Tuesday, 2 June 2015

Larian Bendang 2015

Sabtu 

30 Mei 2015

Stadium Darul Aman, Alor Star
Kedah

6:30 pagi – pendaftaran
8:00 pagi – pelepasan

1. Ini merupakan penyertaan kedua saya dalam Larian Bendang, selepas tahun 2013. Seperti biasa datang stadium awal pagi, daftar bayar MYR15, dan bersedia untuk larian yg dilepaskan pada jam 8:00 pagi. Tahun ini jarak adalah 11km (11.4km GPS).

2. Penyertaan tahun ini lebih ramai. Emcee umumkan lebih 6,000 pelari untuk semua kategori. Seperti tahun-tahun sudah, Larian Bendang merupakan salah satu aktiviti dalam Karnival Amal Penyayang anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah. Maka, terdapat pelbagai gerai di luar stadium, dari gerai makan hinggalah pameran-pameran, buah-buahan, pameran burung dan sebagainya.

3. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik bersama dengan VVIP MB Kedah dan Ahli Jamaah Pangkuan Diraja Kedah. Selepas itu, diikuti dengan pelepasan kayuhan klasik. Sekitar 8:00 pagi kategori 11km dilepaskan.

4. Laluan bermula dari stadium darulaman, menghala ke jalan raya seterusnya ke km5, mula masuk jalan tepi sawah bendang sehingga ke km8. Kemudian kembali jalan besar utama menghala ke stadium.

5. Atmosfera menghampiri ke penamat dalam stadium mengujakan. Sorakan daripada penonton dan pelari-pelari yang telah tamat memberikan pengalaman menarik untuk tamatkan larian dalam stadium.

6. Cuaca panas tidak menghalang kemeriahan acara. Tamat dengan 1:30 (cutoff 2:00) , mengambil kira fun run berhenti sana-sini bergambar dsbnya. Tamat diberikan sijil. Medal untuk 30 pertama sahaja. Disediakan milo dan 100 plus juga. Puas bergambar dengan rakan-rakan. Meninjau gerai-gerai pameran dan jualan. Cabutan bertuah juga disediakan. Tapi beredar awal, untuk bersiap ke Kangar.

7. Keseluruhannya, Larian Bendang tahun ini tetap meriah dengan 1 WS, kawalan trafik yang baik, laluan tepi bendang menarik, bertemu rakan-rakan larian utara, dan semestinya alas an untuk ke ASetar. Harus di lain masa, larian ini masukkan bahagian redah bendang. Harus keriangan sepanjang jalan.
Tahniah semua.

XOXO




No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...