Sunday, 4 January 2015

2014 Gme Choice Awards (Eh)

Rasa belum terlambat untuk buat recap bagi tahun 2014.
Pada bulan Jun 2014, saya buat imbasan bagi acara-acara pilihan saya sehingga 30 Jun 2014.

Secara keseluruhannya, sebanyak 41 acara saya sertai pada tahun 2014. Berikut adalah 2014 Gme Choice Awards , setelah mengambil kira separuh tahun pertama dan kedua.

(1) Acara Pilihan:

King of Bukit Larut, Taiping: hospitaliti terbaik, race course yg cantik dan bukit mencabar, bilangan peserta yang tidak terlalu sesak.

(2) Acara Terjauh Pilihan:

Putrajaya - P100: acara jarak paling jauh pernah saya lalui sama ada LSD/event, 78km, melatih untuk self-plan strategy on how to survive and complete the challenge, seronok bersama dengan same-minded runners, berkongsi pengalaman masing-masing. Dan cuaca panas, laluan beralun di putrajaya memang ramuan terbaik menguji kesabaran mental dan fizikal.


(3) Larian Amal Pilihan: Autism Run, saya sertai beberapa larian atas nama "charity" pada tahun 2014, dan  Autism Run oleh UKM menjadi pilihan atas faktor hospitaliti, crowds, yuran yang murah, medal yang berbaloi (walaupun saya tak kejar sangat medal, namun, ia motivasi yang baik bagi kebanyakan pelari).


(4) Marathon Pilihan Dalam Negara :

1. Kuching Marathon - edisi pertama yang boleh saya simpulkan sebagai berjaya, hospitaliti baik, sokongan padu masyarakat setempat, nice route, cuaca juga.

2. SC Kuala Lumpur Marathon - laluan baharu di DUKE/AKLEH memberikan cabaran menarik kepada pelari, bilangan FM runners yang meningkat, meriah. Hospitaliti bertambah baik dari 2013.


(5) Marathon Pilihan Luar Negara 

1. Fujisan Marathon - marathon pertama saya di Jepun. Musim luruh, tepi tasik, gunung Fuji dalam pandangan, hospitaliti terbaik.

2. Rotterdam Marathon
tidak terlalu sesak seperti di Paris (sekadar perbandingan, tapi Paris berada di kelas tersendiri – perbandingan ini dibuat berdasarkan pengalaman saya di Paris 2013, IAAF Gold Label Event, support system yang mencukupi dan lengkap.

3. Hatyai Marathon  - edisi makanthon, hospitaliti terbaik, dan ianya Thailand.



(6) Penambahbaikan Pilihan:


NM Galaxy Road Run Series 2 ; Berjaya meningkatkan kualiti penganjuran berbanding dengan series 1 , dan series 4 larian ini dikecam dengan kritikan kerana mereka gagal deliver apa yang dijanjikan. 


(7) Acara Jarak Bawah 21km Pilihan :

1. Live Great Run - buat kali ke-3 berturut-turut saya sertai, yuran masih sama, hospitaliti terbaik

2. GE JB10km - pertama kali sertai larian di JB, hospitaliti baik, laluan flat, yuran berpatutatan.




(8) Acara Trail Pilihan: Maeps Mardi Trail Running 2014, satu-satunya event trail saya di  2014.


(9) Acara Climbathon/Towerthon Pilihan.


1. Gunung Datuk Challenge; pertama kali mendaki gunung datuk
2. Climb For Green, Penang Hill; pertama kali daki bukit bendera Penang.
3. KL Towerthon 

**Mungkin pada tahun 2015, saya harus cuba KOMTAR towerthon pula.


Acara Perlu Penambahbaikan (Merangkap Acara Bukan Pilihan)


1. Melaka River International Marathon; event ini sangatlah “Taiping International Marathon” 2012 – mujur dia tak bagi air POP je sebagai ganti WS xde air. Komen lain rasanya sama seperti komen-komen yang ada dif b page mereka (tu pun kalau mereka tak delete mcm lagi satu event yg juga bukan pilihan)

2. Kuantan HM – event ini mmg sangat “epic” teringat komen-komen runners yg beri cadangan di ‘delete di page tersebut. Memang race course dia menarik, namun, seawall WS pertama dah tak de air, trafik control teruk dbsnya. Komen-komen lain boleh rujuk dif b event ni, tupun kalau dia x delete abis.
Walau apapun, outcome daripada setiap event, keseronokan larian adalah saat kebersamaan dengan rakan-rakan. Kerana larian harus dinikmati bersama. 

3. Energizer Night Run - sesak seawal 300meter daripada pelepasan, malam, dan over publicity.

4. Penang Bridge International Marathon : satu lagi "international" marathon yang kelam kabut selepas larian, waima sebelum larian dah sesak, dengan lori di depan garisan permulaan, laluan jambatan yang bosan.


Walau apapun berlaku, musim 2014 suatu musim indah dengan bermacam kenangan. Seronok bertemu dengan ramai rakan larian pada tahun 2014.

Memasuki tahun 2015, saya harap moga terus mendapat/memberi inspirasi kepada/daripada rakan-rakan lain untuk terus memeriahkan dunia larian.

**Untuk senarai penuh acara 2014 saya, boleh click di sini: http://coretangme.blogspot.com/2014/12/road-to-season-finale-40.html

XOXO

No comments:

Post a Comment

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...