Sunday 12 January 2014

Penang Run 2013/2014: Series 4; The Finale

12 Januari 2014
5:30 pagi
Teluk Bahang - Esplanade Padang Kota
22.2 km

1. Kumpul di padang kota jam 4 pagi. Naik shuttle bus ke empangan teluk bahang. Kali ini agak ramai runners. Aura finale penang run kot.

2. Patut dilepaskan 5:30, tapi 5:45 baru dilepas kan selepas beberapa minit bas terakhir tiba. Percikan bunga api mengiringi pelepasan.

3. Seperti biasa aku bermula dari belakang. Sasaran adalah akan buat solat stop di masjid terdekat, batu feringgi. Barlari dengan pace 7:00, kali terasa berat untuk lebih pantas. Di km5.8, berhenti solat subuh dan toilet break.

4. Sambung semula larian, agak kurang sudah runners di belakang. Berlari dengan pace sendiri. Berhenti disetiap water station.

5. Laluan dari teluk bahang - batu feringgi - teluk bungah agak menarik, walaupun sempit. Sambil dibuai bayu dingin pagi. 

7. Menghampiri simpang ke Gurney Drive, cuaca mula panas sikit. Kat sini, dah mula jalan/lari/jalan. Dari gurney drive, masuk ke laluan menghala ke padang kota.

8. Menamatkan larian dengan 2:52. Oklah kot kan. Rasa penat nak push. Mungkin kesan dari hiking di taman negara semalam dan kurang tidor (alasan). Hehe. 

9. Lepas tamat seperti biasa, segera dapatkan medal, post race foods dan cooling down. Nasi lemak membuka selera. 

10. Kemudian, bergambar2 dengan rakan-rakan runners. Berkongsi kegembiraan dengan show off finisher tee serta medal2.

11. Lepak di esplanade tu hingga lucky draw. Seperti biasa, tidak bertuah. haha.

12. Keseluruhannya, penang run adalah best. 84km pusing pulau dgn 4 half marathon. Penganjuran yang baik.

Hingga berjumpa di larian akan datang.

Run Gme Run











2 comments:

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...