Sunday 20 October 2013

Adidas King of The Road 2013

Adidas KOTR 2013
Sunway Pyramid
16.8km
20 Oktober 2013
6.45 am

1. Masuk KOTR ini sebagai recovery fun run/walk atas NPE highway, selepas beberapa jam selesai BSN PNM malam tadi.

2. Tiba di Caltex depan Sunway Pyramid dalam 6.00 am, bersiap, bergambar2 dengan member2, chit chat dengan runners. Masuk dalam starting pen dalam 6:30 am.

3. Kelihatan ramai runners di kategori 16.8km ini, dan semestinya ramai juga yg buat back to back selepas BSN PNM. Kategori 16.8km dilepaskan pada 6:45 am dan 10km dilepaskan pada   7:15 am.

4. Strategi aku untuk larian ini adalah enjoy, walking, running, jogging, phototaking and chit chat dan tamat sebelum cut off 2:45. Selepas dilepaskan aku jalan kaki sahaja hingga km2. Ramai runners sudah ke depan, dan semestinya ramai juga di belakang. Semua enjoy KOTR dgn cara masing2.

5. Lepas tol, baru aku berlari-lari hingga km6, skip WS1 kerana air masih banyak dalam botol. Lepas km6, berjalan balik, borak2. Untungnya laluan atas NPE ini adalah ada u-turn, dan boleh nampak elite runners memecut di arah bertentangan.

6. Cuaca pagi ini baik dan tidak panas. Maka, mmg kondusif untuk berlari. Dalam km7, ada pasukan sorak yg tidak putus2 memberi galakan dan sokongan kepada runners. U-turn di km8.5, depan tol. Aku berjalan lagi, sambil saksikan tarian tradisional yang dipersembahkan untuk menghiburkan runners.

7. Terus berjalan, bergambar hingga ke km10. Di sekitar km12, jumpa Rashid, Ford, Sobri dan Aizat. Apa lagi camwhore sana sini.  Lepas puas berjalan, sambung berlari sikit2 hingga km14.

8. Lepas km15 baru semangat balik nak berlari hingga garisan penamat. Sebelum ke garisan penamat, lambai sana sini kepada kamera. Misi berjaya, lintasi garisan penamat dengan 2:28 (net), 2:31 (gun).

9. Ambil medal, minum 100+, pisang dan segera bertemu dengan member-member yang tamat lebih awal. Terus bergambar2, lepak2 atas NPE sambil beri sokongan kepada runners yg masih berlari.

10. Runners own NPE on Sunday morning. Sesi bergambar sana sani atas NPE. Selesai. Terus beredar dan baru terasa mengantuk selepas cabaran 58km dalam masa 12 jam.

11. Keseluruhannya, Adidas KOTR merupakan race yang best, laluan yg ditutup sepenuhnya kepada runners. Tiada masalah trafik. Medal cantik. Tp rasanya ramai sangat walkathon (termasuk aku hehe), yg penting enjoy the distance. Hehe.

RankBib No.NameCategoryGun TimeNet TimeRemarks
2345A0686MOHD AZMI BIN ISA16.8KM Men (Malaysian)02:31:2402:28:29Facebook share










2 comments:

  1. Terbaiklah back2back PNM+KOTR. Masa PNM kita berpenat lelah meredah hujan bagai, masa KOTR kita berlenggang kangkung sambil berkemhor. Meriah & seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Rashid kan. Tulah, best kan bila x fokuskan sgt pada timing (hehe, ntah bila aku ni fokus kan) hehe.

      Delete

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...