Sunday, 28 December 2014

Road to Season Finale

Pantas masa berlalu, musim 2014 saya akan berakhir pada hari Rabu ini. 
Acara ke-41 menanti. 

2014 menyaksikan segala ups and downs dalam karier (ke? hahah) larian. Seronok dapat bertemu dengan ramai rakan larian, berkongsi pengalaman dan sama-sama menikmati larian.

Sebagai imbasan, berikut adalah 40 acara terdahulu. Sila klik pada link untuk pembacaan lanjut:

23.  TM Fan Run
41. New Year Eve Fun Run

P/s: kebanyakan entri masih dalam proses kemas kini untuk masukkan gambar. Untuk makluman juga, kebanyakan entri adalah copy-and-paste daripada entri FB saya. Maklumat dimasukkan dalam blog ini untuk coretan jurnal lari saya.

Insha Allah pada 31 Disember, saya akan rangkumkan Gme's Selection 2014.


Newton Challenge 2014 - 25 km

28 Disember 2014

Giants Bandar Kinrara
5:30 am

1. Lokasi mula/tamat tahun ini adalah di Giants, selesa berbanding jalan kecil tahun lepas. Kategori 25km dilepaskan pada 5:30 am dan diikuti 15km pada 6:30 am.

2. Berlari dengan mood riang ria, sempena menghampiri penghujung musim. Seawal km3 saya dah walk break, mencari rentak. Laluan berbukit dan beralun di bandar Kinrara ini menduga, sambil menyeronokkan terutama saat turun bukit.

3. Berlari seadanya sehingga perhentian berikutnya di km10. Berhenti untuk subuh dan mencari Gatorade di Petronas. Puas berehat, sambung larian seadanya, berhenti di setiap WS, berusaha lari walaupun keadaan berbukit. 

4. Cuba mengekalkan pace 6:30-7:15 hingga ke penamat. Saat lintasi penamat, jarak tidak sampai 25km, maka sambung lari dan berjalan sehingga 25km. Hehe. 2:54 saat jam besar pabila saya tiba. PB yeay.

5. Selesai dapatkan medal, air, sesi diteruskan dengan memberi sokongan kepada rakan-rakan dan pelari yang masih berjuang ke garisan penamat. Selanjutnya, bergambar hingga puas. Salingtukar ucapan tahniah dan motivasi. Ramah mesra dan menikmati larian seadanya. Kebanyakan musim 2014 berakhir hari ini. Selamat maju jaya semua untuk musim larian 2015.

6. Seronok dapat jumpa ramai rakan hari ini. Tahniah semua. Keseluruhannya, NC tahun ini baik, dengan pemilihan lokasi yg sesuai, WS mencukupi , trafik terkawal serta post race water yg banyak.

Jumpa lagi di larian akan datang.


Gme Marathon Challenge 2014 - 12 x 12

Runs end. Running doesn't. 


Semalam (21 Disember 2014),  tamatlah Gme Marathon Challenge 2014.
Y2012 : 1 FM
Y2013 : 13 FM
Y2014 : 12 FM

12x12 2014 completed:

1. 2/03/14 : 2Xu Compression Run 41.195km
2. 12/04/14 : ABN Amro Rotterdam Marathon
3. 4/05/14 : Borneo International Marathon
4. 25-05/14: Hatyai International Marathon
5. 1/06/14 : Sundown Marathon
6. 8/06/14 : Melaka River International Marathon
7. 17/08/14: Kuching Marathon
8. 12/10/14: Standard Chartered KL Marathon
9. 16/11/14: Asics Penang Bridge International Marathon
10. 23/11/14: Fujisan Marathon
11. 7/12/14: Standard Chartered Marathon Singapore
12. 21/12/14: Cyberjaya Twincity Marathon

SB : 4:55 (Kuching) , SW : 7:27 (SCMS)

I love marathons, and I can't deny it.

2014 yang penuh meriah, segala ups and downs. Berjuta kenangan. Kegembiraan adalah menikmati larian bersama-rakan. Seronok dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan dunia larian.

Moga musim 2015 lebih meriah dan lebih ramai menikmati larian. Semoga terus memberi/mendapat inspirasi daripada/kepada anda semua.

Terima kasih semua.

Cyberjaya Putrajaya Perdana Twin City Marathon - FM Ke-26

21 December 2014

Cyberjaya

Persiaran Flora
Cyberjaya 
4:00 pagi

1. Hadir ke Cyberjaya untuk melengkapkan marathon ke-12 tahun 2014 dengan perasaan mengantuk tidak tidur selepas layan bola malam sebelumnya. Namun, itu bukan alasan untuk tidak berlari memandangkan ini yg dipilih untuk menikmati hujung minggu.

2. Selesai bersiap di tapak larian, seperti biasa aktiviti beramah mesra dan bergambar-gambar bersama rakan-rakan. Teruja saya apabila beberapa rakan akan buat marathon untuk kali pertama.

3. Sesi dimulakan dengan aktiviti warm up beramai-ramai. Marathon dilepaskan lewat dari jadual asal 4:00 pagi. Sekitar 4:08 pagi baru dilepaskan.

4. Laluan marathon secara ringkasnya adalah berlari dalam Cyberjaya (nama jalan saya kurang pasti, boleh rujuk data Garmin), menuju ke Putrajaya melalui Jalan depan PICC ke u-turn sebelum kawasan perkuburan Presint 20, kemudian patah balik ke Cyberjaya melalui jalan yg sama. Masuk semula ke Cyberjaya, pusing beberapa kawasan dalam cyber sebelum kembali ke garisan penamat di Persiaran flora.

5. Laluan keseluruhannya ada rata, ada beralun berbukit, ada tiada lampu langsung (km4 kot), ada lalu tepi kawasan pembinaan, ada lalu atas jalan utama belakang PICC, ada bahagian bosan dan kurang bosan (hehe).

6. Prestasi saya: seawal km10.5, saya berhenti mencari kedai, beli nescafe ais, kemudian sambung berlari ke WS di km12. Di sini saya berhenti lama, hilang kan mengantuk solat subuh dan rehat 

7. Dari km12 ke km21.1, kembali bersemangat berlari-lari, sambil menyanyi-nyanyi hilang kan bosan. Terima kasih buat rakan2 yg terpaksa dengan vokal x mantap saya. Haha. Oh kelakar bila dapat tau lagu Warisan dapat didengari di seberang Jalan. Haha. Lintasi km21.1 dalam 3.02.

8. Dengan cuaca yang masih kurang panas, sasaran tamat larian adalah tanpa kecederaan dan dengan prestasi di km21.1, sasaran diubah kepada 6:30, masih dalam cutoff 7jam.

9. Berlari hingga ke km32. Dihidangkan dengan roti canai. Oh saya tak jamah. Saya minum air sahaja. Usaha yg baik penganjur untuk sediakan solid food. Selepas km32 berlari - berjalan dari satu WS ke WS yang lain. Terima kasih RFF team yg menyediakan 100plus, water spray, cokelat etc. 

10. Melepasi km35, saya melepak di perhentian bas, hilang kan penat bersama hafifi dan suhirman. Cuaca makin panas, untuk sampai ke u-turn terakhir di kawasan berdekatan perumahan baru membangun dan tanah lapang itu, rasanya seperti selamanya.

11. Selepas u-turn, strategi adalah fast walk hingga ke km41.5, supaya 700m terakhir dapat berlari dengan girang gembira ke garisan penamat. Saya sampai ketika jam besar 6:29 rasanya. Terima kasih rakan-rakan yg sedia menanti di garisan penamat walau dalam keadaan panas cuaca.

12. Tahniah kepada semua. Tahniah khas kepada rakan-rakan FMV semalam. Terharu dapat jumpa kalian, dan bergelar marathoner. Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang saling motovasi antara satu sama lain saat ups and downs sepanjang 42.195km. Tahniah Suhirman, Hisyam, kita berjaya baiki pencapaian SCMS2014. Tahniah kepada Hafifi kerana tidak give up. Tahniah kepada rakan-rakan lain yg telah tamat awal, mahupun terkemudian. Tahniah kepada rakan-rakan-rakan di lain-lain kategori, 5km, 12km, dan 21km. Kita semua adalah pemenang.

13. Aktiviti selepas larian seperti biasa, bergambar-gambar kenangan. Saling ucap tahniah antara satu sama lain, bergossip dan sebagainya. Haha. Ada lucky draw, tapi tak mengena. Seronok juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan baharu semalam.

14. Secara keseluruhannya, penganjuran Cyberjaya M adalah baik untuk pertama kali. Cyberjaya merupakan bandar berpotensi untuk destinasi larian. Beberapa penambahbaikan perlu adalah seperti memastikan blinker di kawasan gelap tidak berlampu, kon di jalan utama, petunjuk yang lebih jelas, km marker di letakkan di km yang betul, apa yang di hebahkan hendaklah sama atau lebih, tercari-cari saya di manakah 'salt water" itu, krim panas, spray etc hendaklah mencukupi, tiap kali tanya kt WS, cakap dah habis. Mujur ada rakan yang bawa yg sendirian berhad. Hiburan band disediakan, kira oklah hilangkan mengantuk awal-awal pagi. Lain-lain apa lagi komen ek? Semalam saya dah suarakan komen saya kepada yang berkenaan.

15. Maka, Gme Marathon Challenge 2014 berakhir semalam dengan medal yang cantik untuk kenangan. 12 marathon dalam tahun 2014. Perjalanan yang indah. 26 marathon sepanjang 25 bulan lalu, berjuta kenangan, bertambah kenalan. Moga bertemu di musim 2015.

Lebih gambar di
:https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152647153688822.1073741932.530093821&type=3

Great Eastern JB 10KM - Acara Ke-100

13 December 2014
Dataran Bandaraya JB
7.00 pagi

1. Berlepas ke JB dari TBS 12:00 am Jumaat. Tiba di Larkin sekitar 4:00 am. Rehat, dan segera ke Dataran Bandaraya dalam 5:20am. Ambil bib, mudah dan cepat. Terima kasih penganjur benarkan saya ambil pada hari larian.

2. Selesai urusan wajib, bersiap sedia di Dataran. Bertemu dengan rakan-rakan larian. Dilepaskan pada 7:00 am. Seperti biasa, larian riang ini saya bermula dari kelompok belakang. Bergambar-gambar segala.

3. Laluan larian adalah ringkas, berlari dari Dataran ke u-turn depan hospital, seterusnya hingga ke km6.5, u-turn semula dan seterusnya ke Dataran. Laluan adalah rata, dan kelihatan pesisir selat tebrau di sepanjang laluan.

4. Cuaca adalah baik sepanjang larian. Terdapat mobile toilet di beberapa tempat. Stesen air disediakan air dan 100plus. Terdapat sponge di km9, sesuai untuk tampil segar di garisan penamat.

5. Dengan penyertaan dalam 1,000 lebih, laluan tidak sesak dan sangat selesa berlari. Kawalan trafik adalah baik. Prestasi saya adalah menggembirakan, melintasi garisan penamat ketika jam besar menunjukkan 1:00:51, prestasi terbaik 10km saya musim ini, dengan bersarong. Dapat medal pertama saya di kota Johor Bahru.

6. Pasca larian disediakan hospitaliti yg baik, air, pisang, tembikai dan roti. Terdapat booth Instagram, di mana pelari boleh mencetak gambar kenangan, saya suka. Di samping itu, booth GE menyediakan botol air kenangan utk pelari.

7.Keseronokan lepas larian adalah sesi ramah mesra dengan rakan-rakan larian. Ber gambar juga adalah semestinya. Terima jumpa ramai kawan harini walaupun tidak sempat bergambar dengan semua orang.

8. Selesai, dan puas saksikan penyampaian hadiah serta lucky draw, beredar dari kawasan. Terima kasih kawan-kawan JB yang memberikan hospitaliti utk saya selepas larian.

9. Keseluruhannya, GE JB10K merupakan suatu acara yang baik dari semua aspek-aspek utama penganjuran. Laluan adalah potensi untuk semua orang PB, rata. Maka, hari terindah saya dalam dunia larian adalah harini di JB. Selesai acara ke-100, Jun 2012-December 2014. Pantas masa berlalu. Moga terus memeriahkan dan menikmati larian seadanya.


Tahniah sekali lagi pada semua.

Standard Chartered Marathon Singapore 2014

7 December 2014
Orchard Road (Start)/ Padang (Finish)
5:00 am

1. Bertolak dari hostel jam 4:00 am, menaiki MRT. Meriah MRT awal-awal pagi dengan pelari-pelari.

2. Sampai di Orchard Road, bergambar dengan rakan-rakan dan saling ucap selamat kepada semua.

3. Dilepaskan mengikut wave, saya melepasi timing mat selepas 10minit dari gun time. Berlari dengan pace santai sehingga km6. Berhenti toilet break dan subuh di bangunan F1 Pit.

4. Cuaca pada awal pagi adalah baik. Saya berlari seadanya sehinggalah buat walk break pertama di sekitar km19. Bertemu dengan Azim dan Mizan di sini. Strategi berikutnya adalah berlari/berjalan sehingga bertemu dengan Coke. Ya, kami bercadang untuk berhenti mencari coke selepas u-turn di km21.5.

5. Selepas u-turn, bertemu dan menyapa rakan-rakan Khidir, Suhirman, Edward, Hisyam, Bha dan lain-lain. Bergambar-gambar seketika. km25, berhenti beli Coke di gerai yg ada di East Coast Park (ECP). Selepas itu, masing-masing kembali berlari/berjalan hingga ke km30, luar ECP. Cuaca makin panas, saya mengalami cramp di km31.5, meneruskan perjuangan dengan berjalan sahaja. Strategi diubah kepada tamat dengan senyuman, timing ditolak ke tepi.

6. KM34, saya berhenti agak lama, panas dan rasa tidak sedap. Saya bergambar dan menginsafi diri yang mungkin saya belum fully recover daripada Fujisan seminggu yg lalu. Keadaan kembali ceria apabila kelibat Khidir, Baha, Suhirman, Edward dan Hisyam muncul. Maka, kami membuat keputusan untuk terus enjoy, bergambar-gambar, lari, jalan dan beramah mesra dengan pelari lain sehingga garisan penamat. Membuat keputusan untuk tamat secara bersama-sama, kerana larian harus dinikmati bersama. Seronok dapat berlambai-lambai dan saling memberi sokongan antara pelari sepanjang jalan.

7. Dari KM34 hingga ke penamat, kami berlari-lari anak, senyum kepada kamera, berjalan santai bila perlu. Melintasi garisan penamat bersama-sama rakan-rakan adalah momen yang terindah. Saat tiba di garisan penamat, emcee mengumumkan dari Malaysia, laungan Malaysia Boleh, dan lagu rasa sayang dimainkan. Terharu. Terus saling mengucapkan ucapan tahniah pada rakan-rakan. We had joy and fun. We had ups and down along the way. Sekalung tahniah buat semua, termasuk rakan-rakan yang lebih awal menamatkan larian. Catatan masa saya adalah 7:27, PW, namun tetap marathon paling menggembirakan kerana pertama kali dapat tamat dengan rakan-rakan dan turut sama mengibarkan Jalur Gemilang di garisan penamat. 

8. Tamat, terus ambil baju penamat, medal dan hospitaliti. Segera bergambar-gambar kenangan dan seterusnya bersurai kerana cuaca makin panas dan semua berkejaran penerbangan, bas check out hostel/hotel dan sebagainya.

9. Keseluruhannya, SMCS adalah ok, cuma tidak seperti tahun lepas ada pisang. Tahun ini, tiada pisang. Gel pun di km35. Saya suka support station yang menyediakan coke dan buah oren etc. Tiada air di KM37, menyebabkan late runners terpaksa bertahan hingga ke km40 untuk air berikutnya. Saya suka barricades di jalan-jalan utama dan runners rasa selamat. 500 meter ke garisan penamat tahun ini tidak sesesak tahun lepas.

10. Maka, selesai sudah Gme Marathon Challenge - Episod ke-25. 3 FM dalam tempoh 4 minggu, banyak kenangan sepanjang jalan. Moga bertemu di episod akan datang. Masa untuk rehat, refleksi diri dan bersedia membuat kemunculan apabila tiba masanya.

Fujisan Marathon 2014 - Marathon Ke-24

30 November 2014
Lake Kawaguchi
9:00 am

1. Datang awal pagi ke tapak larian. Bertemu dengan Team Malaysia, seterusnya bergambar-gambar dan saling motivasi diri. Cuaca agak sejuk. Dilepaskan dari corral A. Sebelum berlepas bekas olimpian jepun memberikan kata-kata semangat. Begitu juga pengarah larian dan datuk Bandar (kot). Atmosfera mengujakan sebelum berlepas.

2. Laluan adalah sekitar Lake Kawaguchi, dan Lake Saiko, yang merupakan antara 5 tasik di persekitaran Gunung Fuji.

3. Terdapat beberapa u-turn, memberi peluang untuk pelari memotivasikan antara satu sama lain. Seawal km4, Gunung Fuji di depan mata.

4. Seterusnya, laluan membawa pelari mengelilingi Lake Kawaguchi. KM0-hingga KM21 adalah rata, laluan mendaki di KM22 hingga KM23.

5. Beberapa terowong perlu ditempuhi pelari. Dari Lake Kawaguchi, pelari mengelilingi Lake Saiko, sebelum kembali ke KM34 dan masuk laluan kampung, Dan seterusnya kembali ke Bandar dan tamat di Lake Kawaguchi.

6. Permandangan musim luruh sepanjang laluan adalah amat sukar untuk dielakkan daripada berhenti bergambar (bagi pelari riang ria seperti saya). Cuma, Gunung Fuji hilang DI balik awan untuk 3/4 tempoh larian.

7. Terdapat beberapa cutoff di checkpoint, di mana pelari perlu sampai sebelum jalan ditutup. Ye, harini saya lihat hampir 2 bas sweet dipenuhi runners. Tidak sanggup menatap wajah mereka. Harap mereka positif.

8. Beberapa tempat sepanjang laluan, dihiburkan dengan orkestra, gendang jepun. Selain itu, orang ramai keluar dari rumah masing-masing Dan hadir ke Jalan memberi sokongan pada pelari. Keadaan ini sungguh mengujakan terutama di kawasan kampung dan tengah bandar.

9. Anda tidak bosan sepanjang laluan kerana 15,000 pelari bersama anda. Meriah, ramai pelari berkostum dan semestinya amat pantas. Terharu dapat lihat Doraemon berlari dan semestinya berdesup potong saya. Watak-watak lain juga ada. Tidak dilupa pelari berkimono.

10. Setiap stesen air dan stesen sokongan yg meriah dengan air sejuk, cokelat mount Fuji, garam, pil gula. Keropok, sake, kerepek pisang, udon juga ada.

11. Yang paling menarik perhatian saya adalah miso sup, serta nasi pulut di KM22, 28 dan 35. Tatkala cuaca sejuk, miso sup panas sungguh menyegarkan. Dan saya berhenti di ketiga-tiga perhentian menikmati juadah disediakan.

12. Medik juga menyediakan selimut, jika sejuk boleh singgah ber selimut. Bagi memudahkan urusan tandas, Fujisan menggunakan tandas di resort-resort tepi tasik sebagai toilet stop. Selesa.

13. Kawalan trafik memang cemerlang. Sukarelawan juga ceria dalam melaksanakan tugas. Urusan lepas larian juga mudah dan ringkas. Siap ada gerai khas untuk pelari luar negara.

14. Keseluruhannya, dari segi penganjuran Fujisan M ini adalah cemerlang dari semua segi. Adalah disyorkan marathon untuk rakan-rakan yang berminat. Tarikh tentatif edisi 2015 adalah pada Ahad Terakhir bulan November.

15. Oh ya, saya gembira dengan prestasi saya. PB atau tidak, itu belakang kira, kerana ini marathon pertama saya di Jepun, dan had masa bagi setiap CP adalah kritikal. Berlari dengan baik hingga km21 (split:2:15), dan lepas mendaki km22, rasa tidak sedap lutut, maka, strategi kejar had masa bagi setiap CP dilaksanakan. Semestinya saya berhenti di beberapa tempat utk bergambar. Tidak dilupakan purata 8-10minit makan miso sup di 3 tempat. hehe.

16. Lantaran cuaca makin sejuk dan kaki mulai malas, saya jalan-lari-jalan untuk separuh ke-2 dan jadilah masa jam besar tatkala Saya melintasi garisan penamat 5:27. Terharu menamatkan marathon ke-24 dengan pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan dari Malaysia. Ya, pengacara tu memang petah, semua pelari diberi penghargaan sewajarnya.

17. Maka, setiap garisan penamat adalah permulaan cabaran baharu. GME24 berjaya dilaksanakan. Terima kasih atas sokongan daripada semua. GME25 menanti, kerana setiap larian harus lah dinikmati bersama.

xoxo

Desa Park City Run

23 November 2014
Desa Park City
6:40 am

1. Saya mendaftarkan diri untuk DPC run ini kerana ini merupakan acara 10km yang baik penganjurannya, laluan yang terkawal, terdapat bukit dan semestinya ada kid dash run yang menarik untuk disokong.

2. Selepas menamatkan P100-78km sekitar 3 pagi 23/11, saya segera muncul di DPC pada 5 pagi dan bersiap untuk larian ini.

3. Edisi recovery run selepas P100-78km. Laluan adalah sama macam tahun lepas, sekitar DPC.
4. Seperti biasa, keseronokan bertemu rakan-rakan. Bahagian menarik, larian kanak-kanak.
Keseluruhan, penganjuran acara yg baik, WS mencukupi, post race hospitaliti juga mencukupi.

Putrajaya 100 Miles - 78km

22-23 November 2014
Taman Seri Empangan
Putrajaya
7:00 am

1. Mendaftarkan diri untuk mencari pengalaman bagi jarak melebihi 42.195km buat kali pertama. Daftar 52km, namun masa ambil bib, didorong saranan dan keyakinan para sahabat, saya memberanikan diri ke kategori 78km. Terima kasih penganjur, Team Pacat atas peluang. Maka, Jumaat malam mula lah berdebar-debar.

2. Sabtu pagi, keadaan mula teruja bila melihat pelari-pelari dalam kategori masing-masing. Dilepaskan dalam cuaca cerah awal pagi sabtu.

3. Laluan adalah dari check point (CP) ke CP. 78km meliputi CP1/2 di core island, CP 3 taman cabaran, CP4 taman rimba alam. Laluan paling mental adalah CP3- ke CP4, tepi highway berdekatan desa pinggiran putra,dan mendaki 2km (kot) menghala ke taman rimba alam. Cuaca panas menghangatkan lagi cabaran.

4. Menamatkan cabaran selepas lebih 20jam. Terima kasih kepada teman-teman seperjuangan yg sama-sama menghadapi segala ups and downs, memotivasikan antara satu sama lain, cabaran cuaca, mental dan sebagainya hingga ke garisan penamat. Tahniah kepada semua, dalam kategori masing-masing waima apa jua outcome nya.

5. P100 memberi pengalaman baharu kepada saya. Banyak tips dikongsikan oleh rakan-rakan yg lebih berpengalaman. Keseluruhannya, Saya enjoy (dan insaf di beberapa tempat dlm cabaran ini) dengan acara ini. Adalah diakui saya masih banyak kena belajar untuk cabaran mendatang.

6. Keseronokan P100 adalah dapat berhenti di CP sambil beramah mesra, makan-makan, rehat bersama rakan-rakan. Tahniah pada volunteers yg super sporting dan ceria setiap masa.

7. Tahniah kpd semua yg menjayakan P100, penganjur, pelari, volunteers, supporters, pasukan keselamatan dan sebagainya.

**Secara peribadi, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dalam/luar fb yg keep track perkembangan saya (dan semua) sepanjang cabaran ini. Sokongan dan dorongan kalian semua amatlah bermakna.

xoxo

Asics Penang Bridge International Marathon

16 November 2014
Ahad
Jambatan Penang Ke-2
2:00am

1. FM dilepaskan berperingkat. Laluan 2 lorong agak sempit di awal2 kerana ramai pelari.

2. Laluan adalah atas Jambatan. U-turn di KM21. Suka laluan berpatah balik, dapat memberi/melihat inspirasi/sokongan pelari-pelari lain.

3. Cuaca baik untuk berlari di atas jambatan saujana mata memandang. Berjaya ikut belon 5hrs hingga KM26. Lepas itu, lari-jalan-jalan-lari. Menamatkan larian dengan 5:44, gun time. Berjaya baiki catatan 6:15 thn lepas.

Pro.
- Jumpa ramai rakan-rakan pelari
- Ramai rakan2 PB, FMV no more
- Photothon
- cuaca kondusif untuk berlari

Kon.
- no km marker
- kawasan penamat kelam kabut
- sempit
- shuttle yg tak terkawal selepas 10 am
- sesak bila laluan bergabung
- ada FM/10km runners tak dapat medal
- toilet sikit atas Jambatan

- PBIM 2013 yang juga teruk lebih baik daripada 2014. :(
Etc

Apa-apa pun, saya tetap gembira di PBIM2014, meraikan marathon ke-23, ulang tahun ke-2 bergelar pelari marathon. Keseronokan adalah dapat bertemu rakan-rakan pelari sama ada instant, mahupun tidak.

Tahhniah semua walau apa jua jarak anda.


# Anda semua boleh baca komen-komen lanjut mengenai PBIM ini di dalam FB PBIM.

Tuesday, 9 December 2014

UPDATES

Hello December

Lama tak menjengah blog ini.
Insha Allah akan kemaskini sewajaranya dengan beberapa catatan pengalaman larian tertangguh.

- PBIM2014
- P100-78km
-  DPC Run
- Fujisan Marathon
- SC Marathon Singapore

xoxo

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...