Tempat: Stadium Darul Aman, Alor Setar
Jarak: 21km (20.66km GPS)
Masa: 6.30 pagi (7.50 pagi pelepasan)
Lepas SCKLM ditangguhkan, aku segera mencari larian alternatif hujung minggu ini.
Dan larian bendang kedah menjadi pilihan. Sampai di alor setar awal pagi sabtu, singgah di hotel bajet, bersiap dan terus ke stadium darulaman. Walaupun kat pamplet tulis jam 6:30 pagi, lepas jam 7.00 pagi baru dapat daftar (percuma kerana urus setia cakap baju dah habis, never mind lah kan, janji dapat berlari).
Beberapa kategori seperti 7km sekolah rendah, menengah, veteran dan 21km open dipertandingkan. Hadiah dia agak lumayan jika dibandingkan dengan skala kecil dan bilangan pelari. Larian ini diadakan sempena karnival amal hari penyayang anjuran yayasan sultanah bahiyah, kedah. Maka, di samping larian, ada karnival di perkarangan stadium.
Seperti dijangka, race ini mendapat sambutan saat akhir, memandangkan scklm tangguh. Lepas daftar, ada sesi senamrobik. Rasanya dalam 1,000 lebih kot runners untuk semua kategori. Dan urus setia cakap sambutan tahun ini menggalakkan.
Dilepaskan pada jam 7:50 pagi oleh MB Kedah. Pergh cuaca sudah panas.
Sasaran hari ini, adalah untuk tamat bawah 3:00. Berlari dengan pace perlahan, laluan membawa pelari dari stadium ke jalan besar dan di km7 masuk jalan kampung, dan bendang dikiri dan kanan jalan. Hingga ke km17, laluan dibendang, panas takde shade untuk berteduh. KM17 ke penamat masuk balik ke jalan besar, pergh jalan sesak dan kena berlari berhati-hati.
Terdapat 3 water station sepanjang laluan, tapi tiada isotonik drink. Maka, di km18, aku singgah shell pergi beli Gatorade. Baru lega berlari dalam keadaan panas dan meletihkan.
Menamatkan larian dalam 2:48, memang jauh dari PB aku. Panas sepanasnya cuaca, diberikan medal dan topi cenderamata. Masa ini milo dah abis sudah. Maka, minum air mineral sahaja. Kemudian ke karnival kat luar tu, beli makanan.
Keseluruhannya, penganjuran larian yang baik, cuma urusan pendaftaran perlu dibaiki, masa pelepasan perlu disesuaikan, air isotonik perlu disediakan dan marshal serta kawalan trafik di beberapa simpang harus ditingkatkan. Mujur aku tak sesat bila laluan masuk kawasan perumahan.
Apa2 pun, aku enjoy larian bendang ini, terutamanya di kawasam bendang berhampiran lapangan terbang tu, seronok berlari tepi tali air, kemudian ada bebeberapa pesawat tudm sedang buat latihan.
Moga jumpa lagi di larian bendang akan datang.
#Run Gme Run.