Sunday 6 October 2013

Brooks-KRI Annual Run 2013

Tarikh: 6 Oktober 2013
Tempat: The Haven, Ipoh
Jarak: 21km (dan 10km)

Finding my running mojo

Datang ke Ipoh kali ini untuk mencari semula semangat berlari selepas mengalami "down" di SCKLM 2013.

Before Race

Sabtu diisi dengan menghadiri klinik larian PBIM.
Kemudian, makan2 di Dim Sum Greentown - my favo bila berada di Ipoh.

Ambil bib di The Haven, Tambun - lokasi larian tahun ini. Tahun lepas Riverside Kinta di tengah bandar jadi lokasi. Maka, race course tahun ini semestinya berbeza dengan tahun lepas.

Cantik kawasan kondo di The Haven ni. Ada bukit batu kapur di belakangnya dan tasik juga.

Aku menginap di Sun Inn Hotel Tambun, sekitar 3km dari The Haven.

Race Day

Lepas subuh, hujan sudah berhenti. Cuaca segar, nyaman dan dingin - amat kondusif untuk berlari. 

Tiba di lokasi dalam 6:05 am. Sudah meriah kawasan The Haven.
Peserta 21km dilepaskan sekitar 6:38 am oleh datuk bandar Ipoh. 
Peserta 10km dilepaskan 10minit selepas itu.

The Race

Laluan kali ini membawa pelari dari the Haven ke Sunway City, masuk jalan depan The Lost World of Tambun, u-turn depan simpang McD- terus semula ke jalan tg rambutan - chemor, masuk simpang ke empangan, lalu kawasan kem polis pga, lalu kawasan kg orang asli, tepi laluan jeram/air terjun, seterusnya u-turn di KM13.5 patah balik ke The Haven melalui jalan yang sama, cuma 1km terakhir masuk jalan kampung. Keseluruhannya, view sangat cantik dan scenic. Terutamanya di kawasan air terjun/jeram, dan kawasan berlatar belakangkan bukit batu kapur.

Beberapa tempat di laluan race kali ini berbukit terutamanya di perkampung orang asli sebelum berpatah balik.

Strategi aku berlari harini ini adalah secara berhati-hati dan cuba tidak injure. Sambil mencari semula nikmat berlari. Target asal 2:30. Berlari hingga km5, steady pace, dalam 35 minit (7.00/km), terus hingga water station pertama di km6. Aku berhenti. Minum air.

Kemudian berlari lagi, sambil beberapa kali buat walk break kerana rasa kaki tidak selesa. Melintasi km10 dalam 1:12. Kat sini laluan tepi empangan, dan agak nyaman, dan mula berbukit. Seterusnya aku ubah sasaran kepada 2:45, memandangkan dengan pace sekarang, rasanya it's achievable.

Menuju ke u-turn di kg org asli, agak berbukit, kat sini aku banyak walk break dan bergambar2 menikmati air terjun/jeram yang mengalir. Memang mendamaikan.

Lepas u-turn, kembali berlari dengan pace santai, cuba push, tapi rasa mcm tak dapat. 

Hingga ke 1km terakhir. Aku lama sikit buat walk break sampai ke depan pintu masuk the Haven. Menyedari aku masih berpeluang utk buat bawah 2:45, aku mula berlari agak laju hingga ke garisan penamat.

Lintasi garisan penamat di 2:38 berdasarkan jam timing besar tepi arch tu. (Updates official time 2:37:49. Ranked 240/322)

Rasa gembira. Menamatkan larian bawah 2:45, dan semestinya season best for me, though that's not a PB.

Post Race

Tamat larian. Ambil medal. Oh ya, tahun ini kena pulangkan semula timing chip baru dapat medal. 

Ada kuih muih dalam meal pack, pastu free flow air soya, 100+ juga.

Cooling down. Bergambar2 dengan familiar faces, congrats each other pastu tgk penyampaian hadiah.

Overall

Medal tahun ini cantik dari tahun lepas (cuma jarak 21km dan 10km diaekalikan dalam medal - maka tiada eksklusiviti di situ), begitu juga laluan yang berbeza memberikan kelainan kepada runners.

Penganjuran annual run KRI ini sentiasa best, kawalan trafik yg baik, WS yg mencukupi air nya.

My verdict: i will come to ipoh again next year.

#T-13 days to BSNPNM

#Run Gme Run

















No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...