Thursday 17 April 2014

Marathon Rotterdam : AD Mini Marathon 4.2km

12/4/2014
1530 hrs
Saturday

Mini Marathon 4.2km & Kids Run 1km

1. Rotterdam berfiesta larian petang Sabtu yang redup dan berangin ini.

2. Saya menyertai Mini Marathon ini untuk mendapat feel dan kebersamaan dengam ribuan pelari bagi membiasakan diri sebelum marathon sebenar pada esok hari.

3. Laluan 4.2km ini merupakan sebahagian daripada laluan sebenar 42km esok. Ini memberi peluang kepada saya merasai cuaca dan visualisasi kepada larian esok.

4. Seronok dapat berlari di pusat bandar Rotterdam ini, menyaksikan mercu utama di Kota ini. Meriah. 

5. Menghampiri garisan penamat, atmosfera sungguh mengujakan. Selepas Tamat dikalungkan medal penamat untuk kenangan.

6. Berlari dalam baju melayu ketika cuaca dingin agak mencabar saya. Dengan 2 lapisan baju, saya selesa. Adakah saya akan ber-42km dgn baju melayu esok? Mungkin.

7. Kids run yg diadakan pada petang ini juga meriah. Lepas tamat, saya mengambil peluang beramah mesra dengan pelari yg lain.

8. Maka, saya tinggalkan seketika Coolsingel, laluan utama utk mula/tamat Rotterdam M ini. Moga esok 42km yg menyeronokkan utk saya dan ribuan pelari yg lain.

Xoxo

Run Gme Run

















No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...