19 September 2015
Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya
8 Malam.
1. Saya sertai acara ini sebab saya tidak pernah sertainya sebelum ini. Ia juga dalam rangka back to back half marathon saturday saya.
2. Seperti LJSM awal pagi Sabtu, saya mensasarkan 2.5hrs. Berjaya tamatkan cabaran dengan jam besar tunjuk 2:30:34 saat lintasi garisan penamat.
3. Acara diserikan dengan pameran aset bomba. Maka, bergambarlah bersama rakan-rakan seadanya. Seronok dapat jumpa ramai rakann pelari yang lazim di acara ini.
4. Laluan adalah di sekitar Cyberjaya. Beberapa tempat agak gelap. Kawalan trafik melegakan juga. Kerana beberapa tempat dan simpang, trafik agak menggerunkan. Water station cukup air dan 100 plus.
5. Tamat disediakan buah epal, roti, pastri dan saya suka sup carrot tu. berkali-kali tambah. :)
6. Aktiviti lepas lari, bergambar, bercerita dan saling tukar ucapan tahniah antara satu sama lain.
7. Keseluruhannya, suatu acara yang baik. Mula/Tamat dalam perkarangan balai bomba memberi pengalaman menarik kepada pelari. Oh ya, medal dikalungkan oleh anggota bomba gitu. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment