Queensbay Mall
2 April 2016
8:00 pm - 5km
8:30 pm - 12km
9:00 pm - 21km
1. Suasana karnival bermula seawal 5 petang. Gerai-gerai penaja mula dikunjungi pelari-pelari. Boleh muncuba games yang disediakan untuk memenangi goodies.
2. Gerai-gerai makanan sempena Timeout Penang Food Fiesta juga ada.
3. Menjelang 8 malam, suasana makin meriah. Atmosfera di perkarangan tempat letak kereta Queensbay Mall (kawasan permulaan/penamat PBIM, juga) mengujakan.
4. Bilangan pelari kategori 21km tidak seramai 5km dan 12km. Apabila kami, peserta kategori 21km dilepaskan, sudah ramai pelari 5km menamatkan cabaran masing-masing.
Laluan
5. Laluan larian adalah sedikit sebanyak melalui beberapa bahagia laluan PBIM, dalam versi terbalik. Baru terasa besarnya kawasan perindustrian berhampiran Jambatan ke-2 untuk u-turn yang terakhir. (Rujuk gambar peta larian untuk keseluruhan laluan).
6. Laluan beberapa tempat adalah gelap, tidak rata, dan seharusnya kena waspada. Laluan di bawah flyover dari jambatan ke-2 telah di tar baharu, menjadikan amat selesa untuk barefoot.
7. WS adalah mencukupi dan pisang juga desediakan. KM marker hanya diletak sehingga 9km ke garisan penamat (saya tidak perasan km marke sebelum itu).
Prestasi saya.
8. Bermula di belakang pacer. Berlari dengan harapan dapat ikut belon 2;20hrs hingga tamat.
9. Cuaca yang panas membahang. Seawal km-2 saya mula berjalan. (Heheheh). Seterusnya, berjuang ambil mood training larian. Selepas dipotong belon pacer 2:20hrs, strategi adalah berlari ke setiap WS, dan ambil peluang berjalan di beberapa ketika.
10. KM17 ke garisan penamat, saya berlari tanpa kasut, selesa pula berlari atas jalan yang rata.
11. Tamat dengan jam besar 2:33. Gembira, walaupun tidak berjaya baiki catatan di UEM beberapa minggu lalu.
Post race
12. Tamat diberikan medal, air, pisang dan goodies bag. Kandungan goodies bag agak meriah dengan kereta mainan, bekas air, syampu, dan voucher-voucher. Cuma, suasana selepas tamat agak lenggang sudah, maklumlah hampir tengah malam sudah.
13. Keseluruhannya MHWH Night Run Penang adalah baik dan meriah. Terima kasih dan tahniah kepada semua.
No comments:
Post a Comment