Sunday, 23 December 2012

Off Season:It's time to fly

Lama tak bercerita pasal topik jalan2.

Minggu lepas merupakan larian terakhir aku di tahun 2012.

Lepas itu, aku berehat dalam lebih kurang 2 miggu, kerana merealisasikan impianku sekian lama, - ke US.

Aku berlepas ke US, melalui Dubai, dengan menaiki Emirates.

Lagi cerita akan menyusul. :)



Sunday, 16 December 2012

Malakoff KL 12KM

Tarikh: 16/12/2012
Tempat: Bukit Kiara Equestrian and Country Resort KL
Masa: 7.00 pagi
Jarak: 12km

Ini merupakan larian terakhir aku untuk tahun 2012.
Larian ni aku hanya mahu tamatkan dalam cut off yang ditetapkan. Tiada spesifik masa disasarkan, mungkin dalam lebih kurang masa dari Great Eastern hari tu adalah sudah memadai.

Aku memang tak berlari langsung sejak lari di UiTM minggu lepas, lantaran masalah cuaca, kerja dan semestinya penyakit malas...Hehe.

Laluan larian kali ini adalah berbukit, dan semestinya aku agak saiko dengan bukit2 ni. Namun, mengambil pendekatan untuk enjoy the race, maka, itulah yang aku buat di larian ini. Lari-jalan-tengok-orang-lari balik etc etc.

Race bermula jam 7:00 pagi, aku dan member sampai ke starting pen tu agak lambat, orang dah ramai kat situ. Dah lah kawasan permulaan agak sempit, untuk pelepasan beribu runners kan. So, aku seperti biasa bermula dari belakang.

Berlari dengan pace sendiri, keluar dari Kelab itu, menghala ke Jalan depan Pusat Sains Negara, seterusnya masuk ke Bukit Damansara, Jalan Semantan, Jalan Dungun, buat 2 loops dan seterusnya masuk semula ke Kelab. Nah, bukit-bukit di situ boleh tahan juga mencabar.

Aku menamatkan larian dengan catatan tak rasmi 1:18:05, satu catatan yang aku kira ok, memandangkan aku tak berlari dalam seminggu ini. 
Menuju ke garis penamat tu, rasa macam best berlari di kawasan resort ini. 

Tamat je, terus berjalan ke kawasan goodies bag dan medal, adalah dalam 200 meter kot, dari kawasan penamat. Beratur, dan nah, dapat lah medal, dan breakfast segala.
Maka, lepas itu, lepak-lepak makan tepi ladang kuda tu, sambil tengok runners lain yang baru sampai  dan Q untuk medal segala kan.

Keseluruhannya, Malakoff KL Run ini, memang best, penganjuran yang ok, kawalan trafik bagus, post - race yang sistematik, Q system, dan oh ya, baju larian tu, nampak cool bila tgk ramai2 berlari pakai baju tu. Kontra gitu.

Jumpa lagi di Malakoff Penang pada Mac 2013 :).

ps: aku akan berehat berlari hingga ke tahun baru 2013. Maka, dalam tempoh itu, akan buat refleksi pencapaian 2012 yang agak singkat buat ku dan harapan untuk 2013.       

Run Gme Run! 















Saturday, 8 December 2012

Larian Kemanusiaan Rohingya & Rakhine, UiTM 2012

Tarikh: 9 Disember 2012
Masa: 7:30 pagi
Tempat: UiTM Shah Alam

Jarak: 5km (4.89km GPS)

Larian ini adalah satu larian amal anjuran pelajar-pelajar UiTM dan Mercy. Bertujuan untuk mengumpul dana amal bagi bantuan kepada rakyat Rohingnya dan Rakhine di Myanmar.

Sebelum larian, adalah persembahan lakonan mengenai penderitaan rakyat Rohingnya, serta penampilan Beto Khusairy, pelakon tu. Kemudian, ada senamrobik. Bilangan peserta larian adalah dalam lebih 300 orang kot, dengan kebanyakannya pelajar UiTM.

Lepas senamrobik dan sesi pemanasan badan, larian di lepaskan di hadapan Menara 1,  Bangunan ST UiTM tu. Nah, berlepas je terus mendaki bukit. Laluan seterusnya, menuruni dan mendaki bukit-bukit di UiTM ini, dan melengkapkan 1 pusingan UiTM kot.
(Rasanya bukit2 di UiTM ni lagi mencabar dari UM)

Tamat larian, disediakan roti, milo, vico, dan air mineral. Pengurusan larian secara umum nya memuaskan, maklumlah diadakan dalam kampus, maka, tiada masalah trafik...Kecuali masalah diriku yg kepenatan berlari bukit...Hahaha...

Keseluruhannya, larian ini kira oklah juga sebagai aktiviti riadah di pagi Ahad.

:)










Sunday, 2 December 2012

Engineer for Makna Run, Uniten 2012

Tarikh: 1 Disember 2012 (Sabtu)
Tempat: Uniten
Jarak : 5.5km (GPS)
Masa: 8.00 pagi
Larian ini adalah anjuran persatuan pelajar kejuruteraan Uniten. Ini adalah larian amal bagi menyokong usaha-usaha murni Makna, Majlis Kanser Nasional.
Larian yang sepatutny bermula jam 7:30 pagi bermula lewat, kerana menantikan kira-kira 40% peserta yang lambat sampai. Oh ya, pendaftaran larian adalah sampai ke pagi sabtu tu.
Larian ini pada skala kecil. Hampir 200 runners je kot yang masuk. Aku masuk larian ini sekadar mengisi jadual larian. Tambahan lepas APBIM, agak malas dan kurang bermotivasi untuk aku berlari. (hehe).
Sebelum larian, ada senamrobik sebagai pemanas badan. Seterusnya larian dilepaskan didepan library uniten.
Berlari pusing kampus uniten, laluan mendatar. Seperti biasa, jarak dekat dan laluan landai sedikit sebanyak memberi tekanan supaya berlari dengan pantas seawal dilepaskan. Rasanya dari awal aku terpaksa berlari dengan pace agak laju, kerana semua lari laju.
Sepanjang race course, ada 2 water station, dan pelari diberikan 4 riben sebagai tanda melepasi checkpoint.
Aku habiskan 5.5km dalam sekitar 35minit. Agak perlahan, namun kira oklah utk latihan ringan2 buat aku.
Habis lari, ambil medal penamat yang disediakan untuk top 150. Aku dapat nombor 47.
Keseluruhannya, larian ini ok. Cuma, masa berlepas agak lewat dan medal ada sticker (hehe). T-shirt dan goody bag tidak mengecewakan.
#runGmeRun













Friday, 23 November 2012

Larian Gegar! Kitar Semula UM

Tarikh: 24 November 2012 (Sabtu)
Tempat: Kolej Kediaman Ketiga UM
Jarak: 10km (9.2km GPS)
Masa: 7.00 pagi

Larian ini adalah satu larian berskala kecil, anjuran pelajar2 UM.
Aku masuk larian ini sebagai recovery run selepas APBIM haritu.

Aku masuk larian ni bersama-sama beberapa kawan. Kitaorang sampai di kolej ke3 UM dalam jam 6.30 pagi.
Hujan lebat. Maka, lepak-lepak dahulu.

Dalam jam 7.20 pagi, kategori 10Km open dilepaskan.
Nah, keluar je terus daki bukit pertama di UM ni, larian membawa ke pusat sukan UM seterusnya ke persimpangan ke PJ, patah balik, lalu semula depan fakulti kejuruteraan dan semula ke tempat bermula tadi.
Kiranya pusing UM lah juga kan.
Water station cukup air, route berbukit dan mencabar.
Medal dan baju cantik.
Berbaloi masuk larian skala kecil dan suka2 ini, hahaha.
Dan kaki ku rasa lega lepas APBIM.

Keseluruhannya, race ini menarik, simple, dapat memupuk pelajar dalam event management.

Peserta keseluruhan dalam 100 orang je kot, semua finisher dapat medal.

Lepas tamat tu, adalah gerai2 dan breakfast bihun goreng disediakan.

- rasa tak teratur lak race report aku ni.

Oh ya untuk rekod latihan, catatan aki hari ni, 1:01. Oklah kan, dengan lari dlm hujan bagai.


#RunGmeRun
Not bad medal dia
bersama teman-teman seperlarian

Wednesday, 21 November 2012

APBIM2012: Official Results

Akhirnya keputusan rasmi APBIM2012 haritu dah keluar.

Syukur, Alhamdulillah. Dapat 700 teratas, sungguh bermakna utk first timer sepertiku.

Maka, 5:39 akan menjadi catatan yang akan aku berusaha untuk perbaharui di Marathon akan datang.

Keep training, and hope for a quality running in future.

#RunGmeRun

Sunday, 18 November 2012

APBIM 2012: My First Marathon

Tempat: Queensbay Mall, Penang -> Jambatan Pulau Pinang
Tarikh: 18/11/2012
Masa: 2 pagi
Jarak: 42.195km

Inilah harinya. APBIM 2012 | 18/11/2012 | My first marathon : Akhirnya selepas 5 bulan daripada larian pertama, 16/6 – TM Fan Run 2012, Impian untuk menamatkan marathon 42.195km tercapai. It’s all about the courage to start. Sedari  larian pertama, aku “memaksa” diri untuk berlari saban minggu, yup pada awalnya memang sukar membiasakan diri dengan berlari setiap hujung minggu dan beberapa hari di hari biasa. Nah, selepas 5 bulan, Berjaya juga melintasi garisan penamat itu. Saat itu, sungguh luar biasa, dan beremosi, terharu dan sebagainya.

APBIM |~ baru ku tahu bagaimana rasanya berlari melintasi setaip km sepanjang jambatan itu, dari hujung ke hujung, lurus dan seolah-olah tiada penghujung. ~ Memasuki Jelutong Expressway, dugaan terus datang, dengan kaki terasa lemah, mental yang bila-bila masa suruh DNF, namun, perasaan itu, segera hilang pabila melihat kesungguhan pelari-pelari lain, dan itu adalah “support system” yang utama semasa berlari. ~ KM33 ke Garisan Penamat – rasanya inilah saat paling sukar sepanjang larianku, terasa semakin jauh berlari, semakin jauh pula garisan penamatnya. Menahan diri daripada “hit the wall”, berlari/berjalan dengan pace sendiri, menuju ke KM akhir marathon adalah sungguh beremosi.

Akhirnya, lepas lebih 5 jam setengah, aku berjaya melintasi Garisan Keramat itu, untuk pertama kali, dan semestinya akan dikenang. || Setiap orang mampu dan berkebolehan untuk menamatkan 42.195km itu, walau apa cara sekalipun. Percaya pada diri. Listen to your body, respect the distance. || Every finish line is the beginning of new race || What’s next? | Keep running, and I have a time to beat now|| Dreaming of running at World Marathon Majors |
Keseluruhannya, aku enjoy berlari pertama kali di jambatan Pulau Pinang ini, my first marathon lak tu. Jumpa lagi di APBIM2013,  yg katanya akan dibuat di Jambatan Kedua Pulau Pinang (dijadualkan siap pada thn depan).

UNOFFICIAL TIME: 5:39:06
Pro: 
- water station cukup dengan air sepanjang route
- pisang mencukupi
- surau disediakan sewajarnya 
- kata-kata semangat yg diletakkan dibeberapa KM
- medic yang mencukupi, dapat hilangkan sikit kesakitan
- kemudahan shuttle bus dari/ke Jetty/Tapak Larian
Cons :
- km marker kurang. Pastu rasanya yg diletakkan tu jauh dr catatan GPS
- urusan lepas tamat larian yang slow, bayangkan lepas tamat full marathon, terpaksa Q panjang untuk collect medal, breakfast, goodies bag segala
- baggages collection pun lambat 









Sunday, 11 November 2012

Road to APBIM 2012

Seminggu lagi untuk ke APBIM 2012.
Aku dalam tapering mode. Kat KL ada 2-3 larian. Aku tak sertai mana2 larian hujung minggu ni.

Rasa janggal bila kurang berlari.
Harap dapat tampil optimum pada 18/11/2012 nanti.

Hujung minggu ini, kebetulan berada di Penang untuk sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah, aku pergi ambil REP awal di Queensbay.

Oh my first marathon.

:)

Sunday, 4 November 2012

Great Eastern Live Great Run 12K

Tempat: Bangunan Matrade
Masa : 7.00 pagi
Jarak: 12km

Race aku kali ini boleh dianggap persediaan untuk APBIM dalam masa 2 minggu lagi. Hari ini sekadar nak menghabiskan larian. Kesan sakit otot dari minggu lepas masih terasa.

Hari ini berlari sambil memberi semangat kepada 2 orang kawan di larian pertama mereka  (glad that they finished the run within cut off time).

Laluan larian membawa keluar dari perkarangan bangunan matrade, masuk ke jalan duta, masuk ke jalan kuching, masuk susur ke hartamas, lalu tepi publika, masuk simpang ke taylor's college (ada halangan kat situ) kemudian buat u-turn, patah balik ke simpang publika, masuk semula ke bangunan matrade. Berbukit2.

Secara keseluruhannya, ulasan mengenai race ini seperti berikut:

~ pengurusan larian yang baik, kawalan trafik, bekalan air, toilet bergerak, post race yang mudah
~ tau fu fa, pastri, milo , pisang dan air mineral yang mencukupi selepas race
~ laluan berbukit sekitar hartamas memang mencabar kaki
~ medal yang cantik (aku, personally sangat suka medal yang solid ini)
~ cuma masa berlepas je agak lewat 5 minit, selebihnya semuanya ok.

Catatan masa aku? : 1;17:14 (UNOFFICIAL)

***Ok, keputusan rasmi dh keluar pagi ni (6/11/2012)

Category Overall Rank Category Rank Bib No Name Split 1 Split 2 Gun Time Net Time
12km Men's Open 655 406 A0210 MOHD AZMI ISA 00:25:04.37 00:47:55.52 01:17:30.64 01:17:13.25

Kira oklah, mengambil kira aku berenti beberapa kali untuk dapatkan krim panas daripada medik. pastu di km7 aku berenti agak lama, Q untuk tandas. heheh.






 

Sunday, 28 October 2012

Pacesetters Back To Basic 30KM Run

Tarikh: 28/10/2012
Masa: 5.30 pagi
Tempat: Padang Merbok, KL

• Larian ini kiranya sebagai persediaaj untuk APBIM 2012

• Ramai juga runners yang turun. levih 1,000 kot.

• Laluan amatlah mencabar, berbukit-bukit, Padang Merbok - Bukit Tunku - Hartamas. 2 pusing.

• Aku tamatkan larian dalam masa 4jam 3minit. Uhhhh sungguh mencabar kaki dan jantung dan badan segala. Pertama kali lebih 21km, yakni 30km.

• Keseluruhannya, larian ni seronok, tiada tekanan, dapat praktis untuk APBIM. Pengurusan larian, ok, air mencukupi, marshal ok, km marker ok.

• Lepas tamat, adalah breakfast, air, buah2an.

• Finisher dapat medal penamat dan Tee.

#RoadToAPBIM2012


Saturday, 20 October 2012

BSN Putrajaya Night Marathon 2012

Tarikh: 20.10.2012
Masa: 8.20 mlm
Tempat: Dataran Putrajaya
Jarak: half marathon 21.195km (dan ada kategori 42km, 10km, 5km fun run)

Ini kali pertama aku berlari half marathon di Putrajaya. BSNPNM merupakan larian malam terbesar di Malaysia. Adalah dianggarkan sekitar 10K pelari masuk BSNPNM ni, termasuk semua kategori fun run, 10km, 21km dan 42km.

Cuaca malam tu adalah sangat bauk. Atmosfera sekitar kawasan permulaan/penamat sungguh mengujakan. Khemah2 luggage, air sebelum larian, khemah2 penaja srmua tersusun dan signage yg kemas.

8.00 malam, peserta 42km dilepaskan. Ramai juga yg masuk full marathon ni.
8.20 malam, peserta 21km dilepaskan. Aku berada di kawasan pertengahan, rasanya beribu juga yang masuk 21km ni. BSNPNM ni ada dua kawasan pelepasan, lagi satu utk zon pelepasan 10km dan fun run.

Aku mengambil masa sekitar 3minit untuk melintasi timing mat. Semasa berlepas, dihiburkan dengan paluan gendang oleh kumpulan gendang kat tepi pelepasan itu.

Mula berlari. Keadaan agak panas dan humid yang tinggi. Memang cepat berpeluh dan dahaga. Aku berlari dengan pace yang agak slow sehingga ke WS1 di bukit PICC tu.
Dari situ, pelari memasuki susur ke jalan besar belakang presint 5/6, sebelum masuk semula ke presint 5/6, Di KM5, WS2, pelari dihiburkan dengan pasukan pancaragam. Lepas masuk susur dan seterusnya menghala ke jambatan depan bukit PICC. Atas tu di KM7, ada WS2 dan pasukan sorak yang memberi sokongan moral.

Laluan seterusnya membawa ke jambatan dan masuk ke jalan lurus ke susur presint 9. Di km10 - km11, aku merasakan kaki aku semacam je. Seterusnya aku buat walk breaks yang pertama sejurus sebelum km12. Disitu, ada WS dan ada pisang. Aku makan pisang, dan seterusnya baru rasa macam segar sikit. Tambahan pula ada kumpulan rebana ubi buat persembahan di situ.

Menaiki jambatan menghala ke bulatan presint 1, terdapat beberapa karektor seperti ironman, batman dsb memberi hi-5 kepada pelari-perlari. Seronok.
Seterusnya, aku rasa macam berlari sangat perlahan hinggakan org yg brisk walk pun rasanya lagi laju aku berlari. Kaki aku makin tak sedap. Maka, aku lari-jalan-lari hingga ke km19. Sepanjang laluan ada watak2 movie jua, kumpulan sorak dan WS yg sentiasa penuh air. Selepas km19 batulah aku kembali berlari dengan pace yang seimbang, mengetahui pada masa ini yg aku tak dapat buat PB, dan masa lari di km terakhir, aku just pikir bk abiskan larian ni, terasa amat seksa sekali.

Aku menamatkan larian sekitar 2:35++ berdasarkan jam timing besar atas penamat tu. Lega rasanya dapat habiskan larian malam ni.
(keputusan rasmi dah keluar, aku dpt 643/1759, Official Time: 2:35:29, Net Time:2:32;21)
Tamat je, terus dikalungkan medal penamat, diberi air, goodies bag, dan baju penamat. Memang cepat, tak perlu beratur pun. Efisien. Aku suka.

Lepas tamat, seperti biasa, cooling down, pastu cari kawan2 dikenali dan bergambar2.

Keseluruhannya, aku enjoy BSNPNM 2012 ni. Bersedia untuk masuk lagi tahun depan.

Pros:

- bagus dari semua segi kot
- laluan di hadapan bangunan2 utama kerajaan sungguh menarik
- laluan luas, tak perlu berhimpit2
- air, tandas, semua mencukupi
- kumpulan sorak, penghibur yang bersemangat memberi sokongan (walaupun aku rasa ada je pelari tak kisah pun sapa yang hiburkan atau tidak)
- post race yang efisien, tak perlu beratur, air banyak, cuma masa aku habis lori milo dah tutup.
- atmosphera yang mengujakan
- km marker yg banyak, di km5, 10, 20 (kot), siap digital skrin lengkap dengan kata2 semangat. Di km2 yg lain, walaupun agak kecil tulisannya, at least ia tetap ada dan dapat memberi petunjuk.
- semburan buih2 di KM15 (rasanya kot) sungguh cool.

Cons:

- rasanya ada sesetengah WS, kawasan agak gelap, di mana bergantung sepenuhnya kpd lampu jalan. Ada juga WS yg kurang volunteer. Tp mereka tetap bersemangat jalan kan tugas.
- PA yg kurang jelas, sekiranya berada di area pelepasan 10km, kerana bunyi burung di pokok2 lagi kuat. Ntahlah, tp aku rasa mmg banyak burung layang2 kot kat pokok tu. hehe


Hingga bertemu di larian akan datang. Dan pastinya kena terus training, training....dan tidak over training..



Bersama medal penamat dan finisher tee
ruang pelepasan 21km/42km. beribu gak runners.
my very first medal from putrajaya
cantiklah jambatan seri saujana ni pada malam hari.

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...