Sunday, 10 August 2014

Energizer Night Race Malaysia 2014

Dataran Merdeka
9 Ogos 2014
15km

1. Teruja mendaftarkan diri untuk berlari di Kuala Lumpur pada watktu malam untuk kali pertama. Lebih manis, ini adalah larian malam yg terbesar di Malaysia. Beribu-ribu pelari menyertainya, tambahan pula, ini merupakan acara pertama bagi kebanyakan pelari selepas cuti perayaan Aidilfitri.

2. Atmospera di Dataran Merdeka mengujakan seawal jam 5 petang, di mana pelari-pelari mula mendapatkan headlamp masing-masing.

3. Kawasan Dataran umpama fiesta. Meriah. Berkesempatan beramah mesra dengan rakan-rakan pelari, dan semestinya bergambar sebelum dilepaskan sekitar 8 malam. Diserikan dengan percikan bunga api, aura keterujaan dirasai di dataran pada malam itu.

4. Memulakan langkah larian dari belakang kandang pelepasan, risiko yg bakal dihadapi adalah kesesakan di laluan. Melewati hampir 100meter dari gerbang permulaan, kesesakan mula dirasai di bawah terowong untuk masuk ke jalan utama. Maka, mood di sini sudah ke arah Energizer Night Walk.

5. Memang sesak, walaupun sudah 3 lorong jalan ditutup sepenuhnya. Berlari dengan pace yang perlahan. Namun, kadang-kadang rasa seronok melihat gelagat ribuan rakan pelari yang sama-sama berjuang di laluan. Dalam kesesakan, ada juga yg kurang perihatin seperti tidak memberikan laluan sewajarnya kepada pelari lain yg ingin memotong dan berlari ke hadapan.

6. Laluan membawa pelari ke jalan kuching, dan masuk susur ke jalan duta. Alangkah tidak seronoknya saya apabila tiba di stesen air (WS) yg pertama, kelihatan air sudah berkurangan atau pun tiada. dan ws berkenaan di selekoh bagai.

7. Dari situ, berlari ke laluan ke bukit tunku, di sini laluan mulai menjadi satu lorong. Nah, berlawanlah dengan kesesakan. Apabila melalui laluan gelap, lampu-lampu yang dipakai oleh pelari menjadikan ia dramatik.

8. WS 2, juga kelam kabut, dan ada yg terpaksa ambil sebotol 100+ besar/mineral untuk dikongsi ramai2.

9. Laluan di bukit tunku kebanyakan telah biasa bagi pelari-pelari. Cuma, kini dilalui ketika malam. Maka, memberikan pengalaman baru kepada kebanyakan pelari. Laluan dari bank negara - susur parlimen adalah agak selesa kerana pada masa ini pelari mula berjarakan antara satu sama lain. Saya amat menyukai laluan dari Sogo ke garisan penamat. Sungguh epik dan mengingatkan kepada penamat SCKLM. Sokongan daripada rakan-rakan pelari, bukan pelari, kiri dan kanan memberikan semangat tambahan kepada pelari yang masih berlari.

9. Tamat. Diberikan air mineral, snack pack. Seperti biasa selepas tamat, acara bergambar dan beramah mesra dengan rakan-rakan yang ada. Seronok apabila acara besar sebegini, kerana dapat jumpa ramai kawan baru, lama dan sebagainya. Walaupun tidak sempat bergambar dengan semua.

10. Keseluruhannya, acara ini adalah ok dan boleh dipertingkatkan di masa akan datang dengan mengambil kira bilangan pelari yang beribu-ribu, laluan yang ada ketikanya sempit dsb. Selain itu, pelari-pelari juga perlu memahami etika larian, seperti memberi laluan sewajarnya kepada rakan-rakan yang lebih pantas dan tidak menghalang laluan serta memastikan berlari dalam ruang yang dibenarkan. Ini membolehkan acara larian dinikmati bersama.

xoxo.



Gambar di : 

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...