Sunday, 20 October 2013

BSN Putrajaya Night Marathon 2013

19 Oktober 2013
8 malam
Palace Of Justice Putrajaya
42km

1. Ini adalah marathon aku yg ke 11 utk tahun ini (12 overall). Ekspektasi terhadap bsnpnm kali ini adalah target utk tamatkan dengan catatan lebih baik daripada SCKLM.

2. Petang itu, hujan di Bangi. Dijangkakan Putrjaya juga hujan. Tiba malam itu dalam 7:10 pm. Segera solat maghrib di masjid besi. Seterusnya ke kawasan race depan POJ. Bergambar2 sebelum race, bertukar2 motivasi dengan kawan2 runner yg ditemui. Dalam 7:50 pm, masuk ke starting pen.

3. Cuaca agak panas, walaupun di beberapa tempat di putrajaya adalah lepas hujan. Sebelum berlepas ada pertunjukan atas stage, alunan muzik semangat. Tepat jam 8.00 pm, kategori FM dilepaskan. Ada dalam beberapa ratus runners malam ini utk FM.

4. Berlari dengan pace 7.00/km, laluan dari POJ terus ke simpang PICC dan masuk highway belakang PICC. Atas jambatan atas ramai volunteer bersorak. Aku masih maintain hingga ke km5, masuk balik ke jalan PICC, susur tu agak mendaki. Mula walk break kejap. Terus masuk semula ke jambatan, menuju ke simpang kiri, dan ke atas jambatan lagi satu. Oh ya selepas Km7 ada brassband. 

5. Hujan renyai2 seketika di km7 ke km10. Aku lepasi km10 dalam 1:10, masih dalam target. Terus di jalan tepi presint 9, ada pisang di km12, ambil tapi aku masih tak makan sehingga km14, laluan terus sahaja di jalan beralun ini hingga ke susur presint 10, masuk semula ke jalan untuk ke jalan utama masuk ke putrajaya sekiranya datang dari arah IOI resort.

6. Hingga ke km18, aku dah berlari dengan langkah perlahan yang amat. Part mencabar adalah susur untuk masuk ke jalan tepi presint 15, berbukit. Berlari dan berjalan seketika, hingga ke km21, dengan masa 2:38. Pada masa ini, target aku dh berubah kepada sub6.00z

7. Dari km21 hingga ke u-turn di km30.5, laluan adalah jalan belakang yang menghala ke desa pinggiran putra dan seterusnya ke presint 5. Sepanjang ini, aku berlari-jalan-lari ikut tiang. Perasaan sunyi dan bosan selang seli. Kelihatan jarak antara runners pun agak jauh sudah. Menghampiri u-turn, nampaklah runners lain yang dah bersedia masuk ke jalan tepi tasik dekat kelab ekuestrian.

8. Setiap water station aku berhenti. Penat dan panas. Dari km 30.5 hingga ke km34, aku slow jog dan jalan je banyak. Kaki rasa dah tak larat. Beberapa kali berhenti kerana mcm nk cramp, cepat2 minum garam elektrolit. Di km35, ada beberapa support station bebas yang menghidangkan coke, ribena dsbnya. Aku sempat minum cola di support station Krazirunners. Terus segar, berlari hingga km37, dan berjalan balik kerana agak mendaki hingga ke susur untuk jalan ke taman warisan.

9. Dari sini, ada 4km ++ lagi, kaki makin longlai, mata mengantuk dan amat lapar. Perlahan2 slow jog hingga ke lepas simpang ke Wisma Putra. Makan energy gels buat kali terakhir. Seterusnya perlahan2 begerak ke simpang belakang JIM. Berlari hingga ke simpang u-turn sebelum AGC. Pergh mmg hazab.

10. Last water station di km41. Aku basahkan badan dan kepala dengan sponge. Baru rasa sejuk. Berjalan hingga lebih kurang 600meter ke garisan penamat. Seterusnya, dapat kekuatan, berlari bagaikan tiada kesakitan untuk mengejar sub-6.00. Dan akhirnya berjaya lintasi garis penamat pada 5:59:38. 

11. Yeay. Walaupun tidak PB, ia tetap lebih baik dari SCKLM. Lepas sampai je, dikalungkan medal, ambil snacks dan finisher t. Terus jalan2, buat cooling down. Suasana masa ini agak lengang sudah, kebanyakan runners sudah pulang. Lagipun dah hampir 2:00am dan ramai sudah bersiap utk KOTR esok pagi. Selepas bersalam2 dengan runners yang ada, bergambar2 dengan kawan2. Aku segera beransur dari POJ menuju ke Bandar Sunway.

12. Keseluruhannya, BSNPNM tahun ini ok mcm thn lepas, penganjuran bagus, ws semua cukup air, pisang, gel, tembikai, sponge, hiburan cukup walaupun beberapa strecth agak boring. Baju finisher pun cantik tahun ini, cuma medal dia biasa2 je. Apa-apapun, tetap marathon yang baik. Thn depan mungkin kembali, tp mungkin nk masuk HM je kot (hehe).

13. Kedudukan 256/368 Men Open. Not bad kan.










No comments:

Post a Comment

GME MARATHON CHALLENGE 2017

Gme Marathon Challenge 2017 1. Pantas masa berlalu, saya akan meraikan ulang tahun ke-5 penyertaan aktif saya dalam larian pada bulan Jun...