Sunday, 13 October 2013

Penang Run Series 3

Tarikh: 13 Oktober 2013
Tempat: SK Sg Pinang, Balik Pulau (Mula) / SMK Teluk Bahang (Tamat)
Jarak: 21km
Masa: 6.00 pagi



1. Tiba di SK Sungai Pinang sekitar 4.50 pagi, masih awal. Hujan biasa-biasa masa ini. Sekali lepas subuh, dan pelepasan 6.00 pagi, hujan selebat-lebatnya. Maka, masa ini dah terbayangkan this is very "fun" race till the end. 

2. Tema siri 3, adalah POWER. Berdasarkan kepada laluan larian, pelari akan mendaki bukit-bukit di Balik Pulau sehingga km12, dan selepas itu, merupakan larian turun bukit. Bermula dari SK Pinang, dalam hujan lebat, berlari hingga ke Palazo, tak jauh dari pantai acheh (kot nama dia), buat u-turn, dan seterusnya patah balik ke jalan utama balik pulau ke teluk bahang.

3. Hujan lebat, sejuk dan kadangkala laluan gelap, memang mencabar pelari. Memasuki fasa berbukit, aku cuba sedaya upaya kurangkan berjalan untuk mendaki. Berjaya sampai ke km8 dengan jayanya, rehat kejap, minum air, minum ORS juga, teruskan berlari/fast walking sehingga km12. Dalam tempoh ini, hujan adakalanya lebat, adakalanya berhenti, adakalanya renyai-renyai sahaja. Tapi yang pasti kasut sudah berat. Sampai di Air terjun Titi Kerawang, wah, tu dia air mengalir kuat. Seronok dengar bunyi air terjun.

4. KM12-15, turun bukit. Dalam keadaaan hujan, penurunan bukit juga mencabar kaki. Aku cuba berlari seadanya hingga ke km16-17. Aku buat walk break sekejap. Lihat jam, aku berkira-kira untuk menamatkan larian bawah 2:30 dan masih berpeluang. Dari KM17, masuk ke empangan teluk bahang, buat u-turn di hujung empangan, hujan agak reda masa ini. 

5.Berlari dengan pace santai dan terkejar-kejar untuk sub 2;30, menuruni bukit di empangan tersebut, berlari dan berlari hingga dah nak sampai SMK teluk bahang tu, depan adventured park kot (namanya), air bertakung dengan agak banyak. Redah sahaja lah. Masuk pintu pagar sekolah, berlari dan berlari, dan berjaya tamatkan larian dalam 2;29 (net time). 

6. Tamat larian, ambil medal, breakfast nasi lemak, air vico, revive isotonik, roti dan tembikai. Makan, dengan keadaan kurang berselera sebab sejuk. Kemudian, nah, hujan kembali turun dengan selebat-lebatnya. Meriah. 

7. Lepas bergambar kejap, bersedia balik hotel di kampung nelayan teluk bahang, dengan berjalan kaki/berlari dalam hujan. Seronok.

8. Keseluruhannya, siri 3 ini paling best (buat aku), kerana berjaya baiki masa dari siri 1 (2:52) dan siri 2 (2:51), dan semestinya pengalaman berlari sepenuhnya dalam hujan (tanpa kilat), amat menyeronokkan. Rasanya semua runners bergembira dengan siri 3 yang best ini.

9. Bertemu di siri akan datang, penutup Teluk Bahang - Esplanade. Maklumat lanjut mengenai Penang Run boleh diperoleh di www.penangrun.com

10. Keputusan di championchip.com.my:

238 / 446 Mens Open
A1020 MOHD AZMI BIN ISA 2:31:52 2:29:36 0:28:21 2:18:44 6:02:25 8:32:00
427 / 706 Men Overall
490 / 864 Men and Women Overall
264 / 392 Kedudukan Selepas 3 Series - Men Open






No comments:

Post a Comment

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...