Wednesday, 23 September 2015

Larian Jambatan Sultan Mahmud 2015

19 September 2015

Dataran Batu Buruk

Kuala Terengganu 

6:30 am (HM)


1. Ini kali ke-3 saya sertai LJSM selepas 2012, 2014. Larian dilepaskan oleh YB Menteri Besar. Laluan melalui jalan pantai masuk ke bandar, seterusnya ke bukit tnb, masuk ke Jambatan Sultan Mahmud, dan seterusnya u-turn di bulatan Batu Enam, terus ke simpang depan bukit besar.

2. Dari situ terus ke jalan persimpangan taman rekreasi batu buruk.

3. Tidak seperti tahun lepas, tahun ini, terdapat banyak WS yg lengkap dengan air, dan revive, dan sejuk. Tidak kurang juga stesen sponge untuk pelari sejukkan badan. terdapat ais juga disediakan. Saya sungguh impress dengan perkembangan ini.

4. Jalan atas jambatan ditutup sepenuhnya/semi tutup, memberi keselesaan kepada pelari. Saat pelari bergabung dengan semua kategori juga tidak berserabut seperti tahun lepas apabila kali ini semua lorong dikhaskan untuk pelari. Bersesak dengan ribuan pelari 12km/5km adalah perkara yang lumrah.

5. Trafik adalah terkawal. Beberapa tempat diletakkan barricade, selain kon. Menghampiri garisan penamat juga diletakkan barricade yg panjang, memberikan keselesaan kepada pelari, dan penyokong.

6. Post race disediakan milo, cereal, pisang, roti, maggi juga. Yang penting kena beratur. Lorong-lorong di garisan penamat juga agak kemas tahun ini. 

7. Prestasi saya? Berlari dalam kaegori tertutup 21km Terengganu, saya adalah kelompok terakhir (kot). Janji seronok luangkan masa atas jambatan. Bercaya capai KPI bawah 2.5hrs, setelah melintasi FL dengan jam besar tunjuk 2:16.

8. Seronok beramah mesra dengan rakan-rakan pelari. Saling tukar ucapan tahniah, bergambar, selfie, wefie, group etc. Tidak meluangkan lebih banyak masa selepas tamat acara, kerana bergegas utk balik ke KL. 

9. Keseluruhannya, ini adalah edisi terbaik LJSM yg pernah saya sertai.  Walau bagaimanapun, beberapa perkara perlu ditambahbaikkan seperti REPC, pendaftaran dan sebagainya.

10. LJSM 2015 berjaya menjadi acara larian terbesar di pantai timur. Lagu tema Ayuh Berlumba (ke, apa nama tajuk lagu tu) pun best. Hahahah.

Penafian : pengalaman ini adalah berdasarkan kepada apa yg saya lalui, dalam kategori 21km. Ia mungkin berbeza bagi lain-lain pelari, dan kategori. Namun, rata-rata rakan2 saya yg berlari di LJSM hari ini bersetuju bahawa edisi kali ini lebih baik dari tahun lepas.

Jumpa lagi di 24 September 2016, LJSM.








No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...