31 Mei 2015
Perkarangan Kompleks Sukan Perlis
7 pagi
1. Dianggarkan lebih 4,000 pelari menyertai Perlis Marathon 2015. Jarak 21km dan 10km serta 5km. Ini merupakan acara half marathon pertama di Perlis.
2. Hapuskan segala skeptical untuk penganjuran yang pertama kali. Cuaca sangat baik hari ini, kurang panas berbanding di Alor Setar semalam (Larian Bendang). Pagi dimulakan dengan sesi senamrobik, wah ada lagu-lagu thai bagai.
3. Kategori 21km dilepaskan pada 7 pagi oleh Raja Muda Perlis. Laluan adalah menghala ke jalan besar melalui Jalan Kampung Pondok, Jalan Kaki Bukit, Jalan Kampung Padang Melangit, Jalan Abi Tok Hashim, Jalan Kampung Pondok dan seterusnya kembali ke perkarangan kompleks sukan Perlis. Laluan seperti segiempat besar, yang dipenuhi dengan sawah padi. Kenyamanan pagi memberikan pengalaman menarik untuk berlari di sini. Laluan adalah rata.
4. Keseronokan berlari bermula sebaik sahaja menyaksikan barricade digunakan (berbanding kon) di jalan utama. Dengan 9 water station untuk kategori 21km, serta pisang diberikan dibeberapa station, ia memastikan pelari sentiasa hydrate dan cukup nutrisi. Kemudahan tandas dengan bekalan tong air disediakan di WS. Kawalan trafik juga bagus. Begitu juga dengan kategori 10km (11km GPS), disediakan 3 WS dan pisang.
5. Prestasi saya: Menamatkan half marathon dengan 2:35 (cutoff baharu adalah 3.5hrs). Seronok berlari 15km berkasut dan baki 6km dengan tanpa kasut, jarak terjauh saya berlari tanpa kasut. Jalan-jalan di Kangar adalah rata, dan sesuai untuk berkaki ayam sambil berlari. Seronok juga berlari sambil diberi sokongan oleh penduduk setempat yang memberi sokongan di hadapan rumah masing, pablia pelari melintasi laluan.
6. Setelah semua postif, ianya anti-klimaks di mana, tiada air disediakan di garisan penamat. Pelari perlu membeli digerai-gerai yang ada. Oh, penamat yang kurang sempurna. Maka, bagi mendapatkan air percuma, menapak ke last WS dalam 800meter dari garisan penamat. Namun, kudos to organiser, mereka beberapa kali angkut air 100plus dari WS terakhir ke FL untuk diagihkan kepada pelari-pelari. Persembahan nyanyian dan karnival selepas race membangkitkan mood kemeriahan kepada pelari.
7. Tamat larian, seperti biasa, bergambar dan saling ucap tahniah antara rakan-rakan. Tunggu hinga tamat majlis, termasuklah main lucky draw yg disampaikan oleh Raja Perlis. Dalam ucapan aluan MB Perlis menyatakan bahawa segala penambahbaikan akan dilakukan untuk menjadikan perlis Marathon sebagai acara tahunan dan pada tahun 2016, acara akan mempunyai jarak Full Marathon, serta nilai hadiah menjadi dalam USD. Harapnya tahun depan ada kategori National, bagi tarikan pelari tempatan.
8. Keseluruhannya, acara tahun ini pada hemat saya adalah sangat baik untuk penganjuran pertama kali. Kalau boleh bagi bintang, saya bagi 3.5/5. Hehe. Seronok sebenarnya berlari di perlis ini. Penambahbaikan yang boleh/perlu dilakukan adalah post race hospitaliti terutamanya air, penunjuk jarak - di mana semalam hingga ke km14, baru terdapat tanda menyatakan bahawa lagi 7km ke garisan penamat. Mungkin tahun depan waktu pelepasan perlu diteliti semula, memandangkan tahun hadapan kategori FM dipertandingkan. Perlis Marathon adalah berpotensi menjadi acara utama larian di Perlis.
9. Terima kasih dah tahniah kepada semua, pelari, penganjur, volunteers, pasukan keselamatan, semua pihak yang terlibat langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Perlis Marathon 2015.
No comments:
Post a Comment