DELIMA LANGKAWI MARATHON 2016
23 April 2016
4:30 am
Aseania Hotel, Langkawi
1. Edisi pertama disertai oleh hampir 500 peserta bagi semua kategori. Untuk FM, terdapat dalam 110 orang pelari memulakan cabaran. Suasana tempat pelepasan pada awal pagi adalah sangat biasa, tiada hooha, sunyi. Sekitar jam 4;31 am, pelari dilepaskan.
2. Laluan Delima Langkawi (rujuk gambar rajah laluan) adalah menarik. Dari Aseania melalui jalan Cenang, ke Lapangan Terbang. Cuaca pagi itu adalah baik. Berlari di beberapa kawasan gelap, namun cahaya bulan menerangi laluan. Dari Lapangan Terbang laluan menghala ke Kuala Teriang. Seterusnya melalui kawasan kampung disitu, keluar semula di bulatan simpang ke Lapangan Terbang.
3. Memasuki jalan utama ke Kuah, beralun-alun hingga ke u-turn selepas hospital Langkawi . Dari situ terus ke simpang Bukit Malut, di mana cabaran sekitar 10km terkahir adalah Bukit Malut yang berbukit-bukit, dan cuaca mulai panas bagi pelari yang agak terkebelakang.
4. Umumnya, saya suka laluan Delima Langkawi Marathon ini (hampir sama dengan Island Ocean Maratahon). Ada sawah pagi (walaupun kontang), ada tempat rata, berbukit, banyak gerai dibuka di awal pagi (boleh singgah beli breakfast , air jika mahu), laluan tepi lapangan terbang, laluan jalan utama yang cantik dihiasi bunga tecoma berkembang, laluan kampung, serta laluan yang menampakkan laut.
5. Bagi yang muslim, tidak perlu risau, kerana di sepanjang laluan terdapat beberapa surau/masjid yang boleh disinggah untuk solat subuh.
6. Water Station : air dan isotonik adalah cukup di setiap WS (3km/WS) untuk laluan FM. WS di Bukit Malut ada yang menyediakan chill water. Namun kesemua WS tiada ais.
7. Gel disediakan (tamat tempoh), begitu juga pisang, dan buah epal. Medik juga ada di beberapa WS.
8. Kawalan trafik adalah sangat baik di semua simpang utama. Marshal juga berjaya mengawal laluan dengan baik.
9. Tiada km marker disediakan, melainkan 5km terakhir (tu pun rasanya patutnya lagi 7km, bukan 5km). Saiko seketika, ingatkan sudah dekat rupanya masih jauh.
Seeloknya lebih banyak km marker disediakan untuk panduan pelari.
10. Prestasi saya: Berjaya ikut sasaran sehingga km30 bawah 4 jam. Namun selepas itu, sasaran diubah kepada tamat bawah 5:55. Ini adalah kerana cuaca mulai panas pabila saya di pertengahan laluan Bukit Malut, berbukit, dan semestinya saya mulakan hobi berselfie/ bergambar bagi menghilangkan bosan di laluan.
11. Tamat dengan 5:53 (nett time) mengembirakan saya. Marathon ke-36 berjaya dihabiskan di bawah cuaca panas.
Post race
12. Bila saya tamat, kawasan penamat sudah lenggang, tiada photog, cuma beberapa rakan yang ada menanti. Gembira. Terus segera ke khemah sokongan mencari air mineral, habis masa saya sampai. Yang ada hanyalah air revive yang banyak.
13. Medal adalah cantik, walaupun tiada jarak spesifik pada medal.
14. Baju penamat tidak diberikan, dimaklumkan telah habis, dan akan di post kemudian kepada pelari. Harapnya penganjur tidaklah cakap-cakap kosong.
15. Terdapat gerai-gerai Adabi menyediakan sample makanan. Bagi merehatkan tubuh serta ceriakan mood sambil menanti beberapa rakan lain, saya merasa semua makanan yang disediakan termasuk sample. Bubur lambuk, nasi himpit, keropok lekor, spageti , sup daging, semuanya saya makan. Hahaha. Panas dan lapar temanya. Panas di hati siapalah tahu. Hahahah
Keseluruhan
16. Penganjuran edisi pertama Delima Langkawi Marathon tidaklah terlalu baik (mahupun tidaklah terlalu buruk)(tambahan pula reputasi penganjur berdasarkan acara-acara sebelum ini). Pada saya , ianya “average”. Namun, saya tetap ucapkan terima kasih atas pengalaman disajikan, serta tahniah dan syabas kerana berjaya menganjurkan marathon ini. Beberapa aspek menepati/melepasi jangkaan saya sebelum/semasa/selepas acara. Untuk edisi akan datang (sekiranya ada), penganjur (mahupun mana-mana pihak yang terlibat) hendaklah lebih bersedia bagi memastikan potensi Langkawi sebagai destinasi pelancongan sukan dimanfaatkan sepenuhnya. Segala pandangan/kritikan/maklum balas baik/kurang baik boleh dijadikan input untuk penambahbaikan bagi edisi akan datang. Saya tetap memberi rekomdendasi sekiranya mana-mana ingin berlari di Langkawi.
17. Bagi menepati slogan “The Great Marathon” seperti mana di banner yang ada, penganjur seharusnya lebih giat mempromosikan acara ini. Bagi pelari, peluang berlari di Langkawi adalah sesuatu yang menarik.
18. Akhir kata, tahniah dan terima kasih kepada semua.
No comments:
Post a Comment