Monday, 24 August 2015

Taking A Break (again)



Masa untuk berehat dari acara-acara. Ogos yang banyak memberikan segala ups & downs.
Jumpa lagi di arena pada bulan September.

XOXO

#Larian Sehati Sejiwa



23 Ogos 2015 

Padang Merbok 

Kuala Lumpur 
7:30 am 
3km | 5km |10km

1. Lebih 5,000 pelari menyertai larian ini untuk semua kategori. 10km dilepaskan pada 7:30 am. Sebelum itu ada sesi panaskan badan di padang.

2. Laluan adalah sekitar bukit tunku, jalan parlimen, tugu negara, bank negara dan padang merbok. WS mencukupi dan berdekatan. Berbukit-bukit.

3. Agak sesak bila 10km bergabung dengan 5km/3km di sekitar 3km yang terakhir. Tamat diberikan pisang, air, dan medal. Juga disediakan nasi lemak dan teh susu di gerai-gerai tengah padang merbok.

4. Pelari dihiburkan dengan nyanyian oleh Caliph Buskers, Jay Jay, Neves dan lain-lain. Sesi lucky draw menarik perhatian. Ramai pelari berada di lokasi hingga tamat acara.

5. Cuaca yang baik pagi ini memberikan suasana kondusif untuk berlari. Aktiviti selepas larian adalah semestinya beramah mesra, bergambar-gambar dan makan-makan. Padang Merbok meriah hari ini kerana ada juga acara lain. Yang juga tidak kurang meriahnya.

6. Beberapa poster besar, dan prop disediakan penganjur untuk membolehkan pelari merakam saat-saat manis mereka menamatkan larian. Kata-kata motivasi dalam poster besar tersebut juga bertepatan.

7. Prestasi saya? Tamat dengan 1:01:24, saya gembira. Larian keriangan pagi ahad. Ini merupakan acara 10km yang kedua saya untuk tahun ini. Sebelum ini, saya masuk 10km Fit Malaysia Perlis (59:50).

8. Keseluruhannya, satu acara larian yang baik dan meriah dianjurkan oleh MyNic, Mybuddies, KKMM. Cuma, tiada luggage drop disediakan pagi ini.

Kuching Marathon 2015

16 Ogos 2015 


Padang Merdeka 
Kuching 
3:00 am

1. Tahun ini, penyertaan lebih ramai untuk FM (dan semua kategori). Meriah. Lebih ramai muka familiar ditemui di KM2015 tahun ini. 

2. Cuaca pagi Ahad adalah baik. Kondusif untuk berlari. Laluan KM2015 adalah lebih kurang macam edisi pertama thn lepas. Kebanyakan bahagian di laluan 42km adalah lurus, rata dan menemui bulatan terbesar. Terdapat beberapa kawasan mendaki, beralun, secara minimum. - jambatan / flyover.

3. Tiada kompang tahun ini. Namun, pelari disokong oleh penduduk setempat, dan juga terdapat kumpulan sorak di beberapa lokasi. Di garisan penamat, ada kumpulan gong , tarian singa menyambut pelari-pelari.

4. WS mencukupi air (walaupun diberitakan dibeberapa stesen air berkurangan untuk pelari terkemudian). Kawalan trafik baik di sesetengah tempat, namun tidak semua. Menuju ke garisan penamat, trafik sesak, terpaksa berhati-hati supaya tidak terjadi apa-apa. Terdapatnya sambutan hari koperasi negara di tebingan sungai sarawak, maka, agak sesak.

5. Terdapat 2 stesen sokongan oleh pelari-pelari. Sedap tembikai dan aiskrim. Atmosfera 2 kilometer terakhir, sebenarnya mengujakan, bermula dari padungan, hingga ke waterfront, terdapat juga pelari/orang ramai memberikan sokongan. Terima kasih. 

7. Agak bersilang flow di garisan penamat, di mana 42km masuk belah kiri, menuju ke belah kanan arca penamat. Dan 5km, masuk dari belah kanan, menuju ke belah kiri.

8. Penamat diberikan item-item kelayakan, disediakan makanan dan air revive. Tiada Milo tahun ini. Namun, tetap meriah. 

9. Prestasi saya: Tamat dengan jam besar menunjukkan 5:19. Gembira, tamat dengan riang tanpa kecederaan. Disambut dengan nyanyian hari lahir oleh rakan-rakan. Terharu. Saya sempat berhenti beli nescafe di 7E, toilet break di petronas, rehat dan bersorak-sorak di km39. Beroleh keriangan adalah suatu menyeronokkan.

10. Seterusnya berada di kawasan FL, memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang masih berjuang, disamping saling tukar ucap tahniah, berkenalan dan bergambar-gambar. Berada di FL hingga ke 7:30 hrs (cut off 6:30hrs). Sesi diakhiri dengan jamuan makan tengah hari. Terima kasih sahabat-sahabat yang sediakan kek hari lahir.

11. Selesai marathon hari lahir saya merangkap marathon ke #31. Tahniah kepada semua. Walau apa jua keputusannya, sama-sama kita jadikan motivasi untuk cabaran mendatang. 

12. Berharap dapat kembali ke Kuching untuk edisi 2016, pada 14 Ogos 2016 dan dengan penganjuran keseluruhan yang lebih baik daripada 2015.

Untuk pengalaman 2014 click di SINI


Gambar, click di SINI 

Thursday, 13 August 2015

King of Sungai Lembing 2015

9 Ogos 2015
Pekan Sungai Lembing 
Kuantan 

1. Awal pagi, diberikan taklimat mengenai acara. Kategori 50km dilepaskan selepas nyanyikan lagu Negaraku jam 7:00 pagi. Laluan dijangka licin dan berlumpur di beberapa tempat sepanjang laluan memandangkan hujan lebat pada malam sebelumnya.

2. Laluan adalah dari padang MPK, membawa ke W1 di Sunset Hill, kemudian ke W2 di Deer Farm. Di beberapa tempat, laluan adalah nyaman dan berkabus pagi. Seterusnya melalui jalan 4x4, W3 di Excape Resort, sungai tepi ini cantik. Ada bahagian melintasi sungai. Saya suka. Beberapa tempat mendaki, sehingga km18.3 di W4 Lubuk Beruk. Ketika saya sampai di W4, kelihatan air akan habis, terus membayangkan bahawa pelari di belakang saya bakal menghadapi masalah bekalan air.

3. Seperti biasa, sambil berlari saya suka ambil gambar, tanpa mengabaikan cutoff yang ditetapkan. Selepas berpatah balik dari km 18.3km, cuaca mulai panas. Sebelum menghampiri w5, berjaya tahan trak yang dalam perjalanan menghantar air. Oh, lega dapat refill air.

4. Seterusnya, lari di bahagian menuruni bukit, sambil fast walk untuk segera sampai ke km30, cuaca panas memberi cabaran. Teruskan berjuang, berjaya di CP W6, sebelum 5 jam, cut off yang ditetapkan. Rasanya di km31.7. Pada masa itu, air pun makin sedikit, tiada makanan seperti dalam rajah carta. Refill air, minum coke, rehat kejap hilang kepanasan. 

5. Meneruskan perjalanan dari W6, untuk ke next CP W7 di Perkampungan Orang Asal. Laluan adalah tarmac, turun naik beralun-alun mencabar juga. Lega di km33.4, ada nasi disediakan. Rehat kejap, dan seterusnya meneruskan perjalanan. Sempat singgah cari nescafe ais di kedai lepas jambatan.

6. CP berikutnya di Pasir Kubur, cantik kawasan sungai di tepi tu, tapi tak sempat rakam gambar hahahah. Meneruskan perjuangan hingga ke W9, Pintu Gerbang Sungai Lembing. Akhirnya ada ais disediakan. Coke dan orange juga.

7. Tiba di kaki bukit panorama (km45) dengan 7:10, saya terus "speechless". Hidangan cabaran yang disediakan menyentap minda dan fizikal, tambahan selepas melebihi 42km. Berusaha sedaya upaya menaiki tangga dengan kaki memberi isyarat akan cramp bila-bila masa. Ye, saya banyak menghabiskan masa mendaki bukit itu. Tiba di puncak bukit, cuaca panas. Tangga-tangga itu betul-betul "membunuh" saya. Seterusnya, puas berdrama dan selesakan diri, segera turun secara amat perlahan dari bukit. Tiba di kaki bukit, dengan masa hampir 9 jam sudah, dan saya pelari yang terakhir turun dari Bukit Panorama.

8. Saat ini, saya menerima hakikat yang akan DNF kerana sudah melebihi cutoff 9jam yang ditetapkan, namun dengan penuh azam saya berusaha untuk teruskan untuk dapatkan 50km. Menghampiri km 47, dengan 9:03, crew memaklumkan saya tidak boleh berada di race course sudah. Terima dengan hati terbuka, saya segera ke padang, saling ucap tahniah dengan beberapa rakan yang telah tamat, kemudian, saya segera sambung perjuangan saya untuk lengkapkan 50km dengan berjalan kaki ke hostel. Lengkap 50km dalam 9:51. Saya tetap gembira, berjaya melawan diri saya sendiri yg berkali-kali suruh berhenti. 

9. Tahniah kepada semua rakan-rakan, walau apa jua jarak, dan keputusan. Terima kasih kepada yg memberi sokongan moral kepada saya. Seronok dapat saling motivasi antara satu sama lain.

10. Lain acara, lain pengalaman dan cabaran. KOSL memberikan pengalaman yang bermakna kepada saya. Saya suka laluan trail yg pagi nyaman, sungai menderu, bunyi unggas. Cabaran laluan ladang getah juga tidak kurangnya. dan semestinya bukit panorama sungguh menduga mental dan fizikal saya (lain orang lain persepsi nya). 

11. Keseluruhannya, diharapkan KOSL akan dianjurkan dengan lebih baik pada masa akan datang mengambil kira segala kelebihan, kekurangan serta pandangan yang ada pada tahun ini. Terima kasih kepada penganjur atas cabaran menarik yang disediakan. Saya selaku pelari yang baru berjinak-jinak untuk jarak beyond 42km, bersedia kembali semula ke sini untuk merasai pengalaman indah ini. Insha Allah, saya akan berlatih lebih gigih dan wiser, kerana pada saya setiap cabaran harus dinikmati seadanya, walau apa jua motivasinya. Tahniah juga kepada volunteers, medik, pasukan keselamatan serta yg menjayakan edisi pertama KOSL.

12. Sekali lagi sekalung penghargaan atas bantuan rakan-rakan sepanjang 2 malam di Sungai Lembing, Kuantan. Terima kasih atas jasa-jasa anda. Oh, saya memohon maaf sekiranya sebarang perlakuan saya sepanjang di sana, sebelum-semasa-selepas cabaran amat menjengkelkan anda semua.

p/s: Untuk maklumat lanjut mengenai nama-nama kawasan, anda boleh google kan lokasinya. Ianya mmg berbaloi untuk dikunjungi.

p/s 2: gambar-gambar, nanti kemudian saya masukkan.

p/s 3: untuk mengetahui lanjut mengenai acara ini boleh klik di SINI

XOXO

Siaran Media : Mizuno Wave Run 2015

// LARIAN ALERT //
Mizuno Wave Run
Dataran Putrajaya
27 September 2015
10 km | MYR60
21 km | MYR70
Closing date : 13 September 2015 
Selamat mendaftar kepada yang berminat.
Untuk maklumat lanjut mengenai larian, boleh rujuk di gambar. 


P/s: Saya pernah sertai larian ini pada tahun 2013, tidak mengecewakan. 

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...