Sunday, 1 February 2015

Marathon #27 : Condura Skyway Marathon


Condura Skyway Marathon

1 Februari 2015
12:00 am
Filinvest City, The Philippines

1. Hadir ke tapak race sekitar jam 11:00 malam. Beramah mesra dengan rakan-rakan sebelum masuk ke wave masing-masing 11:30 malam. Terdapat wave A hingga K. Saya berada wave D.

2. Pelepasan adalah di jalan menghala ke Skyway. Dimulakan dengan lagu kebangsaan Filipina,kemudian ucapan laluan terhadap hero-hero askar Filipina. Terdapat band askar mengiringi pelepasan yg bermula jam 12:00 malam.

3. Selepas 10minit, saya memulakan larian. Laluan Condura Skyway Marathon ini adalah sepenuhnya atas highway. Teringat kenangan DUKE, AKLEH dan PBIM semua. Terdapat 4-u-turn sepanjang laluan.

4. Cuaca sejuk dan berangin awal pagi Ahad memberikan keselesaan kepada pelari. Kebanyakan bahagian laluan adalah rata, dan hanya mendaki saat susur keluar dan beberapa ratus meter ke garisan penamat.

5. Berlari awal-awal pagi memang mengantuk, sekurang-kurangnya untuk saya. Seperti Sundown, DI CSM saya be rehat melelapkan mata seketika di WS selepas 30km. Selepas hampir 6jam, saya menamatkan cabaran marathon ke-27, dan pertama untuk 2015.

6. Tamat, dikalungkan medal penamat (yg sangat besar) oleh askar bertugas. Post race hospitaliti ter masuk gatarode, pisang dan mineral water. Seperti biasa selepas cooling down, sesi bergambar dengan rakan-rakan dan memberi sokongan kepada rakan-rakan yg masih berjuang.

7. Secara keseluruhannya, CSM dianjurkan dengan Baik, menepati statusnya "premier running event of the Philippines". Water station adalah hampir setiap 2km, terdapat Gatorade sejuk, medik yang cukup dengan krim-krim panas, toilet yang banyak. Pelepasan secara wave melancarkan kerana ruang susur masuk ke Skyway agak sempit sebelum masuk ke jalan 3 lorong. Beberapa band memainkan muzik atas skyway. Oh ya cute bila Jeepney jadi sweeper bus. Terdapat konsert dan gerak-gerai penaja berkaitan di race village, yg berlokasi tengah padang depan Crimson Hotel, Filinvest City.

8. Tahniah kepada semua rakan yg menamatkan cabaran dengan jaya dan memeriahkan runcation ini Moga jumpa di lain masa dan terus memberi/mendapat inspirasi untuk terus berlari.

Keputusan: net time: 5:54 gun time : 6:06 , rank 2593/5022

2 comments:

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...