Tarikh: 21 April 2013
Tempat: Awana Porto Malai
Masa: 4:30 am
Dalam 3:15am, aku sampai di Awana, naik shuttle bus dari Fave Hotel.
Suasana mulai meriah dengan runners awal2 pagi tu.
Sebelum pelepasan sekitar jam 4:30am, ada taklimat keselamatan, penerangan mengenai race ini dan 60saat penghormatan kepada Boston Marathon.
Ada hanpir 1,000 runners dari Malaysia dan negara2 luar. Oleh kerana race ini secara teknikalnya adalah long run yg berjarak lebih 42.195km, maka, tiada cutoff time, dan runners boleh take their sweet time to complete the race. Memandangkan aku baru lepas back-to-back marathons last two sundays, maka, aku target hanya untuk enjoy race ini dan menamatkan larian untuk dapat medal penamat dan baju penamat yg cantik itu.
Tepat 4:30 am, larian dilepaskan.
KM0- KM3.5 : berlari dari Awana menuju ke Pantai Cenang
KM3.5 - KM4.5 : berlari dalam gelap di pantai cenang. Menarik dan fun run gitu.
Kemudian sambung semula larian menuju ke Langkawi Airport.
KM4.5 - KM10: ada kawasan gelap tepi lapangan terbang, namun, semua terkawal ada lampu dr runners dan penganjur juga sentiasa ada memberikan cahaya.
KM10 : aku buat photo stop pertama. Haha.
KM10- KM15: lalu dari simpang ke Airport dan buat u-turn sebelum ke kuala muda (betul ke nama ni? Hehe).
KM15 : aku berenti solat subuh dan toilet break di Airport.
Sambung semula lari lepas tu.
KM15-KM17 : matahari mula menampakkan diri. Best dan nyaman masa ni.
Larian diteruskan. Sekali sekala aku penat aku jalan je. Pastu ambil gambar sikit2.
Semua water station aku berenti.
KM18-KM21: jalan/lari/jalan lagi. Ni dah dekat jalan utama dari airport ke kuah. Matahari mula meninggi. Bukit2 somemore. Mencabar lak.
Aku crossed 21.1km dalam 3j05m kot. So pada masa ni, aku hanya pikir nak segera tamat, mungkin dalam 6j++ adalah sasaran realistik.
KM25: di jalan besar tu. aku berenti bergambar lagi. Kemudian laluan larian masuk ke simpang bukit malut.
KM28 : pertama nampak ocean masa ini di bukit malut. Pertama kali aku lalu kawasan perkampungan nelayan sini.
KM29: yeay. Ada coconut station tajaan Brooks. Best. Every runners dpt air kelapa seorang sebiji. Pergh hilang dahaga.
KM29 - 30. Lari/jalan seperti biasa. Pastu bergambar lagi di km30.
KM30 - KM35: laluan langkawi port, navy base, dan laluan tepi laut, dan nampak awana dari kejauhan. Pergh. Panas giler masa ni. Ramai runners berjalan je masa ni. Janji semua tak quitting.
KM35 - KM40 : laluan menghala ke simpang pantai cenang. WS di Km40 depan Fave Hotel, sediakan coke. Lega dapat basahkan tekak dengan coke. Panas tak payah cerita lah masa ni. Mmg terik.
KM40- KM42.195 : laluan dari simpang pantai tengah ke awana. Satu bukit lagi untuk ditempuhi. Pergh. Panas dan bukit bersatu. Best mencabar.
KM42.195 : ada gerai ice cream yeay.
KM42.185 - Penamat: aku lari dengan gigih gitu sambil bawak ice cream. Oh my finishing photo with ice cream. Cool.
Haha.
Crossed the finish line after 6:37. Lega.
PB or no PB, it doesnt matter. Janji tamat. Rasanya dalam 44km kot cabaran ni.
Lepas tu disarungkan medal penamat yg cantik tu. Ambil goodies bag. Dan masa untuk bergambar2 kenangan.
Race yg menarik. Tahniah pada penganjur dan semua runners yg menamatkan larian dan we are all marathoners. Yeay.
Keseluruhannya, aku enjoy dengan IOM 2013. Berjaya gak misi back-to-backto-back marathons.
Paris
Bonn
Langkawi.
What a journey.
Run gme run.
P/s: harap dpt berlari di The Marathon Series - The River Jungle Marathon bulan 9 nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣ Seperti biasa, LAJSM ...
-
Gme dan Destinasi Lari •Terowong Stesen Keretapi Bukit Berapit• 25 Ogos 2018 Mula : SK Changkat Larut, Air Kuning Tamat: Masjid ...
ohh my!!! berlarian di kepulauan itew dh hangus trbakar kulitmu.. keep up beb! :)
ReplyDeleteTulah. Panas. Tapi race ni memang best.
Deleteawww love the medal n d tshirt. kiyut.tapi signboards dia terbaekk. pebuh ngan perangsang. keep it up gme!
ReplyDelete