Tuesday, 10 May 2016

Deuter International Trail Run 2016

8 May 2016

Padang MPS, Pekan Batu Arang, Selangor 
7:30 pagi

1. Sesi dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan. Nyanyian lagu Negaraku, dan doa sebelum pelepasan.Pelari diberikan salonpas serta cereal bar sebelum memulakan cabaran.

2. Meriah dan "sesak" pekan dengan kehadiran ratusan pelari ke sini. Saya pun baru pertama kali ke pekan bersejarah perlombongan arang batu ini.

3. Laluan keseluruhannya adalah sekitar 13km, dengan bahagian awal dan akhir adalah jalan bertar, selebihnya adalah trail. Beberapa bukit di laluan memberikan cabaran kepada pelari.

4. Dengan cuaca yang baik, berkabus, pelari menikmati laluan seadanya. Beberapa tempat di laluan adalah cantik, dengan berlatar belakangkan padang rumput, berbukit, menghijau, beralun. Hujan pada hari sebelumnya menjadikan laluan di ladang kelapa sawit adalah licin, dan dan seterusnya berair di beberapa tempat. Bberapa tempat juga diserikan dengan "najis" lembu (heheh).

5. Keseluruhannya laluan adalah selesa dan menarik, cuma "sesak"di beberapa tempat, menunggu giliran untuk berlari. Beberapa water station disediakan, dan aiskrim disediakan di km9.5, sebelum mendaki bukit.

6. Cut off jam 10:00am ditetapkan di CP KM9.5 bagi memastikan semua pelari sampai sebelum 10:30am digarisan penamat. Laluan menuju ke penamat, memasuki kawasan pekan disambut dengan pancuran air oleh Bomba.

7. Tamat, pelari diberikan medal, air botol (dibuka dengan medal bertindak sebagai pembuka botol), tuala kecil, biskut tiger juga. Oh ya, saya tamat dengan 2:45hrs untuk jarak hampir 13km, menggunakan sepenuhnya COT yang disediakan. Bergambar di sana-sini, menikmati permandangan, bersorak dan sebagainya Suatu acara yang baik, dan menyeronokkan buat saya.

8. Tahniah kepada semua rakan pelari, penganjur, penyokong dan semua yang menjayakan Deuter International Trail Run 2016. Penghargaan dan sekalung terima kasih juga kepada Max7 ( http://max7official.com/ ) , atas peluang yang diberikan untuk saya menyertai acara ini.

LARIAN BERSAMA BOMBA 2016


7 Mei 2016
Dataran Merdeka 
7:30 pagi

1. Ini adalah edisi ke-14 Larian Bomba, salah satu larian 10km paling kompetitif di Kuala Lumpur. Medal yang ditawarkan adalah terhad, dan penyertaan adalah membanggakan saban tahun. Meriah beribu pelari.

2. Dilepaskan oleh YB Menteri KPKT, laluan pelari adalah menghala ke Bukit Tunku, seterusnya ke Jln depan Istana, Jalan parlimen dan tamat di Dataran Merdeka. Laluan adalah berbukit di beberapa tempat.

3. Water Station adalah cukup, kawalan trafik adalah baik. Tamat diberikan medal (kepada yang layak), sijil dan air. 100 plus juga disediakan. Gerai pameran juga disediakan. Di samping itu, lori bomba dibuka untuk pendedahan umum. Maka, apa lagi sesi bergambar berterusan.

4. Keseluruhannya, suatu acara yang baik, sangat kompetitif dan meriah. Mana yang tidak dapat medal, boleh cuba lagi tahun depan.

Thursday, 28 April 2016

XCOUNTRY CHARITY PAHLAWAN 2016

XCOUNTRY CHARITY PAHLAWAN 2016

4 JUN 2016 (SABTU)
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
KEM PERDANA, SUNGAI BESI
7:00 PAGI 


11KM (Lari Berhalangan) | MYR60
3KM (Fun Run) | MYR30

Ketegori: Inter batalion 
Men open:
18-25 years old
26-30 years old
31-40 years old
41 years old and above
Women open (all ages)
Fun run (all ages)

Kelayakan peserta :
- Baju acara
- Medal penamat
- Snek ringan selepas larian

Cross Country Charity Pahlawan 2016 anjuran Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bakal dibuka buat julung kalinya kepada umum.
Pertandingan cross country sememangnya telah menjadi acara tahunan ALK, UPNM sejak penubuhannya pada tahun 2006, namun penganjuran kali ini akan dibuka kepada umum bertujuan bagi mengumpul dana khusus bagi pelajar dan pihak yang memerlukan. Selain itu penganjuran ini juga digunakan sebagai garis panduan dalam menaiktaraf dan menginovasikan latihan. Penyediaan track juga adalah berorientasikan elemen ketenteraan disamping tidak mengabaikan praktis umum penganjuran cross country. Peserta yang menyertai cabaran ini telah diberi unjuran istimewa dengan pakej beriadah, menderma, berhibur, dan merasai sebahagian hidup Angkatan Tentera Malaysia.
Aktiviti-aktiviti lain yang diadakan adalah:
- Senam Robik bersama ADASANDA Fitness Club
Jualan makanan
- War dance!
-Combat dance!
-Persembahan Fenomena Band
-Artis jemputan
Permainan Amal spt Futsal dan Bola Jaring bersama Artis Jemputan
Photo Booth bersama selebriti- dan macam macam lag

Justeru, penganjur menyeru agar semua pihak bersama sama menyahut cabaran dengan slogan Optimum Sumbangan kearah kebaikan bersama! Apa tunggu lagi!
Daftar sekarang!

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Shakir - 019 271 2804
Wahab - 012 323 9417
Azmira - 0113 1750952
Email: xcountrypahlawan@gmail.com




Tuesday, 26 April 2016

LANGTANG

LANGTANG

GSS IOI CITY MALL
25 APRIL 2016 


Terima kasih The Running Project, MyNic, 10Sense atas tayangan amal Langtang: Summit of My Life 3, bersama rakan-rakan pelari di GSC IOI City Mall malam ini.
~
Langtang is the story of a journey to the heart of Nepal. In April 2015, ultra runner Kilian Jornet is preparing for an expedition to Everest as part of his project, ‘Summits of My Life’, together with alpinist Jordi Tosas and filmmaker Sébastien Montaz-Rosset.

Two days before departure, a 7.8 magnitude earthquake hits Nepal with devastating effect and Jordi’s beloved Langtang Valley is all but eradicated.

Putting their original objective to one side, the team travels to Nepal with the hope of offering help in the place that they hold in their hearts.

As the rhododendron flowers of Langtang herald the arrival of spring, nothing can prepare them for the level of destruction they find as they make their precarious way up a valley ripped apart by the force of nature.

The friends encounter unfailing generosity and are welcomed wherever they go, as communities take stock and do whatever they can to continue their lives with the little they have. A recurring phrase becomes the mantra of the moment - ‘We will rise again!’
Langtang is an ode to life, a tribute to hope and a search for new horizons. ~


 To donate, please visit here : langtangdisaster.org


MELAKA HERITAGE CITY HALF MARATHON 2016

MELAKA HERITAGE CITY HALF  MARATHON 

24 April 2016
6:00 am
Melaka Wonderland Resorts, Ayer Keroh 

1. Sesi dimulakan dengan senaman panaskan badan. Saya sampai awal sebelum 5 pagi (lupa baca details, pelepasan 21km adalah 6pagi). Sambil sampai awal, saksikan persiapan akhir acara ini, volunteers baru masukkan goodies, arca pelepasan baru hendak dinaikkan. 

2. Kategori 21km dilepaskan berperingkat mulai 6:00 pagi. Tiba giliran mens open, arca roboh dan berlari lah dibawahnya seadanya (belon). Kategori 12km dan 7 km di lepaskan selang 30 minit selepas itu.

3. Laluan adalah dari Melaka Wonderland Park (pertama kali saya ke sini, dan mengetahui ada wonderland park), menuju ke highway, masuk ke highway berlari lurus sahaja sehingga u-turn berhampiran dengan stadium (jika tidak silap, sebab saya nampak ada stadium). Lepas u-turn, terus semula ke susur masuk Ayer Keroh. Beberapa tempat adalah rata, beralun dan sedikit berbukit.

4. Laluan pada hemah saya adalah berbahaya, memerlukan perhatian dan lebih berhati-hati di beberapa tempat Berlari dengan risiko kemalangan boleh berlari. Kenderaan bergerak terutamanya lori, bas, dan kereta pantas di atas highway. Tiada kon keselamatan di beberapa tempat. Kawalan trafik tidak dari polis mahupun pihak berkuasa yg lain. Beberapa tempat mmg kritikal dan merbahaya. Selekoh susur juga bahaya. 

5. Saya menyaksikan insiden motosikal jatuh tepi pelari di laluan larian. Pelari segera memberi bantuan kecewmasan kepada beliau. Moga penunggang tersebut segera sembuh. 

6. Water Station, secara umumnya ada air, kecuali WS terakhir, semasa saya sampai, air telah mulai habis. Kelihatan volunteer menggunakan air bekalan mereka untuk diberikan kepada pelari.

7. Pisang disediakan di km9 selepas u-turn. Beberapa km marker disediakan, namun amatlah kecil. Ia diselang seli dengan kata-kata motivasi.

8. Tamat diberikan medal dan air mineral. Tiada isotonik. Terdapat satu booth jual makanan, serta air isotonik disediakan. Tetapi harga boleh lah tahan mahalnya. Atmosfera di ruang penamat juga tiada "wow". 

9. Prestasi saya: Tamat dengan 2:52, gembira, recovery selepas Delima Langkawi Marathon pada hari sebelumnya. Sesi diakhiri dengan bergambar-gambar bersama rakan pelari.

10. Keseluruhannya, acara ini adalah biasa-biasa sahaja dengan ruang untuk perhatian dan penambahbaikan. Mulanya ingat laluan larian akan memasukan "heritage part" of Melaka, namun, sekadar highway semata-mata. Tahniah dan terima kasih kepada semua penganjur, peserta, volunteers dan semua yang terlibat.

DELIMA LANGKAWI MARATHON 2016

DELIMA LANGKAWI MARATHON 2016

23 April 2016
4:30 am
Aseania Hotel, Langkawi

1. Edisi pertama disertai oleh hampir 500 peserta bagi semua kategori. Untuk FM, terdapat dalam 110 orang pelari memulakan cabaran. Suasana tempat pelepasan pada awal pagi adalah sangat biasa, tiada hooha, sunyi. Sekitar jam 4;31 am, pelari dilepaskan.

2. Laluan Delima Langkawi (rujuk gambar rajah laluan) adalah menarik. Dari Aseania melalui jalan Cenang, ke Lapangan Terbang. Cuaca pagi itu adalah baik. Berlari di beberapa kawasan gelap, namun cahaya bulan menerangi laluan. Dari Lapangan Terbang laluan menghala ke Kuala Teriang. Seterusnya melalui kawasan kampung disitu, keluar semula di bulatan simpang ke Lapangan Terbang.

3. Memasuki jalan utama ke Kuah, beralun-alun hingga ke u-turn selepas hospital Langkawi . Dari situ terus ke simpang Bukit Malut, di mana cabaran sekitar 10km terkahir adalah Bukit Malut yang berbukit-bukit, dan cuaca mulai panas bagi pelari yang agak terkebelakang.

4. Umumnya, saya suka laluan Delima Langkawi Marathon ini (hampir sama dengan Island Ocean Maratahon). Ada sawah pagi (walaupun kontang), ada tempat rata, berbukit, banyak gerai dibuka di awal pagi (boleh singgah beli breakfast , air jika mahu), laluan tepi lapangan terbang, laluan jalan utama yang cantik dihiasi bunga tecoma berkembang, laluan kampung, serta laluan yang menampakkan laut.

5. Bagi yang muslim, tidak perlu risau, kerana di sepanjang laluan terdapat beberapa surau/masjid yang boleh disinggah untuk solat subuh.

6. Water Station : air dan isotonik adalah cukup di setiap WS (3km/WS) untuk laluan FM. WS di Bukit Malut ada yang menyediakan chill water. Namun kesemua WS tiada ais. 

7. Gel disediakan (tamat tempoh), begitu juga pisang, dan buah epal. Medik juga ada di beberapa WS.

8. Kawalan trafik adalah sangat baik di semua simpang utama. Marshal juga berjaya mengawal laluan dengan baik.

9. Tiada km marker disediakan, melainkan 5km terakhir (tu pun rasanya patutnya lagi 7km, bukan 5km). Saiko seketika, ingatkan sudah dekat rupanya masih jauh. 
Seeloknya lebih banyak km marker disediakan untuk panduan pelari.

10. Prestasi saya: Berjaya ikut sasaran sehingga km30 bawah 4 jam. Namun selepas itu, sasaran diubah kepada tamat bawah 5:55. Ini adalah kerana cuaca mulai panas pabila saya di pertengahan laluan Bukit Malut, berbukit, dan semestinya saya mulakan hobi berselfie/ bergambar bagi menghilangkan bosan di laluan.

11. Tamat dengan 5:53 (nett time) mengembirakan saya. Marathon ke-36 berjaya dihabiskan di bawah cuaca panas.

Post race

12. Bila saya tamat, kawasan penamat sudah lenggang, tiada photog, cuma beberapa rakan yang ada menanti. Gembira. Terus segera ke khemah sokongan mencari air mineral, habis masa saya sampai. Yang ada hanyalah air revive yang banyak. 

13. Medal adalah cantik, walaupun tiada jarak spesifik pada medal.

14. Baju penamat tidak diberikan, dimaklumkan telah habis, dan akan di post kemudian kepada pelari. Harapnya penganjur tidaklah cakap-cakap kosong.

15. Terdapat gerai-gerai Adabi menyediakan sample makanan. Bagi merehatkan tubuh serta ceriakan mood sambil menanti beberapa rakan lain, saya merasa semua makanan yang disediakan termasuk sample. Bubur lambuk, nasi himpit, keropok lekor, spageti , sup daging, semuanya saya makan. Hahaha. Panas dan lapar temanya. Panas di hati siapalah tahu. Hahahah

Keseluruhan

16. Penganjuran edisi pertama Delima Langkawi Marathon tidaklah terlalu baik (mahupun tidaklah terlalu buruk)(tambahan pula reputasi penganjur berdasarkan acara-acara sebelum ini). Pada saya , ianya “average”. Namun, saya tetap ucapkan terima kasih atas pengalaman disajikan, serta tahniah dan syabas kerana berjaya menganjurkan marathon ini. Beberapa aspek menepati/melepasi jangkaan saya sebelum/semasa/selepas acara. Untuk edisi akan datang (sekiranya ada), penganjur (mahupun mana-mana pihak yang terlibat) hendaklah lebih bersedia bagi memastikan potensi Langkawi sebagai destinasi pelancongan sukan dimanfaatkan sepenuhnya. Segala pandangan/kritikan/maklum balas baik/kurang baik boleh dijadikan input untuk penambahbaikan bagi edisi akan datang. Saya tetap memberi rekomdendasi sekiranya mana-mana ingin berlari di Langkawi. 

17. Bagi menepati slogan “The Great Marathon” seperti mana di banner yang ada, penganjur seharusnya lebih giat mempromosikan acara ini. Bagi pelari, peluang berlari di Langkawi adalah sesuatu yang menarik.

18. Akhir kata, tahniah dan terima kasih kepada semua.

TEAM ULTRON 5F RUNNING MOVEMENT

TEAM ULTRON 5F RUNNING MOVEMENT 


Bermula April 2016, Ultron telah mengadakan  Running Movement dan Yoga Movement secara percuma di beberapa lokasi. Objektif utama gerakan sukan ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang terus sihat.

Saya telah menyertai sesi pertama Running Movement pada 16 April 2016 yang lalu. Pada sesi berkenaan, peserta dapat berkenalan antara satu sama lain di samping berkongsi pengalaman tentang larian. Sesi berikutnya akan diadakan pada 30 April 2016. Untuk maklumat lanjut mengenai Team Ultron Running Movement, anda boleh layari sesawang ini http://www.ultron.co/running_movement/ .














Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...