Sunday, 28 December 2014

Great Eastern JB 10KM - Acara Ke-100

13 December 2014
Dataran Bandaraya JB
7.00 pagi

1. Berlepas ke JB dari TBS 12:00 am Jumaat. Tiba di Larkin sekitar 4:00 am. Rehat, dan segera ke Dataran Bandaraya dalam 5:20am. Ambil bib, mudah dan cepat. Terima kasih penganjur benarkan saya ambil pada hari larian.

2. Selesai urusan wajib, bersiap sedia di Dataran. Bertemu dengan rakan-rakan larian. Dilepaskan pada 7:00 am. Seperti biasa, larian riang ini saya bermula dari kelompok belakang. Bergambar-gambar segala.

3. Laluan larian adalah ringkas, berlari dari Dataran ke u-turn depan hospital, seterusnya hingga ke km6.5, u-turn semula dan seterusnya ke Dataran. Laluan adalah rata, dan kelihatan pesisir selat tebrau di sepanjang laluan.

4. Cuaca adalah baik sepanjang larian. Terdapat mobile toilet di beberapa tempat. Stesen air disediakan air dan 100plus. Terdapat sponge di km9, sesuai untuk tampil segar di garisan penamat.

5. Dengan penyertaan dalam 1,000 lebih, laluan tidak sesak dan sangat selesa berlari. Kawalan trafik adalah baik. Prestasi saya adalah menggembirakan, melintasi garisan penamat ketika jam besar menunjukkan 1:00:51, prestasi terbaik 10km saya musim ini, dengan bersarong. Dapat medal pertama saya di kota Johor Bahru.

6. Pasca larian disediakan hospitaliti yg baik, air, pisang, tembikai dan roti. Terdapat booth Instagram, di mana pelari boleh mencetak gambar kenangan, saya suka. Di samping itu, booth GE menyediakan botol air kenangan utk pelari.

7.Keseronokan lepas larian adalah sesi ramah mesra dengan rakan-rakan larian. Ber gambar juga adalah semestinya. Terima jumpa ramai kawan harini walaupun tidak sempat bergambar dengan semua orang.

8. Selesai, dan puas saksikan penyampaian hadiah serta lucky draw, beredar dari kawasan. Terima kasih kawan-kawan JB yang memberikan hospitaliti utk saya selepas larian.

9. Keseluruhannya, GE JB10K merupakan suatu acara yang baik dari semua aspek-aspek utama penganjuran. Laluan adalah potensi untuk semua orang PB, rata. Maka, hari terindah saya dalam dunia larian adalah harini di JB. Selesai acara ke-100, Jun 2012-December 2014. Pantas masa berlalu. Moga terus memeriahkan dan menikmati larian seadanya.


Tahniah sekali lagi pada semua.

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...