Hatyai International Marathon
2014
“Run For Happiness”
25 Mei 2014
Pre-race
[1] Kegembiraan untuk kembali
berlari di Hatyai terasa sebaik tiba di Pudu Sentral pada 23 Mei 2014. Bertemu
dengan ramai rakan pelari. Seronok. Menghampiri tengah malam, semua berlepas ke
Hatyai dengan bas ekspres masing-masing.
[2] 24 Mei 2014, pagi tiba di
Hatyai, bersarapan pagi bersama rakan-rakan, dan seterusnya berpecah ke hotel
penginapan masing-masing, dan dijadualkan bertemu semula di REPC di Stadium,
mahupun semasa pusing-pusing Hatyai.
[3] Selepas daftar masuk di
Hotel, segera menapak ke Stadium, 1.5km dari Greenview Hotel. Tiba di Stadium,
uruskan pendaftaran, ambil bib dan seterusnya bercuci mata dan wallet di
gerai-gerai yg menjual pakaian dan kasut sukan yang ada. Diteruskan dengan sesi bergambar dengan runners Malaysia yang
lain. Cuaca agak panas tengah hari ini.
[4] Ambil tuk-tuk dari Stadium,
ke restoran pokok mangga untuk menikmati makan tengah hari. Nah, meriah tuk-tuk
dengan hilai ketawa riang bersama rakan-rakan. Makan tengah hari yang enak dan
lazat, masakan thai asli. Kenyang makan, meneruskan aktiviti bersiar-siar di
Pasar Terapung Khlong Kae.
[5] Singgah di hotel seketika
untuk pick up beberapa orang lagi rakan pelari, maka, korum sekarang 9 orang.
Wah, makin meriah tutk-tuk. Tiba di Pasar Terapung, teruja kerana keadaan agak
berubah sedikit dari tahun lepas, jambatan besar dah siap, dan gerai-gerai
makin banyak.
[6] Terus bergambar, selfie,
monopod, group photo dan sebagainya. Bertemu dan beramah mesra dengan lebih
ramai Malaysia
runners yg ada. Menikmati pulut mangga, dan air dalam gelas tembikai yang kiut
miut serta gelas buluh yg cantik. Macam-macam makanan yg sedap dijual di sini.
[7] Puas makan, perjalanan
tuk-tuk diteruskan dengan kembali ke Stadium untuk Carboloading party. Sampai
di Stadium makin meriah. Diserikan dengan persembahan tarian ala poco. Hadirin
menjamu selera. Kami lebih kepada menghilangkan dahaga, minum air. Bergambar
dengan lebih ramai runners. Meriah.
[8] Selesai ucapan selamat dengan
runners yang ada, kami bergerak ke Lee
Garden Plaza
untuk sesi cuci mata dan membeli belah sekiranya perlu. Berpisah dengan uncle
tuk-tuk, seharian bersama dengan beliau, RM10 per head untuk sepanjang hari.
Not bad.
[9] Jalan-jalan sekitar kedai-kedai
yang ada, menikmati kemeriahan malam di Hatyai. Puas dan penat berjalan, segera
pulang ke hotel untuk rehat dan mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran
larian pada hari ahad.
Race- Day
[10] Awal pagi, 2:45 pagi,
bersedia untuk menapak ke Stadium. Saya memilih tema Sarong pada pagi ini.
Aizat memilih tema Nusantara, Ruud memilih tema Orange , dan suhirman – maintain cool tiada
tema. Hehe.
[11] Tiba di garisan permulaan
sekitar 3:15 am, beramah dengan Malaysian runners yang ada, selfie kejap dan group
photo is a must. Bertukar-tukar ucapan selamat berjaya. Jam 3:30 am, Full Marathon dillepaskan.
[12] Seperti biasa, saya bermula
dari kelompok belakang. Berlari dengan pace makan angin. Mengetahui laluan
Hatyai Marathon ini akan melalui kawasan Bandar dan seterusnya masuk ke laluan
highway, saya bersiap awal untuk toilet break. Seawal km4, berjaya jumpa balai
bomba, dan selesaikan apa yang patut. Kemudian berlari hingga ke jalan tepi
pasar terapung, cuak juga bila banyak anjing. Mujur tidak dikejar. Hehe.
[13] Laluan di highway terdapat
banyak kawasan gelap gelita, ditanda dengan nyalaan lilin. Awal pagi laluan
sebelah highway ditutup sepenuhnya untuk runners. Satu yang saya suka tentang
hatyai M, adalah water station dengan sirap yang sedap, air sejuk berais sedari
WS 1 hingga tamat, ada buah jambu, tembikai, agar-agar, dan air coke juga di
beberpa WS untuk second half of the race.
[14] U-Turn di km24, laluan
u-turn memberi peluang kepada runners untuk saling ber-high 5 antara satu sama
lain. Saling memberi kata-kata semangat. Beberapa ketika, saya berhenti untuk
mengambil gambar dan membetulkan kain sarong daripada terlucut. Haha. Beberapa
ketika juga sempat selfie dengan kawan-kawan.
[15] Lepas u-turn, perjalanan
lari balik ke Bandar hatyai di bawah mentari mulai panas. Pergh, memang terasa
membahang. Saya kadang-kadang terasa amat malas untuk meneruskan larian. Namun,
saya perlu teruskan apa yang telah dimulakan. Maka, terpaksa menikmati cabaran
terhidang. Laluan di tepi kawasan pertanian, sebelum menghampiri Masjid Central
Songkla, memang jalan semata-mata, tiada pokok untuk berteduh. Fast walk, slow
jog semuanya dikerahkan untuk saya sampai dari satu WS ke WS yang lain. Memang
menduga mental.
[16] Laluan highway diteruskan
hingga ke km40, dan simpang masuk semula ke kawasan Bandar. Beberapa ketika
kaki saya terasa amat berat dan cramps. Beberapa runners yang melintasi saya
memberikan semangat untuk saya menghabiskan larian.
[17] Kira-kira 150 meter ke
garisan penamat, saya mulai nampak rakan-rakan yang sedia menanti di garisan
penamat. Saya terpaksa berhenti dalam 50meter, untuk legakan kaki dan kembali
berlari ke garisan penamat. Kerana walau apa jua yang berlaku, saya harus
tampil ceria di garisan penamat. Perasaan amat terharu apabila rakan-rakan
turut berpanas menantikan saya di garisan penamat. Terima kasih semua. **Mata
masuk habuk.**
[18] PB or PW, yg penting saya
berjaya tamatkan marathon pada hari ini. Segera diberikan medal dan baju
penamat selepas tamat, terus legakan kaki dengan mencabut kasut. Seterusnya
bergambar-gambar mandatori di garisan penamat bersama rakan-rakan, serta Thila,
Thai runner yg famous. Bertukar-tukar ucapan tahniah.
[19] Di garisan penamat
disediakan nasi, air dan sebagainya., Tak larat saya hendak makan segalanya.
Minum air dengan banyaknya hilangkan dahaga. Seterusnya, segera dapatkan
tuk-tuk untuk pulang berehat di hotel. Ucapan selamat berpisah juga kepada
rakan-rakan yang pulang awal/lambat dari hatyai.
Post – race.
[20] Selesai berehat beberapa
jam, post race diteruskan dengan makan tengah hari di restoran pokok mangga.
Dan menu utama harini adalah tomyam pedas. Yeay. Bergambar-gambar dan ucapan
perpisahan.
[21] Jam 7 pm, berlepas pulang ke
Malaysia .
Maka, tamatlah suatu lagi episode runcation yang menarik bersama rakan-rakan
runners. Kerana, larian harus dinikmati bersama, happiness is meeting friends before,
during and after the race. Tahniah kepada semua, PB or no PB, we are the proud
finisher of Hatyai International Marathon. Tahniah, walaupun jua jarak anda
semua waima 4km, 10km, 21km dan 42km.
[22] We run for happiness, fun,
food and great friendship. Till we meet again, Hatyai.
XOXO
Gme.
Gambar di fb:
https://www.facebook.com/gme.azmi/media_set?set=a.10152205533463822.1073741876.530093821&type=1
di pasar terapung. pic credit: Am. |