Sunday, 13 September 2015

Electric Run Malaysia 2015

12 September 2015 

7:30 malam
Selangor Turf Club

1. Electric Run MY adalah larian keriangan yang diserikan dengan muzik, neon-neon yang bergemelapan yang memberikan rentak kepada pelari untuk menamatkan laluan 5km. Dianggarkan lebih 12,000 memeriahkan Selangor Turf Club malam tadi, menjadikan Electric Run MY larian neon yang terbesar di Malaysia.

2. Dilepaskan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan. Saya dan beberapa rakan #TeamUltron yang lain berada di wave yang terakhir. Hanya selepas lebih sejam barulah Berjaya melintasi garisan permulaan. 

3. Atmosfera di kawasan pelepasan mengujakan. Diselangi muzik techno, serta pancaran warna warni neon, pelari-pelari ceria menantikan pelepasan masing-masing. 

4. Laluan lebih 5km sekitar Selangor Turf Club membawa pelari melintasi beberapa zone seperti: 
-Mystery Land
-Neffmau5 Land
- Electro Rainforest
-Rainbow Road
-Under The Sea
- Candy Land
-Power House
Setiap zon ini berwarna warni hiasannya, lantas menyaksikan pelari-pelari tidak melepaskan peluang untuk berhenti bergambar, selfie dan sebagainya. Sepanjang laluan diserikan muzik-muzik bertenaga menaikkan mood pelari. Merasalah saya berlari di tepi tempat kuda-kuda berlari. Hahaha. Terdapat 1 water station sepanjang laluan dan deli2go juga.

5. Larian tamat di padang Oval, betul-betul di hadapan grand stand Selangor turf Club. Sebaik sahaja tamat, pelari diberikan medal, air Evian, dan aiskrim cornetto. Terdapat Deli2Go juga untuk pelari berbelanja membeli makanan tambahan. Saya tamat dengan GunTime 2:00hrs (48 minit untuk 5:85km), selepas sama-sama menikmati run-walk-dance to finish line.

6. Terdapat konsert menghiburkan pelari-pelari sebaik tamat cabaran masing-masing. Sambil bersantai menikmati rehat, bertemankan aiskrim cornetto (yg mcm free flow je), serta Evian, pelari juga diserikan dengan pertunjukan bunga api. Atmosfera yang meriah.

7. Keseluruhannya, Electric Run MY merupakan satu acara yang menyeronokkan. Suasana carnival sebelum-semasa-selepas acara menaikkan mood peserta. Dengan sistem bunyi yang bertaraf antarabangsa, saya merasakan seolah-olah berada dalam club yg dihiburkan oleh runut bunyi techno yg terkini. 

8. Tidak lupa juga, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Ultron yang memberi peluang untuk saya dan rakan-rakan bersama-sama dengan #TeamUltron #MicroDry dalam penyertaan Electric Run MY. Flagship Store Ultron telah dibuka di Nu Sentral KL. Untuk maklumat lanjut mengenai Ultron, boleh layari laman web : http://ultron.club/ , fb :https://www.facebook.com/ultron.co , IG : @ultron.co

Untuk maklumat lanjut Electric Run sila click di SINI

Sebahagian photo credit : @latun.yanie




No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...