Wednesday, 20 January 2016

Shah Alam Night 21km Night Run

17 January 2016
Dataran Kemerdekaan 
Shah Alam 
1:30 am


1. Sebelum dilepaskan, pelari dihidangkan dengan lagu-lagu filem Dilwale mengiringi sesi pemanasan badan. Cuaca di Shah Alam malam itu adalah panas. Lebih 1,000 pelari untuk kategori half marathon, dan hampir 4,000 untuk semua kategori. 

2. Laluan untuk 21km adalah beralun, dan menarik. Beberapa kawasan yang agak gelap ditandakan dengan blinker (volunteers pegang blinker, sambil tunjuk arah kepada pelari). Trafik selepas tengah malam di Shah Alam adalah terkawal memandangkan kurang kenderaan.  Marshall berada di sana  - sini sepanjang laluan, checking runners. Ada yang siap tawarkan air mineral.

3. Water station adalah mencukupi, lengkap dengan air, 100+ dan kopi.  Sponge station juga disediakan. Terdapat juga WS disediakan oleh runners, menyediakan air ribena, gula-gula dan buah.

4. Di kala tengah-tengah malam, pelari diberi sokongan oleh kumpulan Ultras Selangor sekitar km10.5. Seronok mendengar sorakan dan sokongan mereka.


5. Untuk rekod, saya bermula dr belakang sekali, saat gate 21km hampir ditutup. Saya tamat dengan jam besar 2:28, yay, bawah 2:30 dengan berhenti sana sini, join kumpulan sorak, memeriahkan runners di tengah malam.

6. Kawasan penamat yang selesa, ditanda dengan barricade, astaka pelari memberikan sokongan. Tamat diberikan 100 plus unlimited, pisang dan juga roti. 



7. Baju penamat dan medal yg tidak mengecewakan. Selepas dapatkan semua runners entitlements, seperti biasa aktiviti photothon sambil memberikan sokongan kepada pelari-pelari yang masih berjuang menamatkan cabaran.


8. Tahniah dan terima kasih penganjur atas penganjuran yg baik. Kawasan trafik yg baik. Volunteers yg sporting. Pasukan medic, keselamatan yg mencukupi. Moga penganjuran di masa akan datang akan menjadi lebih baik daripada ini, dengan terus mengekalkan kemeriahan.


9. Akhirnya kata tahniah sekali lagi krpada semua, x sempat nak selfie semua. eh. Jumpa di lain masa.





Monday, 11 January 2016

Putrajaya Watergate 16hr Ultramarathon (WG16)


9-10 January 2016
Taman Seri Empangan
Putrajaya 
8 malam

1. Saya pernah hadir sebagai supporter pada edisi 2014 acara ini. Dan tahun 2016, saya hadir sebagai peserta. Terima kasih Ultron atas complementary slot. Dengan bilangan peserta melebihi 270 orang, edisi WG16 kali lebih meriah.

2. Dimulakan dengan taklimat acara oleh penganjur, Team Pacat, seterusnya nyanyian lagu Negaraku. Atmosfera 8 malam sabtu 9 Januari 2016 mengujakan. 

3. Format WG16 adalah berlari minimum 50km dalam masa 16 jam untuk bergelar penamat. Laluan adalah dari Taman Seri Empangan hingga Istana Kehakiman (POJ) dan patah balik, dikira 1 pusingan, yakni 5km. Laluan rata, dan hanya mendaki di bahagian tangga jambatan berhadapan PICC sahaja.

4. Cuaca malam di Putrajaya adalah panas. Selepas dilepaskan jam 8 malam, pusingan awal larian adalah agak pantas bagi saya. Strategi adalah menghabiskan 50km secepat mungkin dan seterusnya beriang ria baki hingga 16 jam. 

5. Saya banyak berhenti sana sini sepanjang laluan. Selfie, live updates, menyanyi, menginsafi diri, borak-borak, berkenalan dengan rakan pelari dan sebagainya. Aktif hingga 3 pagi, saya berhenti makan nasi ayam dan solat Isyak. Lama berehat seterusnya sambung sehingga subuh.

6. Di stesen sokongan di Taman Seri Empangan disediakan air, pisang, roti, tembikai, coke dan makanan juga. Maka, selain bekalan nutrisi masing-masing, pelari bolehlah merasa apa yang disediakan.

7. Saya kembali berhenti lama selepas solat subuh, menyegarkan badan dan makan. Cabaran kepanasan bermula selepas 7:30 pagi. Matahari meninggi, tapi saya lebih suka berlari di Putrajaya pada waktu siang daripada malam. Keadaan lebih meriah apabila lebih ramai rakan memberikan sokongan sepanjang jalan, begitu juga dengan rakan-rakan yang lebih awal tamat cabaran masing-masing iaitu ramai yang berhenti selepas melengkapkan 50km.

8. Daripada pace 7 min/km pada awal malam hinggalah 20 minit/km pada selepas jam 8 pagi, mengheret kaki. Itulah pace saya, beriang riana untuk mencabar potensi diri sejauh mana saya dapat melangkah dalam masa 16 jam. Seronok dapat berinspirasi dan saling motivasi dengan rakan-rakan pelari sepanjang laluan, terutamanya bila u-turn.

9. Akhirnya saya menamatkan cabaran dengan 75km dalam masa 15 jam 31minit. Berkedudukan top 50, gembira membuka kalendar larian 2016 dengan jarak melebih 50km. Tahniah dan terima kasih kepada semua pelari, penganjur, penyokong, sukarelawan dan semua yang terlibat. Segala motivasi dan dorongan amatlah dihargai. Setelah lama tidak berjarak melebih 50km di Putrajya, keseluruhannya saya gembira dengan penampilan riang ria di WG16. Kerana setiap sesuatu adalah suatu pengalaman. 

10. WG16 adalah sesuai untuk mana-mana yang berminat mencabar diri dalam tempoh 16 jam, pemangkin kepada cabaran yang lebih besar. Dengan bilangan peserta yang tidak terlalu ramai, ianya memberikan atmosfera dan pengalaman yang bermakna. 

12. Sekali lagi, terima kasih kepada Ultron atas peluang yang diberikan. Untuk maklumat lanjut mengenai WG1 anda boleh melayari http://watergate16hr.teampacat.com/ dan untuk maklumat lanjut mengenai Ultron, anda boleh layarihttp://www.ultron.co/ .

Wednesday, 6 January 2016

NEW PLACE TO RUN : KUALA KUBU BHARU

LET'S RUN IN KUALA KUBU BHARU
--------------------------------------------

KKB GLOW RUN 2016 
19 March 2016 (Saturday)
9 pm

Mini Stadium 
Kuala Kubu Bharu 
Selangor


5km | MYR50
10km | MYR75
International 10km | MYR100

For registration and further information, please click :
(1) 

(2) 

It's time to explore KKB and visit Peretak, Ampang Pecah, Bukit Kutu, and Sg Chilling.
Interesting.

Finisher Medal 


10km Tee 

5km tee

Monday, 4 January 2016

2015 : Another Full Year of Running

1. Pantas masa berlalu, 2015 telah meninggalkan kita. Moga 2016 terus memberi sesuatu yang bermakna. Kerana kenangan lalu adalah motivasi dan pendorong utk cabaran mendatang.

2. 33 medals from 36 events in 2015.
"It's important to know that at the end of the day it's not the medals you remember. What you remember is the process-- what you learn about yourself by challenging yourself, the experiences you share with other people, the honesty the training demands -- those are things nobody can take away from you whether you finish twelfth or you're an Olympic Champion. - Silken Laumann





3. Pada tahun 2015, saya telah mendaftar sebanyak 45 acara. Sertai 36 daripada keseluruhannya dari jarak 5km hinggalah 50km. Beberapa DNS, dan cancelled seperti BSNPNM dan SCKLM atas fakto jerebu. Walau apa juga bilangannya, yang paling penting adalah pengalaman, proses, segala ups dan downs dalam setiap acara memberikan pembelajaran yang sangat berguna. Bertuah rasanya pabila dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan pelari pada tahun 2015. Terima kasih atas segala panduan dan perkongsian pengalaman serta turut sama berjuang dalam cabaran.

4. Saya menjangkakan kurang medal/acara untuk saya sertai pada tahun 2016 kerana saya akan lebih selektif. Pelbagai faktor perlu dipertimbangkan seperti yuran, lokasi, prestij acara, acara baharu dan sebagainya. Namun, saya akan terus memeriahkan, serta berlari di sana dan sini.  Moga kita semua dimurahkan rezeki, diberikan nikmat kelapangan serta kesihatan dan boleh terus kekal aktif. Selamat maju jaya.

5. Untuk pengalaman acara-acara tahun 2015, boleh di klik di pautan seperti berikut. Ada acara yang ok, ada yang so-so, ada yang melebihi ekspektasi.

 The FMs & 50km  - Gme's Major 
     (1) Condura Skyway Maraton 
     (2) Tokyo Marathon 
     (8) Kuching Marathon 
     (11) Park Marathon 
      
The HMs

     (2) RHB Half Marathon

The 10kms
     (3) Larian Sehati Sejiwa
  The 5kms/6kms/12kms/26kms
      (2) 100 Plus Outrun
      (4) King Of Bukit Larut 
      (5) 9 To 5 Run 
      (6) Live Great Run 
      (7) Larian Bendang 
      (8) Turtle Beach Run 
      (10) IEM Engineer's Run
      (11) Electric Run 
      (12) EE Run Putrajaya 
      (14) Malaysian Unity Run 
      (15) ERASE Run UM 








Park Marathon 2015

27 Disember 2015 
Taman Rekreasi Bukit Jalil 
6:00 pagi

1. Seminggu selepas Melaka Marathon, saya kembali bermarathon di Park Marathon 2015. Ini merupakan marathon ke-34, dan yg ke-8 tahun ini. Ia juga merupakan acara penutup kalendar larian saya tahun 2015.

2. Format Park M adalah berlari sebanyak 16 pusingan taman bukit jalil, di mana satu pusingan adalah sekitar 2.7km. Cabaran adalah laluan berbukit, serta cuaca yang panas selepas jam 7 pagi.

3. Hampir 82 orang mendaftar acara ini, maka, ia umpama reunion bersama rakan-rakan marathoner. Water Station/Support station lengkap dengan air, isotonik, biskut, coke, aiskrim, gula-gula dan sebagainya. Sentiasa well stocked.

4. Saya tamat dalam 5:55, bawah cut off yang saya pilih iaitu 6:00hrs. Gembira dapat kembali menamatkan FM dalam cut off (selepas terlebih cutoff di Melaka). Yang penting tanpa kecederaan, dan meeriangkan. Seronok dan bersemangat menamatkan FM pabila rakan-rakan yang tidak sertai turut memeriahkan suasana dan memberi sokongan. Terima kasih.

5.  Keseluruhannya, satu penganjuran acara yang baik. Tahniah penganjur, sukarelawan, penyokong dan semestinya semua yang tamat/tidak tamat dalam masa yang diinginkan. Yang penting pengalaman bermarathon dalam taman amatlah bermakna.

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...