Parking A, Stadium Nasional Bukit Jalil
5:00 am
8 February 2015
21km | 10km | 3km
1. Kategori 21 km Dilepaskan pada 5.01 am selepas nyanyian Negaraku. Memilih untuk bermula dari kelompok pertengahan. Laluan membawa pelari menuju ke SNBJ - pertama kali berlari 1km pertama sekitar stadium.
2. Masuk ke laluan Astro, menuju ke lebuhraya KL-Serrmban, masuk susur ke Bukit Jalil, laluan mula mendaki depan lrt. Dari situ masuk simpang ke depan golf resort. Sedikit mendaki di laluan tepi tangki air besar.
3. Seterusnya lalu depan taman bukit jalil menuju ke jalan Jalil perkasa, masuk ke laluan bawah highway MEX. Saya berhenti di semua WS, dan subuh di km13. Suka surau disediakan tangki air, pelikat, telekung dan selesa.
4. Terus berlari hingga km15, saya mula berjalan agak lama di kawasan berbukit , berdekatan apartment Jalan Mesra Ria. Dari 16 hingga u-turn di km17.5 agak landai. Dari km18 terus berlari hingga ke garisan penamat. Seronok bila laluan bergabung dengan kategori 10km. Dapat saling bermotivasi.
5. Tamat dengan jam besar 2:20 dan garmin 2:19. Suatu catatan menggembirakan saya kerana berjaya capai bawah 2:30. Segera dapatkan post race hospitality di finish area. Disediakan pisang, 100+, mineral, aiskrim juga.
6. Selesai cooling down, sesi beramah mesra Dan bergambar2 dengan rakan2 pelari. Meriah semua. Seronok dapat jumpa rakan2 terutamanya lama tak jumpa dalam acara. Selain itu, dapat tambah kenalan baharu juga hari ini. Tahniah diucapkan kepada semua.
7. Keseluruhannya, RHB HM dianjurkan secara baik. WS yang terjaga dan mencukupi air, trafik terkawal, laluan yang Ada rata Ada mendaki, kemudahan surau, post race hospitality, Ada kategori best dress utk fun run/family run, ada zumba, persembahan percussion, pertunjukan silat, photo booth juga. Cuaca awal pagi ini juga baik, flag off jam 5:00 memang bersesuaian. Bilangan keseluruhan pelari mungkin 5K juga baik dan tidak menyesakkan.
8. Mungkin medal jelah kot "drawback" kerana semua sama tanpa perincian kategori. Tapi saya tidak kisah sangat , kerana yang penting dapat menikmati larian bersama rakan2 dengan penganjuran berkualiti. Hingga bertemu di larian akan datang.
xoxo
Terima kasih diatas perkongsian cerita dan pengalaman.
ReplyDeletethanks Nizam. nice meeting u at RHB.
Delete