Sunday, 28 October 2012
Pacesetters Back To Basic 30KM Run
Masa: 5.30 pagi
Tempat: Padang Merbok, KL
• Larian ini kiranya sebagai persediaaj untuk APBIM 2012
• Ramai juga runners yang turun. levih 1,000 kot.
• Laluan amatlah mencabar, berbukit-bukit, Padang Merbok - Bukit Tunku - Hartamas. 2 pusing.
• Aku tamatkan larian dalam masa 4jam 3minit. Uhhhh sungguh mencabar kaki dan jantung dan badan segala. Pertama kali lebih 21km, yakni 30km.
• Keseluruhannya, larian ni seronok, tiada tekanan, dapat praktis untuk APBIM. Pengurusan larian, ok, air mencukupi, marshal ok, km marker ok.
• Lepas tamat, adalah breakfast, air, buah2an.
• Finisher dapat medal penamat dan Tee.
#RoadToAPBIM2012
Saturday, 20 October 2012
BSN Putrajaya Night Marathon 2012
Bersama medal penamat dan finisher tee |
ruang pelepasan 21km/42km. beribu gak runners. |
my very first medal from putrajaya |
cantiklah jambatan seri saujana ni pada malam hari. |
Saturday, 6 October 2012
KRI Road Race 2012, Ipoh
Tempat: Kinta Riverfront Hotel, Ipoh
Masa: 6.30 pagi
- yuran agak mahal
Koleksi bib number dan medal penamat |
Pelepasan, masa ni hujan masih renyai-renyai |
Penyampaian hadiah dan lucky draw |
wah, tak tahu pun ipoh ada replika Golden Gate. hehehe |
APBIM Asics Running Clinic
Tarikh: 6/10/2012
Tempat: Padang Polo, Ipoh
Masa: 5-7 ptg
Hujung minggu aku ke Ipoh untuk masuk larian KRI Annual Road Race 2012.
Kebetulan, Sabtu ada klinik larian percuma anjuran Asics untuk pelari APBIM Novemver nanti.
Klinik diadakan di Padang Polo. Trainer (Frank kot nama dia) berkongsi pengalaman berlari marathon dan ajar teknik-teknik asas larian, warm up dan terus berlari.
Lepas tu, semua peserta (dalam 50 orang kot) berlari dalam 3 pusingan padang polo tu (2.5km). Tamat larian, sesi cooling down dan diteruskan sesi soal jawab serta pengkongsian pengalaman dengan trainer dan sesama runners yg ada.
Seronok juga aku hadir ke klinik ini. Sekurang-kurangnya dapatlah pengetahuan baru dalam larian.
Dan akan cuba praktikkan tips2 untuk larian-larian akan datang dan semestinya APBIM 2012.
KRI Road Race 2012 next!
Tuesday, 2 October 2012
Back to Back Half Marathons
Rasanya amat penat, dan memang pengalaman menarik. Menguji kekuatan fizikal dan mental.
Hahah.
Aku sebenarnya baru buat back to back HMs, hujung minggu hari tu di Terengganu dan Petaling Jaya. Sebenarnya, dalam back to back ini, sama ada kita boleh perform dalam kedua-dua races, atau perform dalam salah satu, atau dalam julat purata yang sama.
Untuk aku, di Larian Jambatan Sultan Mahmud, aku berjaya catat
2:18:56
Di PJ lak aku catat 2:31:18 (PW kot setakat ni).
Not bad kan.
# kena tingkatkan lagi latihan.
Setakat ini utk HM, PB aku adalah 2:15:32 di Taiping hari tu. Ringkasnya, setelah 5 HM ku sertai, julat masih sekitar 2:15:00 ~ 2:31:00. Sasaran harap dapat capai sekurang-kurangnya 2:00:00 sebelum hujung tahun.
Larian Hijaus MSPP: 2:21:21
SP Half Marathon : 2:21:20
Taiping : 2:15:32
Larian JSM : 2:18:56
PJ Half Marathon : 2:31:18
#55 dari #79 orang yang masuk kategori 21km Mens Open di Terengganu |
oklah kan, dpt #525 daripada #879 yg masuk Mens Open kt PjHalf hari tu |
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
-
Gme dan Destinasi Lari 31 Ogos 2018 Teluk Intan Tema: Jejak Warisan 1. Memilih lokasi bekas landasan keretapi Teluk Anson ke Ta...