Thursday, 13 August 2015

King of Sungai Lembing 2015

9 Ogos 2015
Pekan Sungai Lembing 
Kuantan 

1. Awal pagi, diberikan taklimat mengenai acara. Kategori 50km dilepaskan selepas nyanyikan lagu Negaraku jam 7:00 pagi. Laluan dijangka licin dan berlumpur di beberapa tempat sepanjang laluan memandangkan hujan lebat pada malam sebelumnya.

2. Laluan adalah dari padang MPK, membawa ke W1 di Sunset Hill, kemudian ke W2 di Deer Farm. Di beberapa tempat, laluan adalah nyaman dan berkabus pagi. Seterusnya melalui jalan 4x4, W3 di Excape Resort, sungai tepi ini cantik. Ada bahagian melintasi sungai. Saya suka. Beberapa tempat mendaki, sehingga km18.3 di W4 Lubuk Beruk. Ketika saya sampai di W4, kelihatan air akan habis, terus membayangkan bahawa pelari di belakang saya bakal menghadapi masalah bekalan air.

3. Seperti biasa, sambil berlari saya suka ambil gambar, tanpa mengabaikan cutoff yang ditetapkan. Selepas berpatah balik dari km 18.3km, cuaca mulai panas. Sebelum menghampiri w5, berjaya tahan trak yang dalam perjalanan menghantar air. Oh, lega dapat refill air.

4. Seterusnya, lari di bahagian menuruni bukit, sambil fast walk untuk segera sampai ke km30, cuaca panas memberi cabaran. Teruskan berjuang, berjaya di CP W6, sebelum 5 jam, cut off yang ditetapkan. Rasanya di km31.7. Pada masa itu, air pun makin sedikit, tiada makanan seperti dalam rajah carta. Refill air, minum coke, rehat kejap hilang kepanasan. 

5. Meneruskan perjalanan dari W6, untuk ke next CP W7 di Perkampungan Orang Asal. Laluan adalah tarmac, turun naik beralun-alun mencabar juga. Lega di km33.4, ada nasi disediakan. Rehat kejap, dan seterusnya meneruskan perjalanan. Sempat singgah cari nescafe ais di kedai lepas jambatan.

6. CP berikutnya di Pasir Kubur, cantik kawasan sungai di tepi tu, tapi tak sempat rakam gambar hahahah. Meneruskan perjuangan hingga ke W9, Pintu Gerbang Sungai Lembing. Akhirnya ada ais disediakan. Coke dan orange juga.

7. Tiba di kaki bukit panorama (km45) dengan 7:10, saya terus "speechless". Hidangan cabaran yang disediakan menyentap minda dan fizikal, tambahan selepas melebihi 42km. Berusaha sedaya upaya menaiki tangga dengan kaki memberi isyarat akan cramp bila-bila masa. Ye, saya banyak menghabiskan masa mendaki bukit itu. Tiba di puncak bukit, cuaca panas. Tangga-tangga itu betul-betul "membunuh" saya. Seterusnya, puas berdrama dan selesakan diri, segera turun secara amat perlahan dari bukit. Tiba di kaki bukit, dengan masa hampir 9 jam sudah, dan saya pelari yang terakhir turun dari Bukit Panorama.

8. Saat ini, saya menerima hakikat yang akan DNF kerana sudah melebihi cutoff 9jam yang ditetapkan, namun dengan penuh azam saya berusaha untuk teruskan untuk dapatkan 50km. Menghampiri km 47, dengan 9:03, crew memaklumkan saya tidak boleh berada di race course sudah. Terima dengan hati terbuka, saya segera ke padang, saling ucap tahniah dengan beberapa rakan yang telah tamat, kemudian, saya segera sambung perjuangan saya untuk lengkapkan 50km dengan berjalan kaki ke hostel. Lengkap 50km dalam 9:51. Saya tetap gembira, berjaya melawan diri saya sendiri yg berkali-kali suruh berhenti. 

9. Tahniah kepada semua rakan-rakan, walau apa jua jarak, dan keputusan. Terima kasih kepada yg memberi sokongan moral kepada saya. Seronok dapat saling motivasi antara satu sama lain.

10. Lain acara, lain pengalaman dan cabaran. KOSL memberikan pengalaman yang bermakna kepada saya. Saya suka laluan trail yg pagi nyaman, sungai menderu, bunyi unggas. Cabaran laluan ladang getah juga tidak kurangnya. dan semestinya bukit panorama sungguh menduga mental dan fizikal saya (lain orang lain persepsi nya). 

11. Keseluruhannya, diharapkan KOSL akan dianjurkan dengan lebih baik pada masa akan datang mengambil kira segala kelebihan, kekurangan serta pandangan yang ada pada tahun ini. Terima kasih kepada penganjur atas cabaran menarik yang disediakan. Saya selaku pelari yang baru berjinak-jinak untuk jarak beyond 42km, bersedia kembali semula ke sini untuk merasai pengalaman indah ini. Insha Allah, saya akan berlatih lebih gigih dan wiser, kerana pada saya setiap cabaran harus dinikmati seadanya, walau apa jua motivasinya. Tahniah juga kepada volunteers, medik, pasukan keselamatan serta yg menjayakan edisi pertama KOSL.

12. Sekali lagi sekalung penghargaan atas bantuan rakan-rakan sepanjang 2 malam di Sungai Lembing, Kuantan. Terima kasih atas jasa-jasa anda. Oh, saya memohon maaf sekiranya sebarang perlakuan saya sepanjang di sana, sebelum-semasa-selepas cabaran amat menjengkelkan anda semua.

p/s: Untuk maklumat lanjut mengenai nama-nama kawasan, anda boleh google kan lokasinya. Ianya mmg berbaloi untuk dikunjungi.

p/s 2: gambar-gambar, nanti kemudian saya masukkan.

p/s 3: untuk mengetahui lanjut mengenai acara ini boleh klik di SINI

XOXO

2 comments:

  1. Tahniah Gme.

    Semangat dan jiwa anda kental.

    Kagum dengan semangat mahu meneruskan perjuangan walau tak menerima apa-apa.

    Itulah semangat juang seorang pelari, pada saya. Never give up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Marlina. KOSL yg penuh kenangan. Tahniah juga diucapkan.

      Delete

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...