan prestasi di km21.1, sasaran diubah kepada 6:30, masih dalam cutoff 7jam.
9. Berlari hingga ke km32. Dihidangkan dengan roti canai. Oh saya tak jamah. Saya minum air sahaja. Usaha yg baik penganjur untuk sediakan solid food. Selepas km32 berlari - berjalan dari satu WS ke WS yang lain. Terima kasih RFF team yg menyediakan 100plus, water spray, cokelat etc.
10. Melepasi km35, saya melepak di perhentian bas, hilang kan penat bersama hafifi dan suhirman. Cuaca makin panas, untuk sampai ke u-turn terakhir di kawasan berdekatan perumahan baru membangun dan tanah lapang itu, rasanya seperti selamanya.
11. Selepas u-turn, strategi adalah fast walk hingga ke km41.5, supaya 700m terakhir dapat berlari dengan girang gembira ke garisan penamat. Saya sampai ketika jam besar 6:29 rasanya. Terima kasih rakan-rakan yg sedia menanti di garisan penamat walau dalam keadaan panas cuaca.
12. Tahniah kepada semua. Tahniah khas kepada rakan-rakan FMV semalam. Terharu dapat jumpa kalian, dan bergelar marathoner. Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang saling motovasi antara satu sama lain saat ups and downs sepanjang 42.195km. Tahniah Suhirman, Hisyam, kita berjaya baiki pencapaian SCMS2014. Tahniah kepada Hafifi kerana tidak give up. Tahniah kepada rakan-rakan lain yg telah tamat awal, mahupun terkemudian. Tahniah kepada rakan-rakan-rakan di lain-lain kategori, 5km, 12km, dan 21km. Kita semua adalah pemenang.
13. Aktiviti selepas larian seperti biasa, bergambar-gambar kenangan. Saling ucap tahniah antara satu sama lain, bergossip dan sebagainya. Haha. Ada lucky draw, tapi tak mengena. Seronok juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan baharu semalam.
14. Secara keseluruhannya, penganjuran Cyberjaya M adalah baik untuk pertama kali. Cyberjaya merupakan bandar berpotensi untuk destinasi larian. Beberapa penambahbaikan perlu adalah seperti memastikan blinker di kawasan gelap tidak berlampu, kon di jalan utama, petunjuk yang lebih jelas, km marker di letakkan di km yang betul, apa yang di hebahkan hendaklah sama atau lebih, tercari-cari saya di manakah 'salt water" itu, krim panas, spray etc hendaklah mencukupi, tiap kali tanya kt WS, cakap dah habis. Mujur ada rakan yang bawa yg sendirian berhad. Hiburan band disediakan, kira oklah hilangkan mengantuk awal-awal pagi. Lain-lain apa lagi komen ek? Semalam saya dah suarakan komen saya kepada yang berkenaan.
15. Maka, Gme Marathon Challenge 2014 berakhir semalam dengan medal yang cantik untuk kenangan. 12 marathon dalam tahun 2014. Perjalanan yang indah. 26 marathon sepanjang 25 bulan lalu, berjuta kenangan, bertambah kenalan. Moga bertemu di musim 2015.
Lebih gambar di
:https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152647153688822.1073741932.530093821&type=3
Lebih gambar di
:https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152647153688822.1073741932.530093821&type=3
No comments:
Post a Comment