Wednesday, 28 January 2015

Gme Marathon Challenge 2015

Hujung minggu ini saya akan membuka tirai marathon bagi tahun 2015.

Destinasi: Manila.

Sedikit imbasan, bilangan marathon terdahulu  adalah seperti berikut:
2012: 1
2013: 13
2014: 12

Untuk tahun 2015, saya masih akan menyertai marathon tradisi di Malaysia seperti KL, Penang, Kuching, Kota Kinabalu dan beberapa tempat lain sama ada dalam dan luar luar negara.

Moga terus bermotivasi untuk cabaran 2015.

Sunday, 25 January 2015

2/2015: 100 Plus Outrunner

Putrajaya
24 Jan 2015
12km | 9km | 6km
8:00 malam
POJ

1. Saya mendaftarkan diri utk kategori 9km. Berbekalkan "kepenatan" jarak 32km pada siang hari, maka larian malam ini adalah riang ria 9km.

2. 12 km dilepaskan 8:00, 9km Dilepaskan 8:15 dan 6km pada 8:30. Terdapat bunga api selepas flag off. Seperti biasa, sebelum masuk ke corral masing-masing, sesi ramah mesra bersama rakan-rakan larian, serta ucapan selamat.

3. Selepas menyaksikan pelepasan 12km, saya bersedia untuk 9km. Mengambil peluang untuk memulakan larian dari kelompok belakang. Berlari dengan pace bawah 6:00 hingga km2, tatkala garmin mati. Seterusnya, dengan memulakan segala gajet, berlari riang-ria sambil menyapa rakan-rakan dan ada yg menegur mengenai pakaian saya. :). Berhenti di setiap stesen air.

4. Laluan adalah hampir sama dengan larian-larian lain di Putrajaya, maka,sedikit sebanyak  memberi keselesaan kepada saya untuk berlari tanpa tekanan. Terdapat volunteer yg bersorak di atas jambatan menghala ke PICC, meriah.

5. Berlari dengan mood riang ria, saya menamatkan larian dengan catatan di jam besar 55minit. Yeay. Senyum. Lantas ambil finisher pack. Rehat , legakan kaki , sambil menanti/memberi sokongan kepada rakan-rakan lain.

6. Menutup aktiviti adalah sesi bergambar, selfie sana sini bersama rakan2 pelari. Seronok dapat ber jumpa dan berkenalan dengan pelari-pelari. Tahniah semua , PB or no PB, waima apa jua kategori anda.

7. Keseluruhannya, pada hemat saya, penganjuran malam ini adalah baik. Terdapat air 100plus sblm larian, booth, ruang start/finish berasingan memberikan keselesaan, post race snack yg lengkap, dan aspek2 utama terkawal.

Sunday, 11 January 2015

1/2015: Penang Run 2014/2015 - Series 3

11 January 2015
Bangunan MPSP
5:30 am
21km | 8km | 3 km

1. Dilepaskan pada 5:30 am, dengan lebih 1,000 pelari. Laluan adalah melalui Bandar Perda ke Jalan menghala Bukit Mertajam, masuk ke laluan kampung, lalu depan UiTM, Politeknik dan seterusnya masuk semula ke Bandar Perda.

2. Laluan rata, dengan beberapa tempat agak gelap. Saya berlari seperti biasa pace riang ria sehingga ke km-8, berhenti subuh. Di sepanjang laluan, banyak masjid, selesa untuk bersolat. Meneruskan semula larian kekalkan pace 7:00 agar harap nya dapat sub2:30.

3. Laluan di km11 ke km15 cantik, sawah padi di tepi Jalan. Suasana damai pagi menenangkan. Sepanjang laluan disediakan WS sekitar 3-4km, dengan Revive sejuk juga ada.

4. Menghampiri km21.1, mula menyedari harapan sub2:30 agak pudar, kerana u-turn terakhir bagai kan selamanya untuk sampai ke garisan penamat di dalam kompleks MPSP.

5. Menamatkan cabaran dengan 2:31, jarak hampir 22km. Tetap gembira, berlari mengimbau kenangan HM saya yang pertama. Beramah mesra dengan kenalan larian sepanjang laluan. Suatu pembukaan tirai 2015 yg mengujakan.

6. Tamat, diberikan medal Dan seterusnya mendapat kan hospitaliti nasi lemak, revive, tembikai, taufufa, karipap,cereal dan Milo. Kenyang. Hehe. Sesi diteruskan dengan bergambar-gambar, taman mesra, serta memberikan sokongan kepada rakan-rakan yg masih berlari.

7. Dengan ada nya family run serta fun run, penutup siri 3 Penang Run 2014/2015 meriah. Kanak-kanak diberikan Belon, disamping kelihatan pelari-pelari dengan best dress masing-masing. senamrobik juga ada.

8. Penutup boleh Ketua Menteri Pulau Penang, dan terdapat juga lucky draw. Tahniah pada rakan-rakan yg dapat hadiah. Keseluruhannya, larian harini adalah Baik, penuh memori dan menyeronokkan dapat bersua dan menikmati LARIAN bersama rakan2, terutamanya pelari-pelari Utara. Hingga bertemu lagi dilarian akan datang.

xoxo

Sunday, 4 January 2015

2014 Gme Choice Awards (Eh)

Rasa belum terlambat untuk buat recap bagi tahun 2014.
Pada bulan Jun 2014, saya buat imbasan bagi acara-acara pilihan saya sehingga 30 Jun 2014.

Secara keseluruhannya, sebanyak 41 acara saya sertai pada tahun 2014. Berikut adalah 2014 Gme Choice Awards , setelah mengambil kira separuh tahun pertama dan kedua.

(1) Acara Pilihan:

King of Bukit Larut, Taiping: hospitaliti terbaik, race course yg cantik dan bukit mencabar, bilangan peserta yang tidak terlalu sesak.

(2) Acara Terjauh Pilihan:

Putrajaya - P100: acara jarak paling jauh pernah saya lalui sama ada LSD/event, 78km, melatih untuk self-plan strategy on how to survive and complete the challenge, seronok bersama dengan same-minded runners, berkongsi pengalaman masing-masing. Dan cuaca panas, laluan beralun di putrajaya memang ramuan terbaik menguji kesabaran mental dan fizikal.


(3) Larian Amal Pilihan: Autism Run, saya sertai beberapa larian atas nama "charity" pada tahun 2014, dan  Autism Run oleh UKM menjadi pilihan atas faktor hospitaliti, crowds, yuran yang murah, medal yang berbaloi (walaupun saya tak kejar sangat medal, namun, ia motivasi yang baik bagi kebanyakan pelari).


(4) Marathon Pilihan Dalam Negara :

1. Kuching Marathon - edisi pertama yang boleh saya simpulkan sebagai berjaya, hospitaliti baik, sokongan padu masyarakat setempat, nice route, cuaca juga.

2. SC Kuala Lumpur Marathon - laluan baharu di DUKE/AKLEH memberikan cabaran menarik kepada pelari, bilangan FM runners yang meningkat, meriah. Hospitaliti bertambah baik dari 2013.


(5) Marathon Pilihan Luar Negara 

1. Fujisan Marathon - marathon pertama saya di Jepun. Musim luruh, tepi tasik, gunung Fuji dalam pandangan, hospitaliti terbaik.

2. Rotterdam Marathon
tidak terlalu sesak seperti di Paris (sekadar perbandingan, tapi Paris berada di kelas tersendiri – perbandingan ini dibuat berdasarkan pengalaman saya di Paris 2013, IAAF Gold Label Event, support system yang mencukupi dan lengkap.

3. Hatyai Marathon  - edisi makanthon, hospitaliti terbaik, dan ianya Thailand.



(6) Penambahbaikan Pilihan:


NM Galaxy Road Run Series 2 ; Berjaya meningkatkan kualiti penganjuran berbanding dengan series 1 , dan series 4 larian ini dikecam dengan kritikan kerana mereka gagal deliver apa yang dijanjikan. 


(7) Acara Jarak Bawah 21km Pilihan :

1. Live Great Run - buat kali ke-3 berturut-turut saya sertai, yuran masih sama, hospitaliti terbaik

2. GE JB10km - pertama kali sertai larian di JB, hospitaliti baik, laluan flat, yuran berpatutatan.




(8) Acara Trail Pilihan: Maeps Mardi Trail Running 2014, satu-satunya event trail saya di  2014.


(9) Acara Climbathon/Towerthon Pilihan.


1. Gunung Datuk Challenge; pertama kali mendaki gunung datuk
2. Climb For Green, Penang Hill; pertama kali daki bukit bendera Penang.
3. KL Towerthon 

**Mungkin pada tahun 2015, saya harus cuba KOMTAR towerthon pula.


Acara Perlu Penambahbaikan (Merangkap Acara Bukan Pilihan)


1. Melaka River International Marathon; event ini sangatlah “Taiping International Marathon” 2012 – mujur dia tak bagi air POP je sebagai ganti WS xde air. Komen lain rasanya sama seperti komen-komen yang ada dif b page mereka (tu pun kalau mereka tak delete mcm lagi satu event yg juga bukan pilihan)

2. Kuantan HM – event ini mmg sangat “epic” teringat komen-komen runners yg beri cadangan di ‘delete di page tersebut. Memang race course dia menarik, namun, seawall WS pertama dah tak de air, trafik control teruk dbsnya. Komen-komen lain boleh rujuk dif b event ni, tupun kalau dia x delete abis.
Walau apapun, outcome daripada setiap event, keseronokan larian adalah saat kebersamaan dengan rakan-rakan. Kerana larian harus dinikmati bersama. 

3. Energizer Night Run - sesak seawal 300meter daripada pelepasan, malam, dan over publicity.

4. Penang Bridge International Marathon : satu lagi "international" marathon yang kelam kabut selepas larian, waima sebelum larian dah sesak, dengan lori di depan garisan permulaan, laluan jambatan yang bosan.


Walau apapun berlaku, musim 2014 suatu musim indah dengan bermacam kenangan. Seronok bertemu dengan ramai rakan larian pada tahun 2014.

Memasuki tahun 2015, saya harap moga terus mendapat/memberi inspirasi kepada/daripada rakan-rakan lain untuk terus memeriahkan dunia larian.

**Untuk senarai penuh acara 2014 saya, boleh click di sini: http://coretangme.blogspot.com/2014/12/road-to-season-finale-40.html

XOXO

KL Car Free Morning

4 Januari 2015
Dataran DBKL 
7:00 am

1. Mulai tahun 2015, KL Car Free Morning diadakan 2 kali sebulan iaitu Ahad minggu pertama dan ketiga.

2. Memandangkan hari ini tiada race di mana2, saya mengambil peluang untuk berlari 10km di laluan KLCFM ini. Berjaya habiskan 1.5loops. 

3. Edisi pertama 2015, meriah dengan kebanyakannya berbasikal. Dilepaskan agak lewat kerana Menteri Wilayah memberikan ucapan sempenan kempen kibarkan bendera Wilayah Persekutuan.

4. Rakan-rakan pelari pun ramai turut sertai pagi ini. Maka, seperti biasa, lari-jalan-gambar-lari-jalan. Selepas tamat 9:00 am, disediakan Milo dan air mineral untuk peserta. Selain itu, ada zumba dan lucky draw.

5. Seronok memulakan Ahad pertama tahun 2015 dengan berlarian riang bersama rakan-rakan.

Edisi berikutnya adalah pada 18 Januari 2015.

Thursday, 1 January 2015

2015 : Here's To A Great Year

2 Januari sudah. Selamat tahun baru 2015 kepada semua.

2014 meninggalkan pelbagai kenangan. Keseluruhannya, 2014 merupakan satu tahun yang meriah kepada saya. 41 acara dari awal tahun hinggalah ke hari terakhir 2014. Setiap satunya memberi kenangan tersendiri. Seronok dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan pada tahun 2014. Moga hubungan positif berterusan di tahun 2015, dan sama-sama memeriahkan dunia larian seadanya.

Untuk tahun 2015, saya berhasrat untuk lebih selektif dalam menyertai acara-acara. 

Dipetik daripada artikel dalam Running World, http://www.worldrunning.com/articles/top-10-running-resolutions/  , Berikut adalah 10 resolusi utama dalam larian.


1. Run further than you ever have before
2. Track your training
3. Beat your PB
4. Eat better 
5. Take care of your running body
6. Convert someone else to running
7. Run without tech
8. Do more cross training
9. Try new routes
10. Volunteer at a race


Walau apa juga resolusi anda, saya ucapkan selamat maju jaya di tahun 2015.

NEW YEAR EVE FUN RUN 2014

Mutiara Damansara
9 Malam
31 Disember 2014

1. Dilepaskan jam 9.00 malam. Emcee maklumkan jarak 4.7km. Cuaca selepas hujan. Laluan adalah melalui sekitar Mutiara Damansara menghala ke Bandar Utama dan kembali ke depan bangunan Kidzania utk penamat.

2. Satu WS, mencukupi dan laluan terkawal cuma persimpangan terakhir bunyi hon kedengaran. Tipikal.

3. Kebanyakan pelari berlari dengan Belon Dan lampu kecil yang dibekalkan. Saya berlari riang le garisan penamat dalam 32 minit.

4. Seperti biasa penamat diberikan medal, roti, air, pisang. Seterusnya sesi bergambar dengan rakan2 , dan bertemu rakan-rakan baru. Keseluruhannya, NYE Fun ini dianjurkan dengan baik, satu larian malam dalam mood fiesta menyambut tahun baru. Dengan yuran RM25, ia adalah berbaloi, medal cantik, baju drifit oleh brooks dan hospitaliti.

5. Malam diakhiri dengan ucapan selamat antara satu sama lain bersama rakan-rakan. Moga bertemu di lain acara.

Rasmilah penutup musim 2014 saya.

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...