Sunday, 11 January 2015

1/2015: Penang Run 2014/2015 - Series 3

11 January 2015
Bangunan MPSP
5:30 am
21km | 8km | 3 km

1. Dilepaskan pada 5:30 am, dengan lebih 1,000 pelari. Laluan adalah melalui Bandar Perda ke Jalan menghala Bukit Mertajam, masuk ke laluan kampung, lalu depan UiTM, Politeknik dan seterusnya masuk semula ke Bandar Perda.

2. Laluan rata, dengan beberapa tempat agak gelap. Saya berlari seperti biasa pace riang ria sehingga ke km-8, berhenti subuh. Di sepanjang laluan, banyak masjid, selesa untuk bersolat. Meneruskan semula larian kekalkan pace 7:00 agar harap nya dapat sub2:30.

3. Laluan di km11 ke km15 cantik, sawah padi di tepi Jalan. Suasana damai pagi menenangkan. Sepanjang laluan disediakan WS sekitar 3-4km, dengan Revive sejuk juga ada.

4. Menghampiri km21.1, mula menyedari harapan sub2:30 agak pudar, kerana u-turn terakhir bagai kan selamanya untuk sampai ke garisan penamat di dalam kompleks MPSP.

5. Menamatkan cabaran dengan 2:31, jarak hampir 22km. Tetap gembira, berlari mengimbau kenangan HM saya yang pertama. Beramah mesra dengan kenalan larian sepanjang laluan. Suatu pembukaan tirai 2015 yg mengujakan.

6. Tamat, diberikan medal Dan seterusnya mendapat kan hospitaliti nasi lemak, revive, tembikai, taufufa, karipap,cereal dan Milo. Kenyang. Hehe. Sesi diteruskan dengan bergambar-gambar, taman mesra, serta memberikan sokongan kepada rakan-rakan yg masih berlari.

7. Dengan ada nya family run serta fun run, penutup siri 3 Penang Run 2014/2015 meriah. Kanak-kanak diberikan Belon, disamping kelihatan pelari-pelari dengan best dress masing-masing. senamrobik juga ada.

8. Penutup boleh Ketua Menteri Pulau Penang, dan terdapat juga lucky draw. Tahniah pada rakan-rakan yg dapat hadiah. Keseluruhannya, larian harini adalah Baik, penuh memori dan menyeronokkan dapat bersua dan menikmati LARIAN bersama rakan2, terutamanya pelari-pelari Utara. Hingga bertemu lagi dilarian akan datang.

xoxo

1 comment:

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...