Saturday 6 October 2012

KRI Road Race 2012, Ipoh

Tarikh: 7/10/2012
Tempat: Kinta Riverfront Hotel, Ipoh
Masa: 6.30 pagi

Aku kembali berlari di Ipoh hujung minggu ini. Kali terakhir pada Julai hari tu, Ipoh International Run.

Kali ini, aku masuk KRI Road Race 2012, 21 km. Walaupun larian ini bukan pada skala sebesar PjHalf pada minggu lepas, namun, ia tetap meriah. Semasa ambil bib number pada Sabtu haritu, rasanya ada dalam 150++ runners untuk kategori Mens Open. Pada aku tak kisahlah, ramai atau sedikit, janji dapat berlari, mengumpul pengalaman.

Urusan pengambilan bib/REP segala, berjalan lancar di Kinta Riverfront Hotel (yang juga menjadi START/FINISH race ini).

Hari larian - Ahad.

Awal pagi hujan rintik-rintik, cuaca agak dingin, sesuai untuk berlari. 6.30 pagi, larian dilepaskan. Aku seperti biasa berlari dengan pace sendiri. Agak kelam-kabut sikit, masa nak mula, kerana endomondo ku tak dapat trace GPS, maka, terpaksalah berlagi ala-ala guna stopwatch (petanda harus kena beli Garmin watch - hehehehe). Berlari melintasi timing mat dengan penuh keyakinan.

Laluan larian membawa pelari ke jalan besar menghala ke Tasek Industrial Zone, laluan lurus, dan agak membosankan. Lari hingga WS1, lepas itu berlari lagi masuk sekitar kawasan kilang, hingga jumpa CP1, dan KM10. Masa kat situ, aku tgk jam masa yang besar kat situ, 1;07;40. Agak perlahan untuk aku, walaupun aku berlari tanpa henti. Mungkin aku hanya enjoy ketika berlari. (Hahaha).

Lepas keluar dari kawasan kilang tu, masuk semula ke jalan besar, dan sampai kt Petronas, masuk ke simpang Taman Rekreasi Gunung Lang. Kat sini, baru rasa menarik kerana dapatlah tengok bukit-bukit batu kapur yang ada di sekitar kat situ. Lari dan lari lagi ke kawasan perumahan kat situ, baru lah nampak KM15, di WS situ ada sponge, dan kat situ aku buat walk breaks, makan energy gel, tarik nafas dan menyelesakan kaki. Kemudian, terus semula berlari keluar dari kawasan perumahan tu, dan menuju semula ke jalan besar. Masa patah balik ini, nampaklah runners yang ada belakang aku, tak ramai. Maka, sah-sah aku agak kelompok terkebelakang. Hahaha.

 Terus berlari ala-ala mode makan angin hingga ke simpang masuk semula ke Kinta Riverfront Hotel, dan menuju ke garisan penamat. 2;21;38 - catatan endomondo aku. Agak baik sedikit daripada catatan kt PjHalf minggu lepas. Rasanya masa chip rasmi pun lebih kurang tu juga kot.

Lepas tamat, berjalan lah pergi ambil Medal Penamat. Kemudian dapat kupon makanan. Lepas tu ada free flow air soya, 100+, tembikai untuk pelari.

Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan mutu penganjuran race ini. Bersedia untuk kembali lagi.

# penganjuran race ini jauh lebih baik dari so-called Taiping International Marathon (hehehe).

Pros:
- kawalan trafik yang baik
- WS yang sentiasa cukup dengan air
- post-race foods and drinks yang mencukupi

Cons: 

- berlari lurus dan di kawasan kilang dan jalan ipoh-kuala kangsar yang agak sibuk walaupun di pagi ahad
- yuran agak mahal 

Koleksi bib number dan medal penamat

Pelepasan, masa ni hujan masih renyai-renyai

Penyampaian hadiah dan lucky draw

wah, tak tahu pun ipoh ada replika Golden Gate. hehehe


No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...