17 Ogos 2014
Padang Merdeka, Kuching
**Nota: Entri ini adalah olahan semula (copy-and-paste) daripada laman fb saya.
1. Datang awal sehari pada 15 Ogos 2014 untuk trip cuti larian sempena hari lahir tahun ini. Bertemu dengan rakan-rakan di hotel/asrama masing-masing.
2. Sesi morning/walk run dan photothon dimulakan seawal pagi 16 Ogos. Berlari, sambil bersiar-siar di sekitar waterfront, menuju ke taman muzium, taman budaya resovoir dan seterusnya ke Satok. Dapatlah dalam 7km, di bawah cuaca mendung dan kadang kala hujan rintik-rintik.
3. Seronok bersua, dan bersapaan dengan kelibat pelari-pelari yang mula membanjiri Kuching. Menikmati mee kolok di satok. Dan, nah, ramai juga pelari yang bersarapan pagi di situ.
REPC
4. Lepas tengah hari, pabila lebih ramai rakan-rakan mulai tiba dari KL. Aktiviti petang diteruskan dengan REPC. Selepas mendapat input bahawa repc agak kelam kabut dan perlahan pada sesi pagi dan tengah hari, maka, saya membuat keputusan untuk pergi lewat sedikit. Meriah plaza merdeka dan kawasan padang dengan persiapan untuk Kuching Marathon.
5. REPC saya dan rakan-rakan berjalan lancar dan semestinya saat dinanti-nantikan semasa REPC adalah sesi bergambar dan beramah mesra dengan ramai rakan-rakan larian. Seronok juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan.
Pre- race
6. Dari REPC, sesi diteruskan dengan menyerbu kedai kek lapis di seberang sungai. Gegak gempita perahu menyeberangi sungai dengan telatah pelari. Haha. Di kedai kek lapis pun sama. Sesi carboloading diteruskan malam itu diteruskan di kampong boyan. Sambil makan, sambil bercerita serta berkongsi debaran masing-masing untuk berjuang pada hari ahad nanti. Selepas selesai sesi carboloading, semua pulang ke sarang untuk bersiap sedia bagi Big Race.
7. Selewat 2;15 pagi ahad, saya dan ahli-ahli bilik baru bangun pagi untuk berlari. Drama?. Bergegas bersiap, dan segera berlari ke garisan permulaan.
The Marathon
Rajah laluan 42km. Photo: KMA fb. |
8. Cuaca yang dingin dan baik pada pagi ahad. Lepas beramah mesra dan bertukar-tukar ucapan good luck dan bergambar sikit-sikit di garisan permulaan. Dan, 3:00 pagi, Kuching marathon pun bermula. – Kategori half marathon dilepaskan pada jam 5:00 pagi, dan diikuti kategori 10km dan 5km.
9. Seperti kelazimannya, saya bermula perlahan dan dari belakang. Laluan KCHM dari padang merdeka membawa ke kawasan laluan kampung. Untuk 9 km pertama, atmosfera sangat menarik. Kala 3 pagi, pelari disambut dengan sokongan meriah dari penduduk setempat. Terus membakar semangat untuk berlari. Adanya sorak dan lagu-lagu semangat. Siap ada yang turut mengibarkan Jalur Gemilang sambil bersorak. Suka saya kepada dekorasi lampu Selamat Hari Raya yang ada.
10. Melepasi 12km, catatan masa saya 1:12 terima kasih kepada Zarul yang sudi jadi pacer saya. Pada masa ini saya mula terbayangkan yang sekiranya saya mampu kekalkan rentak hingga sekurang-kurangnya selepas 30km saya akan mendapat PB. Namun masih awal pada masa ini. Saya terus berlari seperti biasa.
11. Laluan luar dari kawasan kampong mulai agak sunyi, namun masih berlampu. Dan volunteers sentiasa memberi sokongan. Hingga ke km21, saya berjaya meminumkan walk break dan dapat 2:25. Separuh perjalanan telah dilalui.
12. Melewati km 21, pelari dihiburkan dengan pasukan kompang. Terus bersemangat lebih untuk berlari. Water station sentiasa ada air. Dan agak menggembirakan kerana RedBull sejuk sungguh sedap. Pisang juga disediakan dan gel diberikan seawal km21 dan km 33 juga disediakan. Melalui bulatan yang agak besar di Kuching.
13. Dari km 21 ke km 30 saya sekali sekala membuka sarong kerana kadang-kadang ia terlucut. Haha. (Lupa pakai tali pinggang). Namun, ia masih tidak mengganggu rentak . Bertemu dengan Safwan dan Azizul sekitar km 29 – 33, memberikan lebih semangat untuk terus menamatkan larian. Melintasi km30 dengan 3:35, dan pada masa ini saya mulai yakin yang saya boleh menamatkan larian bawah 5:00. Saya mula bergambar di KCHM ini selepas km30, dan marathon mulai mental dan fizikal kebiasaannya lepas km30.
14. Dengan berbaki 1:25 untuk 12km terakhir, saya mula berlari dan kadang-kadang berjalan mengejar masa. Seperti biasa, memberikan senyuman kepada kamera selepas pancuran air dari kereta bomba di km34.
15. Bertemu dengan Ayang Ati dan Khairi di km 36/37, apa lagi, selfie dan refresh ourself dengan air redbull, revive dsbnya. Meneruskan larian dan jalanan, kaki mulai malas, tambahan flyover terakhir itu agak mental sebelum masuk ke arca berdekatan Padungan.
16. Memasuki bandaraya, pelari disambut dengan kata-kata motivasi di bawah gerbang menuju ke padungan. Antara yang saya ingat adalah “Smile If You Not Wearing Underwear”, “Keep Running Like Dinasor Chasing U” dan beberapa lagi. – Saya lupa nak snap picture masa ni.
17. 2km terkahir sangat epik, memasuk kawasan Bandar, diberi sokongan oleh individu yang lalu lalang. Sekitar 1.5km dari garisan penamat, terdapat meja tembikai. Wah, segar lepas makan tembikai, dan terus bersemangat untuk menamatkan larian marathon istimewa sempana hari lahir saya dengan catatan PB.
18. 500m terakhir yang sungguh best. Kiri kanan diberikan sokongan, atmosfera sungguh mengujakan bagi pelari-pelari menamatkan larian.
19. Dan saya melintasi garisan penamat tatkala jam Soleus besar bawah arca penamat menunjukkan 4:55. Terharu, hampir menangis seperti mana menamatkan FM buat kali pertama. Namun, tetap memberikan senyuman kegembiraan. Marathon ke-21 berjaya dihabiskan.
Post Marathon
20. Dikalungkan medal, ambil baju penamat, segera ke refreshment area. Air soya, redbull, mineral, kuih lapis, karipap menanti FM finishers. Selesai cooling down, segera mendapatkan rakan-rakan lain. Bertukar-tukar ucapan tahniah dan seterusnya, sesi bergambar sampai penat.
21. Selepas selesai merehatkan diri, saya dan rakan-rakan terus berada di garisan penamat, memberikan sokongan kepada pelari-pelari lain yang masih berjuang. Seronok menjadi pasukan sorak. Hehe.
22. Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya menamatkan larian dalam kategori masing-masing, walau apa jua catatan. Kerana larian harus dinikmati bersama. Setiap acara ada kenangan tersendiri dan pengalaman berbeza. Seronok dapat kenalan baru dalam setiap acara.
Kesimpulan
23. Kuching Marathon berpotensi untuk menjadi premier event di Kuching /Sarawak. Laluan yang menarik, sokongan masayarakat setempat yang best. Aspek-aspek utama penganjuran larian adalah baik, seperti water station, kawalan trafik, medic, post race hospitaliti.
24. Pengagihan race kit boleh ditambah baik, dan terdapat maklum balas mengenai RM5 untuk deposit bag. Movie marathon yang disediakan juga baik. Aktiviti senamrobik tengah padang juga menarik.
25. Bekalan air/refreshment untuk late runners seharusnya tidak diabaikan. Di mana, semalam. Oleh kerana, bekalan tersedia telah abis di kawasan lepas garisan penamat, runners terpaksa berjalan lagi ke padang merdeka untuk mendapatkan air.
26. Tahniah kepada semua, dari penganjur, penyokong, masyarakat kuching, dan semestinya pelari-pelari yang berjaya memeriahkan KCHM. Jumpa lagi di tahun 2015. Saya Mesti Pilih Kuching Marathon 2015 – 16 Ogos 2015 (My Birthday Marathon).
Lagi gambar di:
No comments:
Post a Comment