19 April 2015
Dataran POJ Putrajaya
4:30 am
1. Kategori FM Dilepaskan selepas 4:30 pagi. Seperti biasa saya memulakan larian dari barisan belakang.
2. Laluan adalah seperti BSN PNM2013. Ada ups & downs, sepanjang highway di Putrajaya.
3. Cuaca panas menambahkan lagi keunikan ber FM di Putrajaya.
4. Dengan ber outfit kan beg race kit kitar semula yg dijadikan poncho, ia memberikan cabaran tambahan kepada saya. Kaki mulai malas selepas km27, di mana selepas itu hampir berjalan kaki sepenuhnya ke garisan penamat.
5. Terima kasih kepada team smile & team ayang ati - Badh atas support station . Begitu juga bro Fuad / doc Rafidah atas WS di km39-40 dan turut berlari iringi kami ke FL.
6. Menamatkan FM ke-29 dengan 6:51, 51 minit beyond cutoff 6:00. Terima kasih kepada rakan-rakan yg memberi sokongan di FL mahupun sepanjang jalan. Thanks bro Hisyam yg sama-sama mengharungi kepanasan sepanjang jalan.
7. Keseluruhannya, 3R dianjurkan dengan baik dalam beberapa segi, walaupun mulanya saya agak skeptikal atas penganjuran ini. Penambahbaikan adalah perlu seperti medik, post race hospitaliti kerana no Milo, no foods dan hanya pisang dan mineral water sahaja lepas lari. Volunteers yg peramah dan sporting di WS, surau tent, air sejuk, antara beberapa perkara positif yg ada.
8. Tahniah kepada semua, rakan2 FMV, FM-ers, rakan-rakan yg masuk pelbagai kategori lain, supporters dan semua yg terlibat langsung & tidak langsung. Seronok dapat jumpa rakan2 sebelum-semasa-selepas marathon.
9. Selesai Gme Marathon Challenge Edisi ke-29. Masa untuk berehat, recovery, back to basics dan seterusnya kembali muncul di #30 kurang 2 minggu dari sekarang.
p/s ; selain larian, ada karnival mempromosikan 3R dan konsert di tapak larian.
No comments:
Post a Comment