Tuesday, 24 February 2015

Tokyo Marathon 2015 - Race Day

22 Feb 2015
9:10 am
Mula : Tokyo Metropolitan Governement Building
Tamat : Tokyo Big Sight
Pre-Race
1. Datang ke Gate sekitar jam 7:45. Mudah mencari Gate di mana terdapatnya volunteers yang menunjuk arah. Anda disambut dengan volunteer yang peramah. Beratur masuk Gate, pemeriksaan keselamatan, seterusnya hantar luggage di trak masing-masing. Memang  sistematik. Gate dengan multiple entry ke Block masing-masing. Selesai depositkan bag, saya segera mendapatkan pocari sweat, pisang, tomato dan apple food.
2. Suasana pagi yang agak dingin selepas hujan tidak menghalang keterujaan semua pelari. Semuanya begitu teratur, pengumuman demi pengumuman dari penganjur juga jelas dan dapat didengar hingga ke Blok K (last blok).  Semua bergegas masuk ke blok masing-masing sebelum 8:45 am. Sekiranya ingin ke toilet, barisan amat panjang pada masa ini.
3. Sekitar 8:30 saya memasuki blok saya, Blok J (yg ke-2 terakhir). Pelari-pelari pelbagai pakaian warna-warni mula memasuki blok masing-masing. Atmosfera sungguh mengujakan. Walaupun amat sejuk.
4. Selepas ucapan, pengenalan pelari elit serta nyanyian lagu kebangsaan jepun, jam 9;10 am marathon dilepaskan. Lagu-lagu menaikkan semangat pelari dimainkan. Blok demi blok mula berlari. Saya melintasi garisan permulaan sekitar 15 minit, dengan ambil kira berhenti ambil gambar suasana kawasan perlepasan.
The Tokyo Big Marathon Festa 2015
5. Dengan Festa ini, maka pelari serta penyokong dihiburkan dengan sekurang-kurangnya 28 persembahan jalanan di spot tertentu. Persembahan termasuklah Japanese fold dance, orchestra, band, hula dance, cheer dance, drum performance dsbnya.
6. Di samping itu, laungan semangat oleh penyokong-penyokong sepanjang jalan memberikan  motivasi kepada pelari. Ya, penyokong-penyokong di Tokyo Marathon sangat mengujakan. Laungan Gambatte Kudasai kedengaran, hi-five sana-sini kiri dan kanan.
7. Selain, hospitality yang disediakan seperti tomato, air, pocari sweat, bun, gula-gula, pelari tidak keputusan makanan dan sokongan kerana sepanjang laluan terdapat peyokong menyediakan makanan seperti sup, cokelat, coke, apple jus, sake etc. Begitu juga dengan spray, juga terdapat disediakan penyokong. Memang meriah.
8. Berwarna-warni: Itulah suasana festa, dengan pelari-pelari berkostum serta penyokong pun ada yang berkostum.
9. Laluan 42.195km Tokyo Marathon meliputi Shinjuku, Shinagawa,Asakusa, Ginza, Tsukiji, Ariake, dan seterusnya tamat di Tokyo Big Sight. Sepanjang laluan boleh saksikan mercu-mercu Tokyo seperti  Kaminarimon Gate, Tokyo Tower, Skytree. Saya suka suasana di Asakusa dan Ginza. Atmosfera mengujakan.
Prestasi Saya
10. Saya belari dengan target pace hingga ke KM10, dengan 1 toilet break di KM3, di hostel penginapan. Laluan marathon melintasi betul-betul depan hostel, Ace Inn Shinjuku.  Berjaya mengawal pace serta tidak banyak berhenti (termasuklah bergambar) melainkan di WS sehingga KM25.
11. Menghampiri km28, saya mula mencongak-congak prestasi, sasaran mula diubah kepada sub-5. Berapa kali saya berhenti menyaksikan persembahan yang disajikan sambil melegakan kaki yang penat dan melawan kesejukan.
12. Selepas km30 ke garisan penamat, saya berhenti di setiap WS serta di beberapa spot yg menyediakan makanan oleh penyokong.  Sesungguhnya  adalah tidak sanggup untuk berjalan lama-lama kerana dengan sorakan padu dari penyokong-penyokong kiri dan kanan laluan memberikan anda semangat untuk terus melanngkah.
13. Saya melintasi garisan penamat dengan 4:59, melangkah dengan keyakinan mengibarkan Jalur Gemilang, sambil terdengar sorakan Malaysia Boleh oleh beberapa penyokong Malaysia di Astaka Penamat. 195 METER ke garisan penamat memang mengujakan di mana akan diberikan tepukan gemuruh oleh semua penyokong sambil diserikan persembahan drum.
Penamat
14. Selesai merakam potret kenangan di garisan penamat, dalam keadaan cuaca masih sejuk walaupun melewati 2 petang, terus diselimutkan dengan tuala penamat oleh volunteer yang peramah,dikalungkan medal, seterusnya ambil  post race hospitality seperti limau, air, pisang, cookies.
15. Dari situ, terus ke baggage collection,  berpandukan track number masing-masing yg dipaparkan sejelasnya, urusan tak sampai 3 minit. Selesai ambil beg, beransur ke dewan persalinan yang besar. Ada medic area, massage area, akupuntur, Asahi, serta beberapa booth penaja lain. Selesai tukar kepada pakaian kering, seterusnya ke dewan berikutnya untuk ke meeting point.
16. Di meeting point hall, suasana meriah pabila runners dan supporters bertemu dan saling ucap tahniah.
17. Bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan Team Malaysia yang lain, bergambar serta beramah mesra dan ucapan tahniah.
18. Selesai urusan selepas semua rakan-rakan bertemu, dan keluar dewan, seperti biasa volunteer akan tunjukkan anda ke laluan keluar ke train station etc.
Keseluruhan
19. Tokyo Marathon menepati ekspektasi saya sebagai World Marathon Majors dan IAAF Gold Label Event serta  Citizen Marathon in Tokyo, Penganjuran yang sangat baik, teliti, efisien dalam semua segi.  Semua pihak di sini senyum dan ceria dari volunteers hinggalah supporters dan petugas-petugas. Bersedia untuk kembali berlari di Tokyo, sekiranya terpilih untuk ballot akan datang.
20. Tamatlah marathon weekend yang singkat, penuh bermakna buat saya. Kegembiraan adalah menikmati larian/runcation bersama rakan-rakan.
21. Marathon bilangan 28 serta World Marathon Major saya yang pertama selesai. Hingga bertemu di episode yang lain.
XOXO

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...