Sunday, 28 December 2014
Road to Season Finale
Newton Challenge 2014 - 25 km
Gme Marathon Challenge 2014 - 12 x 12
12x12 2014 completed:
1. 2/03/14 : 2Xu Compression Run 41.195km
2. 12/04/14 : ABN Amro Rotterdam Marathon
3. 4/05/14 : Borneo International Marathon
4. 25-05/14: Hatyai International Marathon
5. 1/06/14 : Sundown Marathon
6. 8/06/14 : Melaka River International Marathon
7. 17/08/14: Kuching Marathon
8. 12/10/14: Standard Chartered KL Marathon
9. 16/11/14: Asics Penang Bridge International Marathon
10. 23/11/14: Fujisan Marathon
11. 7/12/14: Standard Chartered Marathon Singapore
12. 21/12/14: Cyberjaya Twincity Marathon
Cyberjaya Putrajaya Perdana Twin City Marathon - FM Ke-26
Lebih gambar di
:https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152647153688822.1073741932.530093821&type=3
Great Eastern JB 10KM - Acara Ke-100
Standard Chartered Marathon Singapore 2014
Fujisan Marathon 2014 - Marathon Ke-24
Lake Kawaguchi
9:00 am
1. Datang awal pagi ke tapak larian. Bertemu dengan Team Malaysia, seterusnya bergambar-gambar dan saling motivasi diri. Cuaca agak sejuk. Dilepaskan dari corral A. Sebelum berlepas bekas olimpian jepun memberikan kata-kata semangat. Begitu juga pengarah larian dan datuk Bandar (kot). Atmosfera mengujakan sebelum berlepas.
2. Laluan adalah sekitar Lake Kawaguchi, dan Lake Saiko, yang merupakan antara 5 tasik di persekitaran Gunung Fuji.
3. Terdapat beberapa u-turn, memberi peluang untuk pelari memotivasikan antara satu sama lain. Seawal km4, Gunung Fuji di depan mata.
4. Seterusnya, laluan membawa pelari mengelilingi Lake Kawaguchi. KM0-hingga KM21 adalah rata, laluan mendaki di KM22 hingga KM23.
5. Beberapa terowong perlu ditempuhi pelari. Dari Lake Kawaguchi, pelari mengelilingi Lake Saiko, sebelum kembali ke KM34 dan masuk laluan kampung, Dan seterusnya kembali ke Bandar dan tamat di Lake Kawaguchi.
6. Permandangan musim luruh sepanjang laluan adalah amat sukar untuk dielakkan daripada berhenti bergambar (bagi pelari riang ria seperti saya). Cuma, Gunung Fuji hilang DI balik awan untuk 3/4 tempoh larian.
7. Terdapat beberapa cutoff di checkpoint, di mana pelari perlu sampai sebelum jalan ditutup. Ye, harini saya lihat hampir 2 bas sweet dipenuhi runners. Tidak sanggup menatap wajah mereka. Harap mereka positif.
8. Beberapa tempat sepanjang laluan, dihiburkan dengan orkestra, gendang jepun. Selain itu, orang ramai keluar dari rumah masing-masing Dan hadir ke Jalan memberi sokongan pada pelari. Keadaan ini sungguh mengujakan terutama di kawasan kampung dan tengah bandar.
9. Anda tidak bosan sepanjang laluan kerana 15,000 pelari bersama anda. Meriah, ramai pelari berkostum dan semestinya amat pantas. Terharu dapat lihat Doraemon berlari dan semestinya berdesup potong saya. Watak-watak lain juga ada. Tidak dilupa pelari berkimono.
10. Setiap stesen air dan stesen sokongan yg meriah dengan air sejuk, cokelat mount Fuji, garam, pil gula. Keropok, sake, kerepek pisang, udon juga ada.
11. Yang paling menarik perhatian saya adalah miso sup, serta nasi pulut di KM22, 28 dan 35. Tatkala cuaca sejuk, miso sup panas sungguh menyegarkan. Dan saya berhenti di ketiga-tiga perhentian menikmati juadah disediakan.
12. Medik juga menyediakan selimut, jika sejuk boleh singgah ber selimut. Bagi memudahkan urusan tandas, Fujisan menggunakan tandas di resort-resort tepi tasik sebagai toilet stop. Selesa.
13. Kawalan trafik memang cemerlang. Sukarelawan juga ceria dalam melaksanakan tugas. Urusan lepas larian juga mudah dan ringkas. Siap ada gerai khas untuk pelari luar negara.
14. Keseluruhannya, dari segi penganjuran Fujisan M ini adalah cemerlang dari semua segi. Adalah disyorkan marathon untuk rakan-rakan yang berminat. Tarikh tentatif edisi 2015 adalah pada Ahad Terakhir bulan November.
15. Oh ya, saya gembira dengan prestasi saya. PB atau tidak, itu belakang kira, kerana ini marathon pertama saya di Jepun, dan had masa bagi setiap CP adalah kritikal. Berlari dengan baik hingga km21 (split:2:15), dan lepas mendaki km22, rasa tidak sedap lutut, maka, strategi kejar had masa bagi setiap CP dilaksanakan. Semestinya saya berhenti di beberapa tempat utk bergambar. Tidak dilupakan purata 8-10minit makan miso sup di 3 tempat. hehe.
16. Lantaran cuaca makin sejuk dan kaki mulai malas, saya jalan-lari-jalan untuk separuh ke-2 dan jadilah masa jam besar tatkala Saya melintasi garisan penamat 5:27. Terharu menamatkan marathon ke-24 dengan pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan dari Malaysia. Ya, pengacara tu memang petah, semua pelari diberi penghargaan sewajarnya.
17. Maka, setiap garisan penamat adalah permulaan cabaran baharu. GME24 berjaya dilaksanakan. Terima kasih atas sokongan daripada semua. GME25 menanti, kerana setiap larian harus lah dinikmati bersama.
xoxo
Desa Park City Run
Desa Park City
6:40 am
1. Saya mendaftarkan diri untuk DPC run ini kerana ini merupakan acara 10km yang baik penganjurannya, laluan yang terkawal, terdapat bukit dan semestinya ada kid dash run yang menarik untuk disokong.
Keseluruhan, penganjuran acara yg baik, WS mencukupi, post race hospitaliti juga mencukupi.
Putrajaya 100 Miles - 78km
Taman Seri Empangan
Putrajaya
7:00 am
1. Mendaftarkan diri untuk mencari pengalaman bagi jarak melebihi 42.195km buat kali pertama. Daftar 52km, namun masa ambil bib, didorong saranan dan keyakinan para sahabat, saya memberanikan diri ke kategori 78km. Terima kasih penganjur, Team Pacat atas peluang. Maka, Jumaat malam mula lah berdebar-debar.
2. Sabtu pagi, keadaan mula teruja bila melihat pelari-pelari dalam kategori masing-masing. Dilepaskan dalam cuaca cerah awal pagi sabtu.
3. Laluan adalah dari check point (CP) ke CP. 78km meliputi CP1/2 di core island, CP 3 taman cabaran, CP4 taman rimba alam. Laluan paling mental adalah CP3- ke CP4, tepi highway berdekatan desa pinggiran putra,dan mendaki 2km (kot) menghala ke taman rimba alam. Cuaca panas menghangatkan lagi cabaran.
4. Menamatkan cabaran selepas lebih 20jam. Terima kasih kepada teman-teman seperjuangan yg sama-sama menghadapi segala ups and downs, memotivasikan antara satu sama lain, cabaran cuaca, mental dan sebagainya hingga ke garisan penamat. Tahniah kepada semua, dalam kategori masing-masing waima apa jua outcome nya.
5. P100 memberi pengalaman baharu kepada saya. Banyak tips dikongsikan oleh rakan-rakan yg lebih berpengalaman. Keseluruhannya, Saya enjoy (dan insaf di beberapa tempat dlm cabaran ini) dengan acara ini. Adalah diakui saya masih banyak kena belajar untuk cabaran mendatang.
6. Keseronokan P100 adalah dapat berhenti di CP sambil beramah mesra, makan-makan, rehat bersama rakan-rakan. Tahniah pada volunteers yg super sporting dan ceria setiap masa.
7. Tahniah kpd semua yg menjayakan P100, penganjur, pelari, volunteers, supporters, pasukan keselamatan dan sebagainya.
**Secara peribadi, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dalam/luar fb yg keep track perkembangan saya (dan semua) sepanjang cabaran ini. Sokongan dan dorongan kalian semua amatlah bermakna.
xoxo
Asics Penang Bridge International Marathon
Ahad
Jambatan Penang Ke-2
2:00am
1. FM dilepaskan berperingkat. Laluan 2 lorong agak sempit di awal2 kerana ramai pelari.
2. Laluan adalah atas Jambatan. U-turn di KM21. Suka laluan berpatah balik, dapat memberi/melihat inspirasi/sokongan pelari-pelari lain.
3. Cuaca baik untuk berlari di atas jambatan saujana mata memandang. Berjaya ikut belon 5hrs hingga KM26. Lepas itu, lari-jalan-jalan-lari. Menamatkan larian dengan 5:44, gun time. Berjaya baiki catatan 6:15 thn lepas.
Pro.
- Jumpa ramai rakan-rakan pelari
- Ramai rakan2 PB, FMV no more
- Photothon
- cuaca kondusif untuk berlari
Kon.
- no km marker
- kawasan penamat kelam kabut
- sempit
- shuttle yg tak terkawal selepas 10 am
- sesak bila laluan bergabung
- ada FM/10km runners tak dapat medal
- toilet sikit atas Jambatan
- PBIM 2013 yang juga teruk lebih baik daripada 2014. :(
Etc
Apa-apa pun, saya tetap gembira di PBIM2014, meraikan marathon ke-23, ulang tahun ke-2 bergelar pelari marathon. Keseronokan adalah dapat bertemu rakan-rakan pelari sama ada instant, mahupun tidak.
Tahhniah semua walau apa jua jarak anda.
# Anda semua boleh baca komen-komen lanjut mengenai PBIM ini di dalam FB PBIM.
Tuesday, 9 December 2014
UPDATES
Hello December
Lama tak menjengah blog ini.
Insha Allah akan kemaskini sewajaranya dengan beberapa catatan pengalaman larian tertangguh.
- PBIM2014
- P100-78km
- DPC Run
- Fujisan Marathon
- SC Marathon Singapore
xoxo
Monday, 10 November 2014
Road To PBIM 2014
Live Great Run 2014
MAKNA Founder's Night Run 2014
ALPHA Run 2014
1 November 2014
Akademi JPAM Bangi
7:00 am
Ringkasan:
1. Dimulakan dengan senamrobik.
2. Laluan masih sama dengan tahun lepas. Dari JPAM menghala ke u-turn Petronas Sg Merab, masuk Putrajaya Gate 1 menghala ke u-turn selepas Sekolah Presint 15 dan berpatah balik ke JPAM.
3. Yuran meningkat (50RM utk 2014, 10RM utk 2013) mungkin sebab untuk sediakan medal kepada semua pelari.
4. Namun, peningkatan yuran tidak selari dengan kualiti baju, bib dan paling penting water station hanya ada 2 sahaja seperti tahun lepas. Sesuatu yg perlu penganjur titik berat kerana WS adalah penting.
5. Kawalan trafik baik. Peserta agak ramai berbanding tahun lepas.
6. Post race disediakan 100plus, air, roti dan tiada Milo seperti tahun lepas. Medal OK, cuma tiada jarak, difahamkan ada pelari tidak mendapat medal. Sesi lucky draw pun biasa-biasa sahaja dan kebanyakan orang JPAM yg bertuah. Hmmm.
7. Keseronokan lepas lari adalah sesi bergambar bersama teman-teman larian.
8. Untuk sesi akan datang, penganjur perlu lebih adil sejajar dengan peningkatan yuran, baju sekiranya drifit hendaklah drifit semua dan bukan separuh drifit separuh dapat cotton. Bilangan water station seharusnya Ada sekurang-kurangnya 3.
Oh ya prestasi saya.
1:18 utk 12km
Rock To Rock Run 2014
CAPAM International Run 2014
19 Oktober 2014
Dataran POJ Putrajaya
7:00 am
22 km | 10km
Ringkasan
1. Cuaca sangat kondusif untuk berlari.
2. Bilangan pelari tidak ramai, terutamanya kategori 22km, maka tidak sesak.
3. Water Station yang mencukupi dan disediakan air sejuk. Volunteers yg sporting.
4. Laluan larian adalah seperti BSNPNM, Reebok dan kebanyakan larian-larian lain di Putrajaya.
5. Kawalan trafik adalah baik.
6. Prestasi saya: Sasarkan tamat di bawah 3j. Berlari dan berjalan di Setiap WS, serta selfie dan bergambar bersama rakan-rakan.
7. Tamat diberikan medal, roti dan baju penamat (kejutan). Kemudian diikuti sesi bergambar bersama rakan-rakan sambil memberikan sokongan kepada pelari-pelari.
8. Keseluruhannya, suatu acara yang baik. Cuma, promosi perlu digiatkan seperti memaklumkan Ada baju penamat lebih awal, untuk menarik perhatian bagi kategori 22km. Apa-apa pun, saya seronok dapat bertemu rakan-rakan dan menikmati larian seadanya.
xoxo
** Lebih gambar, boleh dirujuk di laman Facebook saya
KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014
18 Oktober 2014
Lanai, MATIC
Jalan Ampang
1. Ini adalah food hunt pertama yg saya sertai. Tetap berlari di beberapa check point walaupun ini bukan acara larian. (Hehe).
2. Terdapat 10 CP. Setiap anggota kumpulan hendaklah makan di 2 CP.
3. Pengangkutan: Setiap pasukan boleh menggunakan teksi, LRT, bas, mahupun monorel. Kumpulan saya diberi nama Cukup Makan, terdiri daripada Ayang Ati, Romzy Razon, Saya dan Azim.
4. Di setiap CP, hanya seorang ahli akan makan dengan kehadiran semua anggota pasukan. Passport pengesahan perlu dicop di setiap lokasi.
5. Dilepaskan sekitar jam 10:00 pagi, pasukan kami memilih untuk membuat aturan cabaran seperti berikut:
- Mie Gurd Sg Penchala - Char Kueh Tiaw : Azmi
- Laksa Family Corner Bandar Run Razak: Azim
- Mee Sup Meletup Bandar Seri Permaisuri: Azmi
- Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju: Ayang Ati
- Asam Pedas Setiawangsa: Romzy Razon
- Mee Bandung Muor Assam Pedas Danau Kota: Azim
- Nasi Dagang MZ Darul Naim Chow Kit: Ayang Ati
- Nasi Telur Itik Masak Lemak Pedas: Romzy Razon
- Nasi Ikan Patin Tempoyak Komp Kraftangan: Azmi
6. Meriah pasukan berbaju Oren dari satu CP ke CP lain. Teksi kami naiki merasa kesesakan lalu lintas di MRR2. Menuju garisan penamat di Kompleks Kraf Jln Conlay, pasukan Cukup Makan berjaya mendapat kedudukan ke-24 dari 135 pasukan. Kami berjaya menjadi top-30. Seronok berlarian sana sini. Tahniah kepada semua pasukan, berjaya eksplorasi tempat-tempat makan menarik sekitar KL.
7. Keseluruhannya, satu acara menarik untuk mempromosikan tempat makan di KL. Di samping itu, berpeluang beramah mesra dengan rakan-rakan pelari (yg turut ramai masuk Hunt ini) serta pasukan lain.
8. Terima kasih kepada semua termasuklah rakan-rakan di media sosial, WhatsApp dan telefon yang berkongsi lokasi dan pandu Arab.
Jumpa lagi di Food Hunt akan datang.
Tuesday, 14 October 2014
SCKLM 2014 - Race Day
Cancer Awareness Fun Run
Friday, 10 October 2014
SCKLM 2014 - Race Entry Pack Collection
Dataran Underground
Pertama kali dalam tempoh bertahun-tahun sampai ke bawah Dataran Merdeka ni.
Sesi ambil race kit mudah, cepat dan teratur. Cuma datang masa lunch break memang agak ramai sikit pelari2.
Yang menarik dapat jumpa ramai rakan2, dan bergambar2.
Gerai-gerai pempamer kiranya OK, walaupun tidak semeriah di luar negara. Barang keperluan untuk larian dijual dgn harga yg berpatutan bagi sesetengahnya.
Moga jerebu hilang Dan semua dapat menikmati SCKLM hujung minggu ini.
Selamat berjuang runners SCKLM Dan BSNPNM.
**Saya hadir ke REPC untuk ketiga-tiga hari 9/10/11 Oktober 2014 dan melayang lah juga $$$.
:)
Lebih gambar di:
https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152498290118822.1073741898.530093821&type=3
dan di sini
https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152503728473822.1073741900.530093821&type=3
Sunday, 28 September 2014
T-12 SCKLM 2014
Larian Jambatan Sultan Mahmud 2014
Tuesday, 9 September 2014
Keep On Running
Sunday, 7 September 2014
River Jungle Marathon : The Supporter Edition
7 September 2014
Hulu Langat
Selepas TM Fan Run di Dataran Merdeka, saya hadir ke River Jungle Marathon, memberikan sokongan kepada rakan-rakan FM/FMV di samping bersua, bercerita dengan yang lama sudah tidak berjumpa.
Seronok melihat kegigihan, kecekalan rakan-rakan menamatkan 42.195km, terutamanya bagi yang kali pertama. Marathon sememangnya memberi inspirasi.
Tahniah buat jutaan kalinya buat semua di RJM semalam.
p/s: peringatan buat diri sendiri- pastikan kamera penuh bateri hadir ke acara marathon kerana setiap detik adalah bermakna. Credit kepada Ayang Ati dan rakan-rakan atas photo-photo berkaitan. Kerna larian harus dinikmati bersama.
XOXO
Bersama rakan2 FM/FMV , Photo credit: Ayang Ati, Nor Mah Ahmad, Cruz Andiamanda |
Riang ria bergambar lepas berlari katanya. Bersama rakan2 FM/FMV , Photo credit: Ayang Ati, Nor Mah Ahmad, Cruz Andiamanda |
Team Malaysia Fan Run 2014
Gambar2 di:
https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152429661653822.1073741894.530093821&type=3
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...