Monday, 29 August 2016

PJ Half Marathon 2016


21 Ogos 2016
5 am
Laman MBPJ 

1. Dianggarkan lebih 5,100 peserta untuk semua kategori bagi edisi PJHalf kali ini. Meriah dan sesak. 

2. Ini kali ke-2 saya menyertai PJHalf, dan kali pertama di lokasi baharu, berbanding di Stadium Kelana Jaya. 

3. Laluan PJHalf menyeronokkan dan memberi cabaran kepada pelari termasuklah laluan jalan raya beralun, bukit-bukit landai, dan persimpangan-persimpangan utama di pelusuk Petaling Jaya. 

4. Trafik keseluruhannya baik, dan terkawal. Cuma seperti biasa di beberapa persimpangan, terdengar bunyi hon kenderaan. 

6. Air di water station adalah mencukupi. Ada yang bertanya saya kenapa lari bawa 1.5L air hari ini. Senyum dan bersahaja, sekadar persediaan ikhtibar dari insiden minggu lepas.

7. Sponge station disediakan. Surau disediakan dengan kemudian lori air untuk berwuduk. Selesa, lengkap bersejadah.

8. KM marker juga jelas. Cuma titik perpisahan 21km/10km mungkin ada yang terlepas pandang, kerana ada pelari 10km yg termasuk dalam laluan 21km dan terpaksa berpatah balik.

9. Post race arrangement juga kemas dengan pelari dialirkan ke laman MBPJ. Medal, dan post race snack di uruskan secara teratur. Medal itu comel, wajah chickaboo. Baju acara dan baju penamat 21km tidak mengecewakan.

10. Saya suka sesi zumba selepas lari tersebut. Berjaya sertai sesi zumba untuk beberapa minit, berpeluh sakan. Walaubagaimanapun, ianya agak penuh di ruang penamat depan pentas utama. Kelihatan pelari-pelari akhir agak terkesan.

11. Prestasi saya? Bermula dari barisan belakang (ya, bilangan peserta HM agak ramai) dengan lari-lari anak. Dan tidak sampai 500 meter saya sudah mula berjalan. Ambil mood, berlari dan beramah mesra dengan rakan-rakan dikenali sepanjang laluan.

12. Menggunakan strategi berlari-berjalan-berlari, tamat dengan 2;42 nett (unofficial). Gembira dengan larian, sebagai latihan dan birthday run saya. Berkesempatan bantu pelari di km 17 yang mengalami kekejangan. Harap beliau tamat dengan jayanya. 

13.Secara peribadi saya suka laluan 500m ke penamat, pelari berlari umpama di astaka utama dengan sambutan meriah di garisan penamat,.

14. Keseluruhannya, PJHalf kali ini tidak mengecewakan saya. Dianjurkan secara baik, saya memberi rekomendasi kepada rakan-rakan untuk mencuba acara ini di masa akan datang.

15. Tahniah dan terima kasih kepada semua, walaupun apa jua peranan dan pencapaian anda semua. Kerana larian harus dinikmati. Seronok ber photothon dengan rakan-rakan hari ini.

16. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada #TeamUltron #UltronKL #MicroDry atas tajaan penyertaan saya ke dalam PJHalf kali ini. Seronok berkenalan dengan rakan-rakan baharu dan lama di dalam Team Ultron. 



Kuching Marathon 2016

Standard Chartered KL Marathon 2016



Sunday, 7 August 2016

Penang Run 2016 - Seberang Perai Series


24 Julai 2016
Kompleks MPSP
Bandar Perda 

Pengenalan

1. Ini kali ketiga saya kembali ke Bandar Perda. Di sini saya menamatkan HM saya yang pertama pada tahun 2012. Hari ini hadir menamatkan half marathon saya yang ke-34.

Acara

2. Dilepaskan pada jam 5:30 pagi. Laluan adalah menuju jalan utama ke Bukit Mertajam, seterusnya laluan kampung melintasi kawasan sawah padi, UiTM, dan politeknik. Rata. Cuaca pula adalah baik.

3. Jarak pada tahun ini adalah kurang sedikit dari tahun lepas dengan sekitar 21.3km (tahun lepas dalam 22km).

4. Penganjuran adalah keseluruhannya baik dan menepati ekspetasi saya. Penggunaan cawan kertas di WS adalah bagus berbanding dengan air minuman dalam botol plastik kecil tahun lepas.

5. KM Marker adalah jelas dan disertakan dengan kata-kata motivasi.

6. Trafik adalah baik, walaupun beberapa ketika ada pelari terpaksa berhenti kerana kawalan trafik membenarkan kenderaan melintasi terlebih dahulu.

7. Post race , seperti edisi terdahulu, disediakan nasi lemak, taufu fa, air soya, ais isotonok. Free flow.

8. Lucky draw tahun ini hadiah utama peti sejuk, dan basikal serta 2XU tight. tahun lepas ada motosikal.

9. Tahun ini ada pacers, suatu yang memberikan motivasi. Pelari boleh ikuti belon pacer berdasarkan sasaran masa dna keperluan masing-masing.

Prestasi saya

10. Berlari ikut belon 2:30hr sehingga km6, berhenti solat subuh, selesaikan yang wajib. Kemudian, lari-jalan-lari sehingga sekita km 16. Mood berlari main berkurang, sekadar pastikan belon pacer 2:45 tidak potong.

11. Lari semula sehingga km19, dan nampak belok 2:30hr, namun membayangkan u-turn selepas km20 menuju ke garisan penamat, terus misi 2:30hr saya bertukar kepada tamat dengan senyuman sahaya.

12. Berjalan seadanya sehingga 300 meter ke garisan penamat, baru kembali berlari. Tamat dengan jam besar di FL 2:32 (Gun Time).

Penutup

13. Sesi diakhiri dengan bergambar sampai bosan. 

14. Tahniah kepada semua pelari, rakan-rakan, organiser dan semua.

15. Moga bersua di edisi berikutnya, Esplanade Padang Kota pada Oktober nanti.

TM Fan Run 2016


Dataran Putrajaya 
17 Julai 2016
6 am

1. Tahun ini TMFR mempunyai jarak 21km (selain 5km dan 10km). Menyokong Team Malaysia ke Sukan Olimpik 2016. Teringat tahun 2012, TMFR saya yang pertama. Walaupun selalu ke Putrajaya, ini merupakan larian rasmi saya yang pertama di sini selepas 5 bulan.

2. Dengan sambutan beribu-ribu pelari, edisi kali ini lebih besar, meriah dan menyeronokkan. Lain orang lain motivasi, walau ada yang mempunyai pandangan mengenai medal, baju dan sebagainya. 

3. Keseluruhannya, edisi kali ini juga dianjurkan dengan baik. Cuma jarak 21km kurang sedikit daripada mencukupi. WS, post race snack, isotonik, trafik adalah baik. Booth games, dan penaja, serta persembahan tidak mengecewakan.

4. Seronok bersua dengan rakan-rakan pelari baru, lama dan sebagainya. Maaf juga dipohon sekiranya ada yang terlupa nama (hehehe(. Masih dalam suasana mood raya, kelihatan ramai rakan tampil berlari dengan pakaian raya masing-masing. Win. Running Is Fun. 

5. Prestasi saya? Menikmati larian riang ria seadanya, tamat just in time under 2:30. Happy. Tahniah dan terima kasih semua. Moga jumpa di acara akan datang.

XOXO

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...