26 April 2015
Bukit Larut, Taiping
7:30 am
10km | 20km | 26km
Bukit Larut, Taiping
7:30 am
10km | 20km | 26km
1. Edisi ke-2 KOBL kali ini menyaksikan lebih ramai pelari berbanding tahun lepas. Meriah dengan lebih 400 orang untuk menawan Bukit Larut.
2. Cuaca pagi Ahad adalah cerah dan baik. Kategori 26km dilepaskan pada 7:30 am, selepas taklimat acara dan nyanyian lagu Negaraku.
3. Seperti biasa, kelihatan ramai muka-muka dikenali. Bergambar. Di samping itu, berkenalan dengan rakan-rakan baharu.
4. Laluan adalah dari kaki bukit larut melalui jalan bertar mendaki lebih 1,300m ke Pencawang TM, hampir 13km sehala. Permandangan indah suasana pagi bandar Taiping dapat dilihat di puncak bukit larut. Segmen laluan dari kawasan peranginan bukit larut ke pencawang TM agak kurang dilalui (kawasan ini tidak dibuka pada hari biasa), kelihatan lumut-lumut hijau menghiasi dinding-dinding tebing.
5. Beberapa laluan agak licin di sepanjang jalan. Pelari perlu berhati-hati. Prestasi saya adalah:
2:21 naik
1:35 turun, dengan 3:56 untuk keseluruhan (c/o 4:30). Penat mendaki, namun kepuasan terpancar menyaksikan permandangan indah. Seronok dapat sekali lagi menamatkan KOBL. Kali ini, berjaya luangkan masa untuk naik jambatan gantung dan menikmati panorama indah di atas Bukit Larut.
2:21 naik
1:35 turun, dengan 3:56 untuk keseluruhan (c/o 4:30). Penat mendaki, namun kepuasan terpancar menyaksikan permandangan indah. Seronok dapat sekali lagi menamatkan KOBL. Kali ini, berjaya luangkan masa untuk naik jambatan gantung dan menikmati panorama indah di atas Bukit Larut.
6. Seperti biasa, aktiviti selepas run adalah bergambar dengan rakan-rakan pelari, berehat menikmati makanan, sambil memberikan sokongan kepada rakan-rakan yg baru sampai ke garisan penamat. Wah, tahun ni ada hadiah khas untuk kategori Best Dress.
7. Secara keseluruhannya, edisi kali ini juga dianjurkan dengan baik. WS mencukupi air, post race disediakan nasi lemak, cendol (bagi yg lewat sampai, cendol habis), 100plus dan air. Tahniah kepada semua, pelari, penganjur Team Pacat, sukarelawan, pasukan keselamatan dan semua yg terlibat, langsung mahupun tidak langsung. Jumpa lagi di KOBL 2016.
8. Selesai edisi runcation & makanthon bersama rakan-rakan di Taiping. Seronok beramah mesra dengan pelari-pelari. Kembali kepada rutin biasa minggu ini, bersedia untuk Big Race, Borneo Marathon selepas KOBL2015.
xoxo
No comments:
Post a Comment