9:10 am
Mula : Tokyo Metropolitan Governement Building
Tamat : Tokyo Big Sight
XOXO
19 February 2015
Tokyo Big Sight
1. Bertolak dari Shinjuku menaiki metro subway dan tukar ke JR monorail, berhenti di Ariake.
2. Urusan REPC sangat mudah dan cepat. Khamis masih tidak ramai, Q tidak panjang. Tambahan ada kaunter khas untuk overseas runners.
3. Ambil bib, kemudian tshirt , dan check timing chip. Semua selesai dalam masa tak sampai 5minit. Super efisien dan servis yg disertai senyuman oleh volunteers.
4. Selesai ambil bib, masuk ke ruang expo, terdapat museum Tokyo Marathon, menceritakan sejarah Tokyo M. Ada wall of fame menenaraikan 36,000 nama pelari Tokyo M 2015.
5. Gerai-gerai penaja banyak di aras atas dewan. Terdapat freebies seperti Asahi, Towel Dan sebagainya diberikan.
6. Seterusnya, bergerak ke aras bawa dewan yg besar. Terdapat booth Asics yg sangat Besar, menjual banyak T-shirt, kasut Dan lain-lain.
7. Gerai-gerai lain juga tidak kurang meriah, ber warna warni. Mahal dan murah semua ada.
8. Selain itu, terdapat booth Marathon lain di sini. Terharu booth Borneo Marathon juga ada.
Selesai hampir 5 jam di expo, segera pulang ke hostel.
Lama tidak update blog.
Tengah mencari idea untuk catatan pengalaman Tokyo Marathon 2015.
Akan bahagikan laporan kepada beberapa segment:
Part 1 : REPC & Expo
Part 2 : Shinjuku Fun Run
Part 3 : International Friendship Run
Part 4 : Race Day
Stay tuned!
Parking A, Stadium Nasional Bukit Jalil
5:00 am
8 February 2015
21km | 10km | 3km
1. Kategori 21 km Dilepaskan pada 5.01 am selepas nyanyian Negaraku. Memilih untuk bermula dari kelompok pertengahan. Laluan membawa pelari menuju ke SNBJ - pertama kali berlari 1km pertama sekitar stadium.
2. Masuk ke laluan Astro, menuju ke lebuhraya KL-Serrmban, masuk susur ke Bukit Jalil, laluan mula mendaki depan lrt. Dari situ masuk simpang ke depan golf resort. Sedikit mendaki di laluan tepi tangki air besar.
3. Seterusnya lalu depan taman bukit jalil menuju ke jalan Jalil perkasa, masuk ke laluan bawah highway MEX. Saya berhenti di semua WS, dan subuh di km13. Suka surau disediakan tangki air, pelikat, telekung dan selesa.
4. Terus berlari hingga km15, saya mula berjalan agak lama di kawasan berbukit , berdekatan apartment Jalan Mesra Ria. Dari 16 hingga u-turn di km17.5 agak landai. Dari km18 terus berlari hingga ke garisan penamat. Seronok bila laluan bergabung dengan kategori 10km. Dapat saling bermotivasi.
5. Tamat dengan jam besar 2:20 dan garmin 2:19. Suatu catatan menggembirakan saya kerana berjaya capai bawah 2:30. Segera dapatkan post race hospitality di finish area. Disediakan pisang, 100+, mineral, aiskrim juga.
6. Selesai cooling down, sesi beramah mesra Dan bergambar2 dengan rakan2 pelari. Meriah semua. Seronok dapat jumpa rakan2 terutamanya lama tak jumpa dalam acara. Selain itu, dapat tambah kenalan baharu juga hari ini. Tahniah diucapkan kepada semua.
7. Keseluruhannya, RHB HM dianjurkan secara baik. WS yang terjaga dan mencukupi air, trafik terkawal, laluan yang Ada rata Ada mendaki, kemudahan surau, post race hospitality, Ada kategori best dress utk fun run/family run, ada zumba, persembahan percussion, pertunjukan silat, photo booth juga. Cuaca awal pagi ini juga baik, flag off jam 5:00 memang bersesuaian. Bilangan keseluruhan pelari mungkin 5K juga baik dan tidak menyesakkan.
8. Mungkin medal jelah kot "drawback" kerana semua sama tanpa perincian kategori. Tapi saya tidak kisah sangat , kerana yang penting dapat menikmati larian bersama rakan2 dengan penganjuran berkualiti. Hingga bertemu di larian akan datang.
xoxo
Condura Skyway Marathon
1 Februari 2015
12:00 am
Filinvest City, The Philippines
1. Hadir ke tapak race sekitar jam 11:00 malam. Beramah mesra dengan rakan-rakan sebelum masuk ke wave masing-masing 11:30 malam. Terdapat wave A hingga K. Saya berada wave D.
2. Pelepasan adalah di jalan menghala ke Skyway. Dimulakan dengan lagu kebangsaan Filipina,kemudian ucapan laluan terhadap hero-hero askar Filipina. Terdapat band askar mengiringi pelepasan yg bermula jam 12:00 malam.
3. Selepas 10minit, saya memulakan larian. Laluan Condura Skyway Marathon ini adalah sepenuhnya atas highway. Teringat kenangan DUKE, AKLEH dan PBIM semua. Terdapat 4-u-turn sepanjang laluan.
4. Cuaca sejuk dan berangin awal pagi Ahad memberikan keselesaan kepada pelari. Kebanyakan bahagian laluan adalah rata, dan hanya mendaki saat susur keluar dan beberapa ratus meter ke garisan penamat.
5. Berlari awal-awal pagi memang mengantuk, sekurang-kurangnya untuk saya. Seperti Sundown, DI CSM saya be rehat melelapkan mata seketika di WS selepas 30km. Selepas hampir 6jam, saya menamatkan cabaran marathon ke-27, dan pertama untuk 2015.
6. Tamat, dikalungkan medal penamat (yg sangat besar) oleh askar bertugas. Post race hospitaliti ter masuk gatarode, pisang dan mineral water. Seperti biasa selepas cooling down, sesi bergambar dengan rakan-rakan dan memberi sokongan kepada rakan-rakan yg masih berjuang.
7. Secara keseluruhannya, CSM dianjurkan dengan Baik, menepati statusnya "premier running event of the Philippines". Water station adalah hampir setiap 2km, terdapat Gatorade sejuk, medik yang cukup dengan krim-krim panas, toilet yang banyak. Pelepasan secara wave melancarkan kerana ruang susur masuk ke Skyway agak sempit sebelum masuk ke jalan 3 lorong. Beberapa band memainkan muzik atas skyway. Oh ya cute bila Jeepney jadi sweeper bus. Terdapat konsert dan gerak-gerai penaja berkaitan di race village, yg berlokasi tengah padang depan Crimson Hotel, Filinvest City.
8. Tahniah kepada semua rakan yg menamatkan cabaran dengan jaya dan memeriahkan runcation ini Moga jumpa di lain masa dan terus memberi/mendapat inspirasi untuk terus berlari.
Keputusan: net time: 5:54 gun time : 6:06 , rank 2593/5022
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...